Home Fruits & Vegetables Pengalaman belajar menjadi pendorong membina perusahaan sendiri

Pengalaman belajar menjadi pendorong membina perusahaan sendiri

234
1
Pengurus Pemasaran Cik Faiznur Iffah Pydi ketika dalam rancangan temu bual TV Al- Hijrah

 

Pengalaman belajar menjadi pendorong membina perusahaan sendiri

Oleh: Norliatika Binti Elias

Serdang, dengan tema “Dari Kebun Terus Ke Dapur”, Rimbun Sekebun bawakan kepada semua. Tema tersebut bertujuan untuk menggalakkan masyarakat supaya menanam sendiri tanaman mahupun sayuran yang digunakan untuk keperluan dapur.

Justeru, Rimbun Sekebun menawarkan jualan dan perkhidmatan kepada masyarakat berkaitan berkebun khususnya taman dapur yang telah mula beroperasi pada 1 Januari 2018 yang lalu.

Antara anak pokok yang ditempah oleh pelanggan Rimbun Sekebun

Memiliki pokok yang tumbuh dengan segar dan sihat menjadi idaman bagi setiap pekebun. Tambahan pula, bagi pekebun yang mempunyai hobi yang mendalam terhadap tanaman sayuran atau buahan.

Sebahagian baja organik yang boleh didapati di Rimbun Sekebun dengan harga yang berpatutan

Rimbun Sekebun juga membekalkan bahan dan alatan berkebun, biji benih berkualiti, anak pokok, tanah campuran dan lain-lain lagi buat anda yang suka menanam di rumah.

Aktiviti yang dijalankan semasa Seminar bersama masyarakat yang sering dianjurkan pada hujung minggu

Pada sesi temu bual yang lalu, Cik Faiznur Iffah Pydi selaku Pengurus Pemasaran Rimbun Sekebun menjelaskan bahawa  “Untuk menanam sayuran dan pokok herba, tidak semestinya memerlukan ruang yang luas. Dengan teknik yang betul dan ilmu tentang asas tanaman, kita mampu untuk menikmati hasil tanaman sendiri di ruang yang terhad.”

Selain itu, perkhidmatan yang ditawarkan oleh Rimbun Sekebun dapat menarik minat untuk berkebun. Antaranya ialah, perkhidmatan taman dapur iaitu pemasangan dan penyediaan barangan serta penyelenggaraan laman seperti memotong rumput, membaja, menghias dan lain-lain lagi.

Tambahan pula, Rimbun Sekebun juga mengendalikan seminar, taklimat dan bengkel yang sesuai untuk semua lapisan masyarakat tanpa mengira usia. bagi menggalakkan masyarakat untuk menanam sendiri tanaman mahupun sayuran untuk kegunaan keperluan di dapur. Seminar yang dijalankan dengan yuran yang rendah dan berpatutan, dijamin berbaloi pada penyertaan yang merupakan kali pertama.

Rimbun Sekebun pernah mengadakan seminar bersama pelajar sekolah

Bengkel yang sering dijalankan pada setiap minggu adalah Bengkel Asas Berkebun (Kebun Bandar), Hidroponik dan Fertigasi, Rekabentuk Taman Dapur serta Modul Kanak-kanak (Kebun Cilik Ceria).

“Minat perlu dipupuk dari awal kerana dengan minat dapat mengatasi segalanya.” begitulah kata-kata dari seorang pengurus pemasaran Rimbun Sekebun semasa sesi temubual.

Tambahan dari beliau juga, “tujuan kami mengadakan bengkel dan seminar adalah untuk memberi pendedahan kepada masyarakat tentang pentingnya penjagaan pokok yang betul dan juga anisiatif lain untuk pengurangan siram pokok serta penggunaan bahan kimia kepada tanaman.”

Pengurus Pemasaran Rimbun Sekebun Cik Faiznur Iffah dikenali sebagai
Cik Embun ketika dalam media sosial
Rimbun Sekebun telah menerima tempahan sempena Hari Guru baru-baru ini
Poster Rasmi bagi waktu operasi Rimbun Sekebun di Laman Facebook @rimbunsekebun
Cik Embun gemar berkongsi Tips melalui laman
Facebook dan Instagram @rimbunsekebun
Para penemu ramah bergambar bersama Cik Faiznur Iffah (Pengurus Pemasaran Rimbun Sekebun) dan hasil tanamannya

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.