Seramai 40 orang anak-anak asnaf dari dua buah sekolah, SK Shah Alam Seksyen 16 dan SK Shah Alam Seksyen 19 telah dirai dan diberi sumbangan set pakaian raya oleh DK Collection.
Sumbangan pakaian raya ini ditaja oleh D’khair, Collection yang berada di bazar Bangi Street, Bangi Gateway. Kumpulan yang turut terlibat dalam program ini adalah terdiri dari 40 anak-anak asnaf dan guru pengiring (4 org), Kru NIPVS, kru RTM dan enam orang artis termasuk Noraniza Idris.
Menurut Abu Khair, pemilik DK (Jenama asal d’khair Collection), perniagaanya tidak ketinggalan untuk “rebranding”, ini merupakan salah satu strategi perniagaan dalam berdepan dengan era perniagaan masa kini.