Home Inspirasi Niaga Jerit perih bangunkan perniagaan jadi motivasi

Jerit perih bangunkan perniagaan jadi motivasi

2753
2

Oleh Siti Hajar Afiqah Muhamad / 1774461

Menguruskan perniagaan dan akedemik dalam masa yang sama bukanlah perkara yang mudah. Untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya dan bergelar mahasiswa dalam usia yang muda memerlukan komitmen, disiplin, ketabahan, kerja keras dan pemikiran yang positif, kreatif dan kritis. Fazley Sanusi, 22, telah berjaya membuktikan bahawa beliau mampu menggalas tanggungjawab sebagai pelajar di samping menguruskan perniagaan penyelenggaraan komputer yang diusahakan semenjak beliau berada di tahun 1 di Universiti Putra Malaysia. Minat yang mendalam serta kemahiran yang ada pada beliau dalam bidang perkomputeran mendorong beliau untuk memulakan perniagaan servis penyelenggaraan komputer dengan modal permulaan RM500.

Pengasas DirectX Services, Fazley Sanusi

Menceritakan kembali bagaimana beliau terpaksa berjimat cermat dan memilih untuk ikat perut demi untuk memastikan segala perancangan yang dirancangkan berjalan lancar, beliau memilih untuk menjadikan segala kepayahan tersebut sebagai motivasi untuk terus berjaya dan bergerak ke hadapan seterusnya bersaing dengan syarikat-syarikat lain yang menyediakan servis komputer . Kepakaran yang diperolehi sebagai penyelenggara bahagian IT di sebuah syarikat suatu masa dahulu dimanfaatkan sepenuhnya untuk mendapatkan pendapatan sampingan di samping membantu pelajar mendapatkan servis penyelenggaraan komputer pada harga yang cukup minimum.

Anak kelahiran Tanjung Karang, Selangor ini kini semakin dikenali ramai, tidak hanya dalam kalangan pelajar UPM malahan publik dari luar UPM juga. Pendapatan bulanan beliau kini telah mencecah hampir empat angka sebulan, yang membolehkan beliau membangunkankan dan mendaftar syarikat penyelenggaraan komputer secara sah dan rasminya pada . Kejayaan ini juga membolehkan beliau menggaji lima orang pekerja termasuk pembantu peribadi dan akauntan. Semangat yang dimiliki oleh anak muda ini wajar diikuti dan semangat beliau untuk mengembangkan empayar perniagaannya seharusnya dijadikan contoh dan rujukan bagi menggalakkan semangat keusahawanan dalam diri anak muda.

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.