Home Inspirasi Niaga Pemasaran DIGITAL (PENJANA HRDF) Bantu Usahawan Rancakkan Perniagaan Dalam Situasi Pandemik COVID-19

Pemasaran DIGITAL (PENJANA HRDF) Bantu Usahawan Rancakkan Perniagaan Dalam Situasi Pandemik COVID-19

532
0

Oleh Shirmy

INDERA MAHKOTA, KUANTAN: Inisiatif PENJANA HRDF, Kementerian Sumber Manusia telah menganjurkan program khas bagi membantu usahawan yang baru berkecimpung dalam dunia perniagaan melalui Marketing Development Program for Gerak Insan Gemilang (GIG) Pemasaran Media Sosial terutama dalam situasi wabak pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia.

Seramai 175 orang peserta yang terdiri dalam kalangan usahawan tempatan khususnya di sekitar negeri Pahang dan Terengganu, telah menghadiri program tersebut selama 6 hari bermula 14 sehingga 19 Disember 2020 di Sri Manja Boutique Hotel di sini.

Terdiri dari dua kategori usahawan iaitu yang telah mendaftar perniagaan dan juga masih belum mendaftar perniagaan diberi kursus dan latihan secara intensif oleh penceramah pemasaran terkenal iaitu saudara Baharim Sukari atau lebih mesra dikenali sebagai Coach Baharim. Rata-rata mereka mengharapkan program ini dapat membantu mereka dalam memasarkan produk dan perkhidmatan terutama secara online.

Para peserta yang hadir daripada latar belakang perniagaan yang berbeza telah memberikan reaksi yang positif dan cemerlang terhadap topik dan latihan yang telah dijalankan khususnya perbincangan berkaitan peluang baharu dan cabaran perniagaan yang semakin sengit di mana seharusnya dapat diekspoitasi oleh usahawan tempatan terutamanya melalui platform media sosial seperti Facebook, Instagram, Whatsapp, Telegram, Tik Tok, Youtube dan sebagainya.

Sebanyak 30 kumpulan dibentuk yang terdiri daripada 5 ke 6 orang ahli kumpulan yang menjalankan peranan dan fungsi sebagai ahli lembaga syarikat maya yang dicipta dan dikehendaki membuat pembentangan menggambarkan modus operasi perniagaan masing-masing.

Latihan dalam kelas menggunakan pendekatan dan metodologi 5C (1. CRITICAL THINKING, 2. CREATIVE THINKING, 3. COLLABORATION, 4. COMMUNICATION, dan 5. CHARACTER) adalah untuk membantu meningkatkan kefahaman peserta agar dapat memfokuskan perniagaan kepada sasaran pelanggan menerusi saluran media yang tertentu.

Setiap kumpulan juga perlu menyediakan video pengiklanan produk dan perkhidmatan masing-masing berdurasi selama tiga (3) minit. Video tersebut perlu di muat naik ke YouTube untuk diberi penilaian.

Menurut Coach Baharim, melalui kaedah latihan sebegini, para peserta dapat berinteraksi antara satu sama lain di samping bertukar ilmu pengetahuan dan pengalaman, penglibatan mereka dalam mengurus serta menjalankan perniagaan sedia ada.

Ada beberapa formula yang diketengahkan dalam pengisian sepanjang program membolehkan peserta dapat menambah ilmu dan meningkatkan kualiti serta memperluas perniagaan khususnya melalui platform maya yang sedang viral di media sosial kerana teknologi ini sangat berkesan selain menjimatkan masa dan kos.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.