Home Inspirasi Niaga Pendedahan ilmu perniagaan sejak kecil punca memilih bidang ini sebagai kerjaya utama

Pendedahan ilmu perniagaan sejak kecil punca memilih bidang ini sebagai kerjaya utama

381
0

Norhasmaziani, dua dari kanan semasa menghadiri seminar bisnes bersama rakan-rakan.

Oleh Noor Suriati bt Salleh (177716)

Menceburi bidang perniagaan sejak dari usia muda cukup besar cabarannya terutama dalam meraih kepercayaan orang ramai terhadap kemampuannya. Namun, alah biasa tegal biasa, bagi Norhasmaziani Awang Ahmad, 32 menganggap segala kritikan, maklum balas negatif serta pandangan serong sesetengah pihak terhadap keupayaannya menjadi satu pembakar semangat dalam meneruskan perniagaan yang dijalankan.

Bermula dengan perniagaan bakery, Norhasmaziani kini meluaskanlah bidang perniagaannya dengan membuka butik pengantin yang diberi nama Sakura Bridal. Antara punca utama terhadap pembukaan Sakura Bridal adalah kerana minat yang mendalam terhadap perniagaan aksesori pengantin dan ingin merebut peluang perniagaan yang permintaan tidak pernah putus. Nama Sakura Bridal dipilih kerana beliau terlalu suka akan bunga Sakura yang mampu memberi ketenangan kepadanya.

Meskipun fokusnya tertumpu kepada perniagaan butik pengantin, namun perniagaan bakerynya masih lagi diteruskan seiring dengan butik tersebut. Sakura Bridal yang terletak di bandar Terengganu ini menyediakan perkhidmatan seperti pakej perkahwinan, pertunangan, dan katering. Pada pertengahan bulan Mac 2016, Sakura Bridal telah meluaskan lagi sayapnya apabila berjaya membuka satu cawangan di Kelantan.

Minat yang mendalam dalam bidang perniagaan menyebabkan Norhasmaziani menceburi pelbagai jenis perniagaan. Pada Jun 2016, beliau telah bekerjasama dengan adiknya, Nur Ain Solehah Awang Ahmad dalam mengeluarkan tudung Solehah Hijab yang dijahit serta diubahsuai sendiri. Perniagaan tudung menjadi pilihan kerana melihat permintaan yang semakin mendapat sambutan dalam masyarakat hari ini. Solehan Hijab turut dijual secara online dan juga boelh didapati di Sakura Bridal.

”Dari segi luaran mungkin sesetengah beranggapan mudah untuk saya sampai ke tahap ini, tetapi pelbagai halangan dan tanggungjawab yang cukup besar untuk saya pikul. Namun saya bersyukur, jatuh bangun saya dalam dunia perniagaan, keluarga terutama suami dan adik-beradik sentiasa memberi sokongan”.

Pendedahan dalam dunia perniagaan sejak kecil oleh arawah ibunya yang menjalankan perniagaan kuih muih tempatan menjadi salah satu penyebab Norhasmaziani memilih perniagaan sebagai kerjaya utama.

Contoh pelamin yang disediakan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.