SCCS Lancar Program “Kebun ke Dapur” – Gabungan Pertanian, Masakan & Content Digital
Kajang, 8 April 2026 – Schamps Creative Solution Sdn Bhd (SCCS) bakal melancarkan sebuah program inovatif berkonsepkan “Kebun ke Dapur”, iaitu pengalaman memasak interaktif yang menggabungkan elemen pertanian, kulinari dan penghasilan kandungan digital.
Program ini dijangka menjadi antara inisiatif unik dalam industri latihan dan pembangunan kemahiran di Malaysia apabila peserta bukan sahaja mempelajari teknik masakan, malah berpeluang untuk menuai sendiri bahan segar seperti limau kasturi, sayur-sayuran dan herba terus dari kebun sebelum memasaknya.
Menurut pihak SCCS, pendekatan ini diperkenalkan bagi memberi pengalaman sebenar kepada peserta tentang konsep “farm-to-table”, di samping meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan sumber makanan segar dan tempatan.
Lebih menarik, program ini turut menampilkan elemen 3E iaitu Educate, Entertainment dan Engagement, di mana setiap aktiviti bukan sahaja bersifat pembelajaran, malah disusun dalam bentuk interaktif seperti cabaran memasak berkumpulan, aktiviti eksplorasi kebun serta sesi rakaman kandungan digital.
“Inisiatif ini bukan sekadar kelas masakan biasa, tetapi sebuah platform pengalaman yang membolehkan peserta belajar, berhibur dan pada masa sama terlibat dalam penghasilan content yang berpotensi viral di media sosial,” menurut wakil SCCS.
Program “Kebun ke Dapur” juga dilihat sebagai satu platform strategik kepada syarikat-syarikat pengeluar produk makanan untuk memperkenalkan jenama mereka secara lebih autentik melalui penggunaan sebenar dalam situasi harian peserta.
Dengan konsep yang unik dan pendekatan yang segar, SCCS optimis program ini mampu menarik minat golongan muda, usahawan F&B serta komuniti yang aktif di media sosial.
Pelancaran program ini dijangka membuka lebih banyak peluang kolaborasi strategik serta penyertaan bagi siri program seterusnya.
📞 Maklumat & Penyertaan
Bagi individu, organisasi atau pihak industri yang berminat untuk menyertai atau menjalinkan kerjasama, boleh menghubungi:
SCCS – Schamps Creative Solution Sdn Bhd
📲 Puan Rohaiza: +60 10-501 6477
👉 Tempat adalah terhad dan penyertaan dibuka untuk batch terawal sahaja.





















