Home Farming & Agriculture Rezeki tanah adat.

Rezeki tanah adat.

816
0

Oleh Nur Huda Binti Musa

Negeri Sembilan – Usaha menyewa tanah adat seluas 80 ekar sembilan tahun yang lalu bagi menternak kambing dan lembu mendatangkan hasil yang sangat lumayan apabila produk tenusu serta daging mendapat permintaan yang tinggi.

Mohd Nasir Samat, bergiat aktif dalam penternakan kambing dan lembu sejak tahun 2012 bersama keluarganya. Tanah adat yang di sewa di Rembau pada tahun 2009 pada asalnya dijadikan ladang tebu, tetapi permintaan yang kurang menyebabkan beliau mula menanam sayur-sayuran dan jagung.

“Bagi memulakan perniagaan ini banyak cabaran yang harus kami hadapi, pelbagai strategi harus dirancang agar tanah yang diusahakan ini dapat mengeluarkan hasil”,katanya.

Mengambil keputusan untuk fokus kepada penternakan lembu dan kambing pada tahun 2012 merupakan keputusan yang drastik namun menguntungkan pendapatan syarikatnya yang kini turut memiliki ladang di Juasseh, Panchor dan Johol, Negeri Sembilan bagi tujuan penternakan dan pemprosesan.

Syarikat yang dikenali sebagai Sumobek Sdn.Bhd ini turut menjadikan salah satu ladang untuk mengkaji dan menghasilkan bio gas bagi kegunaan ladang mereka. Hasil daripada kerjasama perniagaan keluarga ini berjaya menghasilkan produk seperti susu lembu, susu kambing, daging mentah, makanan sejuk beku dan kambing golek.

Pada tahun 2016, kira-kira 99 ekor kambing baka Boer mula diternak dan pada tahun ini, kira-kira 27 ekor anak kambing terlah dilahirkan.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.