Home Education & Training Perniagaan dan Risiko! Usahawan Perlu Ambil Perhatian

Perniagaan dan Risiko! Usahawan Perlu Ambil Perhatian

631
0

 

Perniagaan dan Risiko!

Oleh: Baharim Sukari

Apa itu Perniagaan?

Satu perniagaan (syarikat, perusahaan atau firma) adalah sebuah bentuk organisasi yang sah dan diiktiraf untuk menyediakan barangan atau perkhidmatan, atau kedua-duanya, kepada pelanggan, perniagaan dan entiti-entiti kerajaan.
Motif kewangan adalah teras utama perniagaan, kebiasaannya perniagaan dibentuk secara persendirian atau perkongsian. Satu perniagaan lazimnya dibentuk untuk mencari keuntungan yang akan menambah kekayaan pemiliknya dan membesarkan perniagaan tersebut dengan sendirinya. Pemilik-pemilik dan pengendali suatu perniagaan mempunyai satu daripada objektif utama iaitu penerimaan atau penjanaan satu pengembalian kewangan di dalam pertukaran bagi kerja dan penerimaan risiko.

Apa itu Risiko?

Risiko ialah sesuatu yang memperihalkan kebarangkalian berlakunya kemungkinan tertentu. Sebenarnya, tanggapan risiko tidak bergantung pada tanggapan nilai, oleh itu kemungkinan berkenaan tidak kira baik mahupun buruk akibatnya. Sungguhpun begitu, secara amnya risiko membincangkan kesan buruk terhadap sesetengah ciri-ciri nilai yang timbul akibat kejadian yang akan berlaku.

Risiko Dalam Perniagaan

1. Risiko Pengurusan Sumber Kewangan
Risiko: kekurangan tunai, kekurangan modal pusingan, salah membuat pelaburan dll.
Kewangan merupakan sumber terpenting dalam sesebuah perniagaan. Pengawalan Aliran Tunai dapat memastikan perniagaan terus dapat beroperasi dengan selesa, sebaliknya kegagalannya boleh menimbulkan pelbagai masalah dan akhirnya perniagaan itu “gulung tikar.”

2. Risiko Pengurusan Sumber Manusia
Risiko: kecuaian, pecah amanah, tidak jujur dll.
Tenaga kerja amat penting dalam pengoperasian sesebuah perniagaan. “Kemahiran Kemanusiaan” adalah diperlukan dalam berurusan dengan pekerja kerana ianya melibatkan jiwa-jiwa dan perasaan. Banifit atau faedah-fadah seperti KWSP, takaful, bonus tahunan, komisyen adalah sesuatu yang dapat menaikan semangat kerja yang tinggi kepada pekerja-pekerja sekaligus menyebabkan pekerja lebih fokus dan bertanggungjawab terhadap tugas mereka.

3. Risiko Masa Dan Kesihatan
Masa: Pengurusan Masa perlu dititik beratkan oleh seorang usahawan, mereka perlu menjadualkan segala aktiviti atau urusniagan mereka. Kesan kegagalan pengurusan masa boleh memberi kesan negatif, antaranya;

i. Kehilangan pelanggan – boleh berlaku apabila penghantaran barang atau pemberian perkhidmatan melepasi masa yang dijanjikan, pembatalan pembelian akan berlaku dan ini mengakibatkan kerugian jualan.

ii. Hilang kepercayaan pembekal – Kelewatan usahawan dalam pembayaran boleh menyebabkan hilangnya kepercayaan pembekal untuk memberi kemudahan kredit kepada mereka.

Kesihatan: Faktor kesihatan seseorang usahawan amat penting, sesetengah perniagaan terlalu bergantung kepada mereka. Jika keadaan kesihatan usahawan itu tidak mengizinkanya untuk menjalankan tugas maka ianya akan memberi impak besar terhadap perniagaan mereka. Usahawan perlu melatih orang yang rapat dan dipercayai untuk mengurus perniagaan mereka sekiranya keadaan kesihatan mereka tidak mengizinkan. Oleh itu seseorang usahawan perlu menjaga kesihatan walaupun dalam kesibukan urusniaga harian mereka.

Info Produk kesihatan terbaik: KLIK DI SINI

4. Kebakaran, Kecurian Dan Bencana Alam

Sesuatu yang buruk seperti kebakaran, kecurian ataupun bencana alam selalunya berlaku tanpa disangka-sangka. Sekiranya risiko ini berlaku, ianya boleh menyebabkan kerugian besar terhadap perniagaan itu.

5. Risiko Stok Mati

Pembelian stok (barang dagangan) perlulah mengambil kira permintaan semasa, pembelian berlebihan menyebabkan kegagalan untuk menjual barangan tersebut. Awas! terhadap barangan yang mempunyai tarikh luput yang singkat dan perubahan fesyen yang pantas. Perniagaan mengalami kerugian apabila inventori mereka menjadi “stok mati”.

Pengurusan Risiko

1. Pengawalan Risiko – Mengenalpasti risiko dan melakukan pengawalan dalaman. Boleh dilakukan melalui penetapan SOP (standard operating procedures).

2. Menyerap Risiko – Mengenalpasti risiko dan jumlah kos kerugian sekiranya berlaku di sebabkan musibah atau bencana dan mampu di serap oleh syarikat agar tidak mengganggu operasi syarikat dan meningkatkan overhead cost.

3. Memindahkan Risiko – Mengenalpasti risiko dan jumlah kos kerugian sekiranya berlaku di sebabkan musibah atau bencana, perlindungan insuran atau takaful mampu menggantikan kerugian yang berlaku sekiranya musibah atau bencana yang dilindungi itu berlaku. Perlindungan insuran/takaful dapat menjamin syarikat agar tidak mmenanggung kerugian dan memastikan syarikat dapat meneruskan operasi walaupun selepas dilanda musibah atau bencana.

4. Pengelakan Risiko – Mengenalpasti risiko dan seterusnya mengelakkan dari mengambil risiko tersebut sekiranya ia sangat berpotensi untuk berlaku dan boleh menjejaskan kerugian besar terhadap perniagaan mereka.

“Kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga”, seorang usahawan itu perlu melengkapkan diri dengan ilmu perniagaan dan perlu mempunyai pelbagai kemahiran dalam memastikan kejayaan dan kecemerlangan perniagaan mereka.

 

**************************

Oleh: Baharim Sukari

Jurulatih & Perunding Perniagaan @SC Creative Solutions Sdn Bhd

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.