Home Farming & Agriculture Usahawan Peladang Jaya Encik Che Azmi bin Che Mahmood

Usahawan Peladang Jaya Encik Che Azmi bin Che Mahmood

409
0

Oleh Dangerouslee Mathew 175574

“Saya hendak menggubah jalan hidup kami sekeluarga dengan pendapatan yang lumayan setiap hari”

Pesara seorang pegawai polis yang berpangkat Inspektor, usia 49 tahun, asal dari Negeri Kelantan, Che Azmi bin Che Mood telah bersara awal beliau sebagai anggota polis kerana  ingin membuka projek tanaman mangga yang diminatinya.

Projek tanaman mangga beliau di kampungnya, Sri Pematang, Perak, setelah keluarganya menetap di Sri Manjong, Perak. Che Azmi berkata, bidang yang beliau impikan yang diidamkannya sejak 18 tahun yang lalu beliau tidak sia-siakan kerana akan memberi perubahan besar dalam kehidupan beliau.

“Saya ketika masih berkerja sebagai seorang pegawai polis tidak dapat melakukan dua perkerjaan dalam satu masa disebabkan saya sanggup mengambil persaraan awal kerana minat terhadap pengusaha tanaman mangga”.

“Saya hendak menggubah jalan hidup kami sekeluaga dengan pendapatan yang lumayan setiap hari”.

“Pada masa ini saya bersyukur kerana impian yang saya impikan telah menjadi kenyataan”.
Tekad buka perniagaan

10 tahun kemudian beliau telah memindahkan projek tersebut ke kampung Permatang, Sri Manjung diatas tanah milik sendiri seluas 4 ekar dan tanah wakaf milik Jabatan Agama Islam Negeri Perak(JAIP) seluas 16 ekar.

Pihak JAIP telah memberikan hak menyewa tanah selama 30 tahun dengan kadar sewa sebanyak 10% daipada keuntungan bersih projek. Sewa dibayar kepada Masjid Nurul Hidayah, Sri Majung dan sehingga kini beliau telah mengusahakan tanah tersebut selama 14 tahun.

“Pada mula dahulu saya telah menggunakan duit  Kumpul ketika saya berkerja sebagai seorang polis dan Kemudian dari situ saya telah dengan pelahan membina Keyakinan saya dalam projek ini”.

“Memang sukar apabila bermula dengan modal yang amat rendah tetapi dengan keyakinan aya memberi kelebihan kepada diri saya meneruskan usaha saya”

“Namun saya tidak berharap untuk meminjam duit kepada mana-mana pihak disebabkan saya tidak mahu bergantung kepada orang lain membantu saya dari segi kewangan”.
Ternakan ikan air tawar

Setelah pendapatan beliau semakin maju, Che Azmi telah mengusahakan ternakan ikan air tawar seperti ikan tongsang, tilapia hitam, kap rumput, dan lampam di tasik yang sedia ada dikawasan tersebut secara usahasama dengan pihak swasta.

Bagi setiap pusingan beliau akan menternak 60,000 ekor tongsan, 10,000 ekor kap rumput, 20,000 ekor lampam dan tilapia hitam membiak secara semulajadi. Dengan kadar kematian sebanyak 20% beliau berupaya memperolehi hasil bersih sebanyak RM240,000 bagi ikan tongsan, RM96,000 bagi ikan kap rumput dan RM16,000 bagi ikan lampam, manakala ikan tilapia hitam dijual dengan harga RM1.10/kg

“Saya bersyukur kerana semua impian saya tercapai dan kami sekeluarga telah menjalani hidup yang selesa dan sentiasa beringat kepada Allah kerana sentiasa mendengar doa dari kami” kata Che Azmi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.