Oleh Badriatul Syafinaz binti Bahrudin / 176682
Pada hari ini, sumbangan industri biji kelapa kepada manusia sejagat tidak dapat dinafikan lagi. Disamping itu, industri ini mula menjadi pemangkin dan penyumbang utama kepada sektor ekonomi negara, sumbangannya kepada aspek kesihatan turut menarik perhatian pada khalayak. Hal ini kerana kebanyakan penyakit kronik yang membelenggu pada diri kita berpunca pada pemakanan yang diamalkan setiap hari tanpa kita sedar akan kandungan pada makanan tersebut. Justeru, dengan kemunculan produk Santan Qristal yang berasaskan 100% santan asli tanpa bahan pengawet dan bahan kimia daripada penyelidikan dan inovasi dilihat memberi harapan baharu kepada masyarakat di Malaysia. Santan Qristal merupakan produk santan yang bersih dari bahan pengawet, bahan kimia serta tiada bahan aditif.
Bertanyakan tentang keistimewaan pada Santan Qristal ini, ia diusahakan di negeri Johor dan diedarkan kepada pembekal seluruh pasar-pasar tani di lembah klang bagi memperkenalkan produk ini. Murnizan Shafee merupakan pembekal Santan Qristal di pasar tani Putrajaya berkata, beliau ingin orang ramai beralih arah pada pemakanan yang lebih sihat serta bebas dari bahan pengawet dan kimia dalam makanan harian. Selain itu, beliau juga mengatakan cara penggunaan Santan Qristal ini juga semudah ABC dengan cara buka, gunting dan masak. Tambahan lagi, beliau juga menekankan tentang formula yang ada pada Santan Qristal ini adalah tidak menggunakan sebarang bahan kimia dan ianya tahan lama dengan 95% memudahkan pengguna untuk menyimpan dan berulang dari menggunakan santan tersebut.
Santan Qristal juga dikomersialkan ke seluruh pasar tani lembah klang dan pasaraya Mydin agar mudah didapati orang ramai dan menjadi kawan baik kepada seluruh suri rumah tangga di Malaysia. Selain itu, Murnizan Shafee juga berkata, selain dikomersialkan ke seluruh pasar tani dan pasaraya, ia juga dikomersialkan ke seluruh media sosial bagi memperkenalkan kepada orang ramai tentang produk ini sesuai dengan matlamat Santan Qristal iaitu beralih arah pada pemakanan yang asli. Tambahnya, bagi menarik perhatian orang ramai juga, Santan Qristal juga menghasilkan aiskrim buah-buahan yang bersih dari bahan pengawet agar semua lapisan masyarakat dapat menikmatinya tanpa was-was dengan kandungan di dalamnya. Harapan beliau juga ingin melebarkan produk Santan Qristal ini ke seluruh Malaysia dan di pasaran global.