Home Inspirasi Niaga Les’ Copaque Production Penyumbang Filem Animasi Negara

Les’ Copaque Production Penyumbang Filem Animasi Negara

206
0
Tuan Haji Burhanuddin Bin Md Radzi merupakan Pengarah Urusan Les’ Copaque yang terletak di Shah Alam.

 

Les’ Copaque Production Penyumbang Filem Animasi Negara

Oleh: Nurul Atikah binti Mohd Rosli & Aqilah binti Abdul Kudus

Shah Alam – Cerita animasi kartun 3D Upin Ipin tidak lagi asing bagi masyarakat malahan ianya turut mendapat sambutan yang diluar negara seperti Indonesia. Disebalik pembikinan filem animasi ini terdapat seseorang insan yang ingin memartabatkan perfileman animasi di peringkat antarabangsa. Tuan Haji Burhanuddin Bin Md Radzi merupakan pencetus asal idea pembikinan filem animasi 3D tersebut. Dalam pada itu, beliau juga merupakan pemilik syarikat Les’ Copaque yang berjawatan sebagai Pengarah Urusan Les’ Copaque Production Sdn Bhd yang terletak di 36A, Jalan Rugby 13/30 Seksyen 13 40100 Shah Alam, Selangor.

Menurut Tuan Haji Burhanuddin, sebelum beliau menjalankan perniagaan perfileman animasi ini beliau pernah bekerja di Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS). Pada ketika ini, beliau merasakan era perfileman amat dahagakan filem animasi yang mempunyai teladan dan nasihat untuk setiap golongan masyarakat. Oleh yang demikian, beliau menyatakan hasrat untuk membuka perniagaan perfileman animasi kepada isteri beliau iaitu Hajah Ainon binti Arif. Lantaran itu, isteri beliau telah menyarankan agar menceburi bidang perfileman animasi tersebut kerana pada ketika itu, terdapat tiga orang graduan Universiti Multimedia berjumpa dan berbincang dengan beliau untuk menerbitkan sebuah filem animasi.

Selepas beliau membuat kajian, beliau beranggapan bahawa syarikat perfileman animasi tidak mampu untuk menandingi syarikat-syarikat yang besar seperti syarikat Eropah tetapi beliau akan menubuhkan sebuah syarikat yang akan menghasilkan suatu karya yang original dan bukannya ciplak seperti negara asing. Oleh yang demikian, terciptalah satu syarikat bernama Les’ Copaque Sdn Bhd yang menengahkan budaya dan nilai-nilai murni yang mampu memberikan pengajaran dan pembelajaran kepada setiap golongan masyarakat. Sebagai contoh, anak-anak yang sedang membesar akan mendapat faedah daripada filem animasi tersebut.

Setiap perniagaan yang diceburi tidak akan lekang daripada cabaran yang datang begitu juga syarikat perfileman animasi milik Tuan Haji Burhanuddin. Beliau menyatakan bahawa masa kini, golongan anak muda kurang didikan dalam diri mereka seperti kurang dengan adab, hormat-menghormati dan sopan santun antara majikan telah menjadi punca utama kemunduran prestasi sesebuah syarikat. Tambahannya lagi, beliau berpendapat bahawa dengan sikap-sikap negatif yang terjadi akan menimbulkan masalah-masalah disiplin dalam alam pekerjaan. Beliau menyoal, “jika terdapat sikap sebegini di dalam sebuah syarikat, mampukah sesebuah syarikat akan bertahan untuk maju kehadapan?”.

Selain itu, cabaran yang beliau miliki adalah tentang langkah untuk membuat perfileman animasi ini yang lebih menarik sehingga mampu untuk menarik setiap golongan untuk menonton animasi tersebut. Beliau memerlukan idea yang bernas untuk menghasilkan satu karya yang menarik minat penonton.

Antara cabaran yang paling utama bagi Tuan Haji Burhanuddin adalah seorang majikan tidak mempercayai kebolehan yang dimiliki oleh pekerja bawahan. Disebabkan oleh berfikiran negatif tersebut, ia akan mengundang sesebuah syarikat menjadi muflis. Beliau berpendapat bahawa, setiap majikan seharusnya mempercayai setiap kebolehan yang dimiliki oleh pekerja bawahan supaya setiap tugasan akan dapat dijalankan dengan baik serta sempurna. Oleh yang demikian, beliau berkata bahawa, “jika sebagi ketua tidak mamp untuk melaksanakan sesuatu, jangan bersikap angkuh untuk tidak meminta pertolongan kepada pekerja bawahan. Kadangkala, pekerja bawahan lebih mempunyai ilmu pengetahuan berbanding diri kita”.

Antara koleksi anugerah yang telah diterima oleh Les’Copaque Production Sdn Bhd diatas usaha mereka memartabatkan filem animasi 3D

Menjadikan diri sendiri sebagai sumber inspirasi, beliau berharap agar anak muda pada masa kini mempunyai cita-cita untuk mencapai kejayaan yang diingini mereka. Beliau turut menambah dengan menyatakan bahawa setiap permulaan akan menpunyai pelbagai rintangan yang berliku namun kita hendaklah meneruskan niat dengan ikhlas, sabar dan tidak berputus-asa supaya setiap perkara yang kita lakukan akan membuahkan hasil yang bermanfaat kepada agama, bangsa dan negara.

Perkarangan bangunan Syarikat Les’ Copaque Production Sdn Bhd yang dibangunkan oleh Tuan Haji Burhanuddin Bin Md Radzi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.