Pernahkah anda terdengar mengenai formaldehye?
Adakah anda tahu apa itu formaldehye dan dimanakah terdapatnya bahan formaldehye ini?
Tahukah anda bahan formaldehye bahaya kepada diri anda?
Dan apakah kesan ke atas diri anda dan juga keluarga anda?
Berikut adalah temubual penulis bersama dengan pelajar dari fakulti perhutanan Muhammad Aizat bin Abd Ghani untuk merungkai bahayanya Formaldeyhe.
Muhammad Aizat Bin Abd Ghani dari Fakulti Perhutanan, Universiti Putra Malaysia
Apa itu formaldehye?
Menurut saudara Aizat Formaldehye ialah satu secara semula jadi berlaku sebatian organik dengan formula CH2O (H-CHO). Ia yang paling mudah daripada aldehydes (R-CHO) dan juga diketahui oleh metanal nama sistematiknya. Nama biasa bahan ini datang dari persamaan dan hubungannya ke cuka getah. Formaldehid ialah seorang pelopor penting kepada banyak bahan dan sebatian kimia lain. Dalam 1996, kapasiti dipasang untuk pengeluaran formaldehid dianggarkan untuk menjadi 8.7 juta tan setiap tahun. Ia sebahagian besarnya digunakan dalam pengeluaran damar perindustrian, misalnya, untuk papan partikel dan bersalut.
Barangan yang mengandungi formaldehye.
Tahukah anda bahawa kebanyakan barangan harian yang kita guna terutamanya perabut-perabut kayu seperti almari, rak buku, dan pelbagai lagi mempunyai formaldehye. Tetapi anda pasti tertanya-tanya dimanakah bahan formaldehye ini berada? Untuk pengetahuan anda semua, formaldeyhe berfungsi sebagai gam untuk menghasilkan perabut itu sendiri. Jadi gam daripada formaldehye ini akan melepaskan gas sedikit demi sedikit di dalam suhu bilik.
Bagaimana bahan formaldeyhe ini mendatangkan bahaya kepada kita dan juga kesan akibat formaldeyhe.
Sekiranya anda membeli perabot baru atau pergi ke kedai perabot sudah tentu anda akan terbau sesuatu yang kurang menyenangkan atau kebiasaanya kita memanggil bau tersebut sebagai bau perabot. Tetapi sebenarnya kita silap, bau yang di keluarkan itu merupakan gas formaldeyhe yang dilepaskan sedikit demi sedikit di dalam suhu bilik. Menurut US Environmental Agensi, formaldeyhe ini mereka mengklasifikasikan formaldeyhe ini sebagai bahan toksid kepada manusia dan juga haiwan. Antara akibat atau kesan apabila kita terhidu gas formaldeyhe sedia ada dalam udara pada tahap lebih tinggi daripada 0.1 bahagian setiap juta (ppm), sesetengah orang mungkin mempunyai kesan kesihatan, seperti mata berair, rasa panas mata, hidung, kerongkong, batuk, loya, perengsaan kulit dan jika kita terhidu gas formaldeyhe ini secara banyak ia juga akan mengakibatkan kanser.
Kesedaran Masyarakat Malaysia mengenai formaldeyhe.
Menurut Aizat, melalui kajian yang di buat, kurangnya kesedaran mengenai bahayanya formaldeyhe ini di dalam kalangan masyarakat Malaysia. Dan saudara Aizat juga menyatakan bahawa Negara-negara maju seperti Europe dan Jepun mereka sangat menitik beratkan mengenai penggunaan formaldeyhe ini. Di sana mereka sebelum membeli akan bertanya kadar perlepasan gas formaldeyhe ini, sekiranya tinggi mereka tidak akan menerima perabot-perabot tersebut untuk berada di pasaran. Di Negara-negara maju mereka menginginkan kadar 0% penggunaan formaldeyhe. Aizat juga menyatakan bahawa Fakulti Perhutanan Universiti Putra Malaysia juga berusaha untuk memberikan kesedaran mengenai bahayanya formaldeyhe.