Home Farming & Agriculture Tauke Arnab

Tauke Arnab

592
0

WAN NUR AISYAH BT WAN ROSDI / 181119

Pemegang Ijazah Sarjana Produksi Haiwan, Muhammad Afiq Imanullah, 26 memasang impian untuk menjadi penternak arnab sejak enam tahun yang lalu ketika beliau berada di tahun tiga pengajian di Universiti Putra Malaysia sekitar tahun 2011.

“Semasa mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda Sains Ternakan, saya sudah mula mempelajari tentang selok belok bidang ternakan arnab kerana UPM tidak mempunyai subjek khusus untuk ternakan arnab.”

“Ketika tamat pengajian pada 2012, saya akhirnya berjaya membuka ladang ternakan arnab yang diusahakan bersama dua lagi rakan kongsi iaitu Khairil Ezzuan Azeme dan Mohd. Faizal Yeob Baharuddin,” katanya.

Beliau memilih untuk menternak arnab kerana bercita-cita besar untuk mengkomersialkan daging haiwan tersebut seperti ayam kerana telah terbukti kaya protein serta rendah lemak dan kolestrol.

Cerita mengenai modal, Muhammad Afiq memberitahu, modal permulaan penternakan arnab tidak terlalu besar selain mampu menjana pulangan modal dalam tempoh seawal sebulan. Walaupun pulangannya tidak secepat penternakan ayam, namun kos penyelenggaraan arnab adalah lebih rendah terutama dari segi makanan.

Jelas anak muda yang membuka ladang ternakannya di Kampung Paya Lintah, Padang Rengas, Kuala Kangsar, Perak, sebagai permulaan, dia memohon daripada MyAgrosis sebanyak RM20,000 sebelum membuat permohonan kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sebanyak RM100,000 melalui skim usahawan muda untuk menjayakan impian ladang ternakan berkenaan.

Ketika ditanya mengenai perancangan masa depan, Muhammad Afiq mahu menambah bangsal yang boleh menempatkan 300 sangkar.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.