Home Business 6 Bulan Jadi Pemandu E-Hailing: Cerita Yang Tak Semua Orang Nampak

6 Bulan Jadi Pemandu E-Hailing: Cerita Yang Tak Semua Orang Nampak

21
0

“6 Bulan Jadi Pemandu E-Hailing: Cerita Yang Tak Semua Orang Nampak”

Hujung tahun 2024…
aku buat satu keputusan yang paling berat dalam hidup aku.

Aku tarik “handbrake” pada bisnes sendiri.

Bukan sebab aku malas.
Bukan sebab aku putus asa.
Tapi sebab aku nampak… kalau aku teruskan, kerugian akan jadi lebih besar.

Silap langkah dalam pelaburan bisnes baru…
duit dah labur, tapi arah tak menjadi.

Dalam masa yang sama, bisnes sedia ada pula makin terhimpit…
kos makin naik, harga tak boleh naik… margin makin nipis.

Sampai satu tahap…
overhead lebih besar daripada pendapatan.

Aku diam.
Aku kira.
Aku telan realiti.

Dan awal 2025… aku buat keputusan—
aku jadi pemandu e-hailing.


Kereta aku 2000cc.
Bukan jimat minyak.
Tak dapat GrabPlus (sebab dah 10 tahun).

Jadi aku cuma dapat job biasa (JustGrab).

Aku mula “kayuh” malam.

Bukan sebab suka berjaga…
tapi sebab nak elak jem.

Kalau siang — jem, petrol tinggi, fare rendah.
Kalau malam — jalan lancar… tapi sunyi, dan rezeki tak menentu.

Kadang-kadang…
dapatlah job ke KL, Bukit Bintang.

Ingatkan pukul 3 pagi jalan kosong…
rupanya KL tetap sesak.


Pernah satu hari…

Aku ambil penumpang siang hari.
Fare dalam RM6–7.

Murah… tapi jalan jem teruk.

Dalam jem tu… aku tahan kencing.

Sampai hotel, aku turunkan penumpang.
Aku park… terus lari ke tandas.

Lega.

Tapi bila keluar…

Parking RM6+.

Aku terdiam.

“Dapat RM6… kos kencing pun RM6…”

Aku masuk kereta balik.
Jem masih ada.
Nak ambil job seterusnya… penumpang cancel sebab tunggu lama.

Masa tu…
jujur aku cakap, rasa nak menangis.


Setiap bulan aku tukar minyak hitam.

Sebab sebulan aku boleh jalan sampai 10,000KM.

Sampai satu hari…
uncle kedai minyak hitam tanya:

“Eh you… bukan bulan lepas sudah tukar?”

Aku senyum.

“Ha’ah uncle… saya banyak outstation…”

Aku cover.

Aku tak sanggup nak cakap…
aku sebenarnya bawa Grab siang malam.


Tidur?
Memang tak cukup.

Ada malam jam 2 pagi…
dapat job dari Kajang ke Kuala Selangor.

Jauh.

Tapi aku accept.

Sebab fare lebih RM100.

Pergi… ada duit.
Balik… kosong.

Minyak habis… badan penat…
untung entah ke mana.


Pernah satu malam…
aku terlalu penat.

Aku park tepi jalan.
Aku tertidur.

Tiba-tiba… ketuk tingkap!

Aku terkejut.

Polis.

Dia tanya,
“Kenapa tidur sini? Banyak kes kawasan ni…”

Aku angguk je.

Dalam hati…
aku cuma nak rehat sekejap.


Ada juga hari…
aku keluar jam 10 pagi balik maghrib. Rehat tidur 2 jam, keluar semula jam 20 malam balik 10 pagi esoknya.

Tak cukup tidur.

Dapat RM400.

Nampak macam banyak.

Tapi bila kira balik—
minyak, servis, risiko, badan…

Macam tak berbaloi.


Yang paling uji sabar…

Penumpang hempas pintu.

“Bam!”

Rasa macam jantung aku yang kena hentak.

Nak marah?
Tak boleh.

Kena telan.


Ada satu masa…

Aku geram sangat.

Penumpang asing, banyak kerenah.

Aku tekan minyak.

Masuk jalan kampung, selekoh tajam.

Laju.

Sampai dia cakap,

“Deras sangat… takut.”

Masa tu aku sedar…

Aku bukan marah dia.
Aku marah keadaan hidup aku masa tu.


Paling seram…

Hantar penumpang ke kawasan off-road.

Tengah malam.
Gelap.
Ladang kelapa sawit.
Belukar.

Sunyi.

Tapi aku teruskan.

Sebab aku tahu…
aku tak ada pilihan.


6 bulan aku lalui semua ni.

Akhirnya aku duduk…
aku kira balik.

Kereta makin “penat”.
Badan makin letih.
Hidup makin kosong.

Aku buat keputusan…

Aku berhenti.


Pengalaman ni ajar aku satu benda:

Jangan pandang mudah rezeki orang lain.

Nampak macam senang—
ambil penumpang, hantar, dapat duit.

Tapi hakikatnya…
ada letih yang tak nampak,
ada sabar yang tak terucap,
ada air mata yang tak jatuh di depan orang.


Dan dari situ…

aku buat satu keputusan yang lebih besar.

Aku kembali fokus pada bisnes aku yang sedia ada.

Kali ni… aku tak ulang kesilapan lama.

Aku ubah strategi.
Aku perbetulkan arah.
Aku gandakan usaha.
Aku kuatkan marketing.
Aku mula konsisten hasilkan content—hari demi hari, walaupun penat.

Perlahan-lahan…

apa yang hampir jatuh dulu… mula berdiri semula.

Pelanggan kembali.
Aliran masuk kembali.
Dan yang paling penting… keyakinan aku kembali.

Alhamdulillah…
bisnes aku mula “bernafas” semula.


Dari perjalanan ini, aku belajar satu perkara yang sangat mahal nilainya:

Jatuh dalam perniagaan… itu perkara biasa.
Hampir semua usahawan akan melaluinya.

Tapi yang membezakan…
bukan siapa yang tak pernah jatuh,

tapi siapa yang memilih untuk bangkit.

Bangkit itu bukan sekadar pilihan.
Ia adalah tindakan berani.
Satu keputusan sedar.
Dan langkah paling tepat untuk terus hidup dalam dunia perniagaan.


Kalau hari ini kau sedang jatuh…

ingat satu benda—

jatuh itu bukan penamat cerita,
tapi permulaan untuk kau tulis bab yang lebih kuat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.