Bicara Niaga minggu ini kami memperkenalkan seorang usahawan Kamal bin Wok yang merupakan usahawan Pes Ramuan Ayam Percik. Beliau merupakan peserta “Return To Work” anjuran PERKESO. Beliau bangkit setelah ilat kekal akibat penyakit yang dihidapinya.
Beliau telah terpilih untuk menghadiri Kursus Kemahiran Personal Coaching: Pengurusan dan Pemasaran Di Era Digital yang ditaja sepenuhnya oleh PERKESO dan dikendalikan oleh Coach Baharim Sukari, SC Creative Solutions Sdn Bhd.
Produk: PES RAMUAN AYAM PERCIK – KUAH AYAM PERCIK DI SERTAKAN DI DALAM BUNGKUSAN
Berat bersih/pack = (+/-) 600g/pack Boleh digunakan untuk 2 – 3 kg ayam
Cara penyediaan untuk memerap ayam menggunakan pes ramuan:
1) Gaul ayam dengan pes ramuan sehingga sebati.
2) Perap ayam selama lebih kurang 10 min (lebih lama lebih sedap)
3) Bakar ayam di dalam Oven / Microvawe / Grill/ Air Fryer/ Kuali tanpa minyak selama 15 min @180 deg C. Untuk rasa yang lebih sedap jangan overcooked. 1/2 or 3/4 cooked sahaja.
4) Setelah ayam masak, tuang kuah ayam percik yang telah dipanaskan keatas ayam
5) Siap untuk dihidangkan.
SIMPAN KUAH AYAM PERCIK DI DALAM PETI SEJUK SETELAH ANDA MENERIMA PRODUK UNTUK TAHAN LEBIH LAMA KAMI JAMIN RASA SEPERTI AYAM PERCIK DI PASAR RAMADHAN