PENGENALAN
Pemasaran adalah sesuatu yang unik kerana ianya boleh mendatangkan keyakinan dan dapat mempengaruhi orang ramai untuk membeli barang atau membayar perkhidmatan yang ditawarkan.
Pemasaran dalam sesebuah perniagaan sangat kritikal kerana ianya menentukan prestasi perniagaan anda samada lebih maju dan membesar atau mengecil dan lebih parah terpaksa “tutup kedai”.
Usaha pemasaran yang betul, mempromosikan produk atau perkhidmatan yang memenuhi keperluan dan keinginan pengguna pasti akan membawa keuntungan kepada sesebuah perniagaan.
The BOSS2020 direka khas untuk usahawan/ pegawai pemasar bagi menghadapi cabaran perniagaan terutama di era digitalisasi masa kini. Ianya akan menjadi satu pencetus dan pendorong kepada peserta dalam menguruskan perniagaan mereka.
Setelah selesai kursus, peserta dapat menunjukkan pengetahuan tentang topik-topik berikut:·
- Memahami proses pengurusan perniagaan dan pemasaran yang betul.
- Membangun peluang dan strategi pemasaran.
- Membangunkan jualan dan perniagaan.
- Mengurus perniagaan mengikut keperluan pasaran.
- Memahami bagaimana impak media digital dalam perniagaan.
Siapa PERLU HADIR Kursus Ini?
- Pemilik Perniagaan yang berwawasan untuk membangun dan mengembangkan perniagaan mereka.
- Usahawan/pengusaha yang berdaya saing dan ingin memajukan perusahaan mereka.
- Pengurus Pemasaran syarikat yang mempunyai rasa tanggungjawab yang tinggi dalam pembangunan diri dan perniagaan.
- Individu yang berhasrat untuk menceburkan diri atau berminat untuk menambah ilmu dalam bidang keusahawanan dan perniagaan.
Methodologi Kursus
KURSUS dijalankan dengan mempraktikkan KONSEP 5C dalam pembelajaran – lebih aktif, menyeronokkan, semangat berpasukan, kreatif dan inovatif.
1. CRITICAL THINKING (PEMIKIRAN KRITIS) – kemahiran berfikir dalam menyelesaikan sesuatu masalah serta menyesuaikan diri dengan persekitaran.
2. CREATIVE THINKING (PEMIKIRAN KREATIF) – Pemikiran kreatif adalah kecekapan menggunakan minda untuk menghasilkan idea yang baru, asli, luar biasa, pelbagai, dan bernilai.
3. COLLABORATION (KOLABORASI) – proses yang melibatkan kerjasama oleh beberapa individu dalam satu kumpulan atau pasukan untuk mencapai hasil yang diinginkan dan sekaligus melahirkan kepercayaan antara ahli-ahli yang terlibat.
4. COMMUNICATION (KOMUNIKASI) – Kemahiran komunikasi adalah penting dalam proses penyampaian maklumat, perkongsian pendapat dan interaksi antara dua pihak.
5. CHARACTER (PERWATAKAN) – Watak adalah satu corak tingkah laku, fikiran dan perasaan berdasarkan prinsip-prinsip kekuatan moral dan integriti.
info lanjut boleh klik butang WhatsApp ini…
017-300 7878 |
Biodata Jurilatih
Nama : BAHARIM BIN SUKARI
Jawatan: PENGARAH URUSAN
Syarikat: SC Creative Solutions Sdn Bhd
Berminat utk mengikuti kursus pemasaran