Home Inspirasi Niaga “The Rich Blossom” cetusan idea “multitasker” Aina

“The Rich Blossom” cetusan idea “multitasker” Aina

882
0

Profil

Nama: Aina Nadhirah binti Baharudin

Umur: 23 Tahun

Asal: Kajang,Selangor

Pendidikan: Diploma Sains Pertanian ( Akuakultur), Universiti Putra Malaysia (UPM),Kampus Bintulu

Pengajian: Ijazah Sarjana Muda Sains Pertanian (Akuakultur), Universiti Putra Malaysia (UPM), Kampus Serdang,Selangor

Pencapaian: Perniagaan bakeri atas talian ‘’@Rich Blossom’’

Ahli Jawatankuasa Sukarelawan  ‘’The helping hands Kl”

Ahli Jawatankuasa Sukarelawan Siswa UPM

 

Kajang

Segala bermula dengan keinginan untuk mencari duit poket sendiri selepas menghabiskan pengajian di peringkat Diploma kemudian berjaya menjadi satu titik tolak perjalanan perniagaan ‘homebased” bakeri Aina,  seorang mahasiswa  Universiti Putra Malaysia (UPM) yang kini  berada  di tahun dua pengajian peringkat ijazah Sarjana Muda Sains Pertanian, pengkhususan bidang Akualkultur.

Gadis muda yang berani menyahut cabaran ibu beliau yang acap kali mengutarakan pendapat supaya beliau memulakan bisnes mula mengorak langkah pada akhir tahun 2015, setelah  beliau sedar  beliau perlu mencari duit sendiri dengan mencuba bekerja,  tetapi kebanyakan majikan inginkan pekerja sepenuh masa dan dia hanya mampu memberikan komitmen secara separuh masa .Disitu lah , dia mula akur dan menyahut cabaran ibunya untuk memulakan perniagaan bakeri secara atas talian di rumah beliau.

Pada asalnya, “lavender chuppies” merupakan nama pertama yang dipilih untuk membawa imej perniagaan beliau namun nama tersebut tidak menjadi satu faktor “wow”  di laman sosial, instagram  beliau untuk orang ramai tertarik dengan variasi “homebased” bakeri yang beliau cuba tampilkan samada kek,biskut,tart dan lasagna. Di tambah pula, dengan kekangan masa untuk beliau  berulang alik dari Kajang ke Kolej SERUMPUN,UPM pada hujung minggu sahaja iaitu sabtu dan ahad menyebabkan beliau gagal menguruskan masa antara pelajaran,aktiviti sukarelawan dan perniagaan beliau dengan baik.

Pernah ditipu di awal percubaan beliau menggunakan platform  karnival di luar universiti dan sambutan kurang memberangsangkan di  kebanyakan aktiviti anjuran kolej-kolej university  menjadi  antara sebab  beliau pernah  memberhentikan perniagaan beliau selama satu semester iaitu semasa beliau di tahun satu pengajian. Namun, disebabkan kecintaan beliau kepada dunia perniagaan seiring dengan pelajaran dan kerja sukarelawan, beliau cekalkan hati memulakan perniagaan kembali tetapi dengan lebih bijak dan sentiasa melakukan pemantapan ilmu dunia perniagaan.

Beliau mula memulakan perniagaan beliau balik setelah membuat satu perancangan yang lebih teliti terutamanya daripada segi pembahagian masa. Semangat untu memajukan diri dan tidak mudah berhenti di separuh jalan memberi satu nafas baru kepada perniagaan beliau.

Melakukan “rebranding” perniagaan bakeri beliau kepada “ The Rich Blossom” setelah mendapat inspirasi daripada program motivasi Dr.Azizan yang kerap kali meletakan “Big Why” apabila kita memulakan suatu  bisnes membawa satu perubahan besar dalam perniagaan bakeri beliau.  Nama ‘The Rich Blossom’’ itu sendiri perlu mempunyai sebab dan menjadi satu trademark dan doa untuk perniagaan yang dipilih. Mendoakan perniagaan beliau bakal semegah sebagaimana perkataan  “rich”  yang membawa maksud kaya dan “blossom” kerana minat beliau terhadap bunga.

 

Tidak hanya memperbaiki cara pemasaran di laman sosial, instagram  beliau juga mula memberanikan menjual produk  secara langsung “ direct selling”  bermodalkan “free tasting” produk beliau kepada orang ramai. Mendapat sokongan ahli keluarga  dan rakan –rakan terdekat sudah pernah merasa air tangan beliau untuk  mempromosikan produk beliau secara bibir ke bibir  kepada kelompok kenalan keluarga beliau dan rakan-rakan.

Tidak hanya berhenti di situ, setelah mendapat sambutan memberangsangkan dengan menjual secara langsung dan atas talian di instagram semata-mata, Dia tidak berpuas hati dan ingin sentiasa menambahbaik kualiti productdengan memfokuskan supaya para pelanggan meletakkan “The Rich Blossom” di antara pilihan utama setanding “homebased” bakeri atas talian yang sudah terkenal.

Mengambil inspirasi daripada kejayaan makcik beliau, beliau mula sedar dan belajar yang dia perlu mempunyai fokus produk yang akan mengambarkan keseluruhan perniagaaan bakeri beliau dan memilihan kek. Proses  memantapkan skill dan kemahiran membuat variasi kek mula dilakukan dengan mengikuti kelas-kelas membuat kek.

Berkat usaha gigih beliau yang tidak pernah berhenti melakukan perubahan kepada bakeri yang dicintai dan tidak pernah berputus asa meskipun terlalu banyak cabaran yang terpaksa dihadapi di awal penubuhan “The Rich Blossom’’ membuktikan beliau mampu pergi jauh dalam  perkara yang diminati pada awalnya seiring dengan pealjaran dan kerja amal yang dilakukan.Menjadi antara ahli sukarelawan “ The Helping Hands, Kuala Lumpur. adalah satu cara untuk beliau berkongsi rezeki yang tidak pernah putus dengan orang susah. Di awal penglibatan beliau dalam aktiviti kesukarelawan sama dengan penubuhan perniagaannya iaitu dengan menyumbangkan secara percuma produk-produk bakeri beliau kepada gelandangan di Chow Kit,Kuala Lumpur.

Harapan beliau untuk melihat perniagaan beliau berkembang maju dan dikenali seluruh rakyat Malysia sehingga beliau mampu membuka kafe beliau sendiri seiring dengan impian beliau yang ingin bekerja dalam bidang akuakultur dan dalam yang sama tidak pernah berhenti melakukan kerja amal membuktikan betapa gigih dan hebat nya mahasiswa bernama Aina ini. Nasihat beliau kepada para mahasiswa terutamanya pelajar UPM supaya  terus mencuba walaupun kegagalan dating bertubi-tubi pada awalnya dan kesabaran serta usaha keras   merupakan kunci dan sikap yang wajib ada dalam diri setiap orang yang mahu bergelar usahawan yang berjaya ,serta dalam masa yang sama mnjadi graduan yang mempunyai kebolehpasaran yang tinggi serta kemahiran insaniah yang hebat.

Oleh Suzilawani bt Mustapha, 184415

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.