Home Charity SOULFUL TRAVELLER “A Journey of Heart and Mind”

SOULFUL TRAVELLER “A Journey of Heart and Mind”

564
0

 

SOULFUL TRAVELLER “A Journey of Heart and Mind”

Oleh: Safiza Alfian Yusof & Ridzuan bin Khalid

SOULFUL TRAVELLER merupakan projek yang dilaksanakan oleh pelajar-pelajar pascasiswazah Fakulti Pengurusan Hotel & Pelancongan UiTM Shah Alam bagi sesi September 2017. Idea menjalankan projek ini tercetus apabila melihat kepada peluang dan kesempatan untuk menjalankan aktiviti kebajikan (CSR) bagi membantu mereka yang memerlukan ketika mengumpul data kajian di setiap lokasi yang berlainan. Kolaborasi di antara pelajar pascasiswazah di bawah FPHP Postgrad Society dengan NGO, organisasi luar dan industri akan terjalin ketika menjayakan beberapa siri projek ini. Projek ini adalah sepenuhnya berkonsep kesukarelawan.

EPISOD PERTAMA10 OKTOBER 2017. Aktiviti kebajikan di Sekolah Kebangsaan Bukit Tadom dimana pelajarnya terdiri daripada 83 anak Orang Asli suku kaum Temuan. Sukarelawan yang terlibat pada hari ini ialah pelajar dan tenaga pensyarah Program Pelancongan dan Pengembaraan, Kolej Komuniti Hulu Selangor dan penggerak rekreasi dari Tadom Hill Resorts, Banting. Kesemua pelajar Orang asli tersebut telah didedahkan dengan aktiviti permainan dalam kumpulan dan menerima sumbangan berbentuk makanan dari Pondok Rahmat Project.

EPISOD KEDUA

15-19 OKTOBER 2017. Skuad Soulful Traveller telah bekerjasama dengan membeli barang-barang keperluan asas dan makanan untuk diserahkan kepada Rumah Nur Kasih. Peralatan-peralatan sukan turut dibeli untuk kegunaan anak-anak di Rumah Nur Kasih. NGO yang terlibat bagi projek kali ini ialah Pondok Rahmat Project, The Lost Smile Project dan Kueh Klasik Opah Enterprise. Agensi yang terlibat adalah Langkawi Wild Life Park, Langkawi Beach Budget Hotels & Resorts, Langkawi Tourism Academy @ Kolej Komuniti Langkawi, Rumah Nur Kasih, Langkawi, Kedah.

EPISOD KETIGA

7 NOVEMBER 2017. Penganjuran Soulful Traveller kali ini agak berbeza dengan projek sebelum ini. Projek kali ini melibatkan dua jenis kursus pendek iaitu kursus produk berasaskan donut dan kursus asas Microsoft Word yang dikendalikan oleh tenaga pengajar Kolej Komuniti Kuala Langat. Agensi yang terlibat adalah Kolej Komuniti Kuala Langat, Outdoor Recreation Training & Supplier, Rumah Anak Yatim & Asnaf As-Solihin, Pusat Wanita Berdaya, Dun Morib, Maahad Tahfiz Al-Quran Imran Zikry.

Pihak Soulful Traveller mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah terlibat terutamanya Pondok Rahmat Project (NGO) yang telah menyumbang bagi menjayakan projek ini. Semoga aktiviti yang dijalankan dan kolaborasi yang terjalin akan mengeratkan lagi ukhuwah dan menjadi pencetus kepada keterlibatan pelajar di dalam aktiviti berkonsep kesukarelawan dan menggalakkan kolaborasi bersama agensi luar.

Nantikan EPISOD KEEMPAT Soulful Traveller…

#Postgradisnotalonelyjourney
#collectingdataandpahala
#wecreateourownjourney
#FPHPpostgradsociety

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.