Ramai orang tanya saya, “Bro, kau dah ada posisi selesa di syarikat Jepun, urus eksport ke 13 pelabuhan dunia. Kenapa masih nak berpeluh goreng pisang depan rumah? Kenapa nak kena hadap hujan panas jual pakaian di pasar malam?”
Jawapan saya tetap sama: “Perniagaan bukan untuk orang yang BERDUIT, tapi untuk orang yang NAK BUAT DUIT.”



Dalam buku saya nanti, fasa ini saya namakan KARAKTER PENARIK BECA.
Seorang penarik beca takkan sampai ke destinasi kalau dia malu nak buat KAYUHAN PERTAMA. Kayuhan pertama itulah yang paling berat. Masa itulah ego kita diuji, masa itulah otot mental kita dibina.
Kalau nak jadi usahawan, tapi “Ego Besar tapi Poket Kosong”, anda takkan ke mana. Saya belajar tentang inventory management bukan hanya di stor kilang, tapi di atas meja pasar malam. Saya belajar cara baca hati pelanggan bukan di bilik mesyuarat, tapi di bawah kanopi pasar malam.
Zaman dah berubah, tapi jiwa tetap sama. Dulu saya “mengayuh” fizikal dari pintu ke pintu. Sekarang, saya “mengayuh” guna Digital Marketing & AI. Kos pemasaran minima, tapi jangkauan sampai ke Singapura dan Brunei!
Tapi ingat… sehebat mana pun AI yang anda guna, tanpa jiwa Penarik Beca yang berani bermula dari bawah, anda hanyalah pemerhati di tepi jalan.
Korang dah sedia nak buang ego dan mula mengayuh hari ni? Komen “KAYUH” kalau nak saya bongkar Karakter ke-2: SI PENDEKAR—Bagaimana “silat” bisnes di pasar malam membantu saya pecah pasaran Brunei hingga jadi Top 3 Brand!
Baca seterusnya.. 7 KARAKTER, 1 TUJUAN: FORMULA DOMINASI PASARAN 2026 AGAR BISNES TIDAK LAGI “TENGGELAM”




















