Home News PDRM dedah 30 syarikat tipu pelabur – Orang ramai diminta berhati-hati dalam...

PDRM dedah 30 syarikat tipu pelabur – Orang ramai diminta berhati-hati dalam membuat pelaburan

199
0
DATUK Amar Singh Ishar Singh (tengah) menunjukkan antara barang rampas pada sidang media mengenai kejayaan operasi Macau Scam di Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Kuala Lumpur. - Foto Zunnur Al Shafiq

 

PDRM dedah 30 syarikat tipu pelabur

KUALA LUMPUR: Polis mendedahkan senarai 30 syarikat pelaburan yang dipercayai terbabit dalam penipuan membabitkan kerugian kira-kira RM3.8 bilion.

Rekod Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman menunjukkan seramai 974,301 individu menjadi mangsa syarikat terbabit.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial JSJK Bukit Aman, Datuk Amar Singh Ishar Singh, berkata kebanyakan syarikat itu baru didaftar selepas pemilik syarikat disiasat kerana penipuan.

Katanya, kebanyakan mangsa dipercayai terpedaya dengan imbuhan pelaburan yang lumayan.

“Semua syarikat terbabit sudah dikenal pasti dan pada masa ini, kami sedang menjalankan usaha mengesan semua sindiket terbabit.

“JSJK menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan tawaran pelaburan yang tidak sahih,” katanya dalam sidang media, di sini hari ini.

Beliau berkata, pelaburan dalam bentuk saham, emas dan bit coin antara penipuan yang kerap dilaporkan berlaku.

“Mangsa mendapat tahu tentang tawaran pelaburan yang dibuat melalui media sosial serta diperkenalkan oleh saudara-mara serta rakan.

“Selepas itu, mangsa yang berminat akan menyertai pertemuan atau ceramah oleh syarikat pelaburan terbabit sebelum mereka membuat pelaburan,” katanya.

INFO
Syarikat yang sedang diambil tindakan oleh JSJK:

1.MGSB

2.CAPITAL FOSTER ADVISOR

3.PELABURAN EMAS ROYAL GOLD

4.KONGSI MAKAN

5.RICHWAY

6.MONSPACE

7.MFACE/MBI

8.SAHAM – CENTURY DINASTY

9.BOOKCOIN

10.BIT COIN – AL MUBIN AGARWOOD

11.BIT COIN – BIT KINGDOM

12.MI1 GLOBAL SDN BHD

13.ZG SPACE CITY (M) SDN BHD

14.FARBEL HIGH VENTURES/FARBEL RICH

15.ROOPERS BURGER

16.PRO VENDING MACHINE

17.SAHAM 500 PLUS

18.KOPI PAK BELALANG

19.NHA STRATEGIC HOLDING BHD

20.DANA KESULTANAN RAJA-RAJA DAN PELABURAN FOOD TRUCK

21.YAYASAN PBI 9PBI WORLD (BERHAD)

22.PELABURAN SAHAM MYZIA COIN

23.PELABURAN AGR HOLDING

24.FOREX – FXUNITED

25.FOREX – TRIGERFX

26.PELABURAN BITCLUB

27.PELABURAN FEENRA GOLD & RESOURCES

28.PELABURAN PTM4U

29.PELABURAN JIHAD FARISHA VENTURES

30.PELABURAN MINES AND METALS

Sumber BH

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.