Home Food & Beverages Lok Chinn K-Lynn pilihan ramai, Adlin perkenal makanan dari Thailand

Lok Chinn K-Lynn pilihan ramai, Adlin perkenal makanan dari Thailand

1029
0

Menjadi antara mereka yang berniaga sejak kecil, wanita ini tidak kekok menceritakan pengalaman beliau berniaga daripada kecil sehingga menjadi seorang ibu. Terjerumus dalam perusahaan makanan, bagi Adlin Binti Ahmad, memperkenalkan lok chin kepada pelanggannya merupakan satu peluang yang besar kerana ini adalah permulaan kepada perniagaan kecil-kecilannya.

Antara pilihan minuman yang boleh didapati di gerai Puan Adlin menjadi tarikan kepada pelanggan untuk terus menerus membeli dengan Puan Adlin.

Lok chin merupakan antara makanan yang dibawa dari Thailand ke Malaysia. Makanan yang seperti steamboat ini sangat popular di kalangan masyarakat yang tinggal di sempadan Malaysia-Thailand dan merupakan antara juadah minum petang bagi sesetengah keluarga. Seperti yong tau fu, lok chin adalah sosej, bebola ikan dan bebola sayur yang dimasak dalam minyak panas dan dimakan bersama sos pedas manis.

Terlibat secara langsung dengan perniagaan kuih dalam bakul bersama ibu beliau semasa kecil, Puan Adlin berani keluar daripada zon selesa beliau dan memulakan perniagaan sendiri sejak tiga tahun yang lalu. Berkat sokongan anak-anak dan suami tercinta membuatkan Puan Adlin selangkah lebih baik dalam perniagaannya dari semasa ke semasa.

Ruang dalam gerai lokchin Puan Adlin yang tersedia pelbagai perkakas untuk persediaan makanan dan minuman kepada pelanggan

“Saya mula berniaga bersama ibu, jual kuih dalam bakul. Sekarang saya ada suami dan suami saya yang bantu beli barang dan menguruskan kedai”, kata Puan Adlin dalam termu ramah beliau.

Dengan niat mencuba untuk berniaga, Puan Adlin mula memahat nama sebagai seorang peniaga ketika berniaga di bazar Ramadhan Pengkalan Hulu, Perak. Lama-kelamaan Puan Adlin menyewa tapak di kawasan rekreasi bagi meneruskan perniagaannya.

Disamping menjual lok chin, Puan Adlin turut menjual pelbagai jenis kopi yang menjadi pilihan ramai. Perisa seperti arabic, cappuccino, mocha dan lain-lain menjadikan Gerai Lok Chinn K-Lynn pilihan ramai pelanggan yang datang dari Kuala Lumpur, Thailand dan Pahang.

“Dalam perniagaan kita kena tahu yang pelanggan adalah nombor satu. Apa-apa nasihat atau teguran daripada pelanggan kita ambil dan jadikan sebagai cabaran”, ujar beliau.

Menurut Puan Adlin, sukatan dalam bancuhan kopi merupakan usaha yang berulang dan teguran yang diterima oleh pelanggannya. Encik Halim, suami kepada Puan Adlin merupakan penasihat paling dipercayai kerana minatnya yang mendalam terhadap kopi.

“Cabaran saya adalah saya bukan penggemar kopi tapi saya berniaga kopi”, tambah beliau lagi.

Jauh mendapatkan pembekal dari Perlis dan Betong, usaha dan penat Puan Adlin membuahkan hasil apabila pelanggan makin meningkat saban hari disebabkan usaha Puan Adlin bagi memenuhi kehendak pelanggan.

Sekarang, Puan Adlin masih beroperasi pada setiap hari bermula jam 11 pagi hingga 7 malam.

Oleh: Nurin Wahidah Binti Mohd Khalid

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.