Home Event Support Bangi Golf Resort Anjur Majlis Pratonton Bufet Ramadan “Iftar Harmoni”

Bangi Golf Resort Anjur Majlis Pratonton Bufet Ramadan “Iftar Harmoni”

15
0

Bangi Golf Resort Anjur Majlis Pratonton Bufet Ramadan “Iftar Harmoni”

Oleh Baharim Sukari

BANGI, 17 Januari 2026 – Bangi Golf Resort (BGR) hari ini menganjurkan majlis pratonton dan sesi ulasan media bagi Bufet Ramadan 2026 bertemakan “Iftar Harmoni”, bertempat di Bangi Golf Resort, Selangor.

Majlis khas ini diadakan sebagai platform eksklusif untuk memperkenalkan konsep, menu serta pengalaman iftar yang bakal ditawarkan kepada orang ramai sepanjang bulan Ramadan akan datang. Seramai pengamal media, blogger serta pempengaruh digital telah dijemput bagi merasai sendiri hidangan bufet Ramadan yang disediakan oleh pihak BGR.

Bufet Ramadan “Iftar Harmoni” oleh Bangi Golf Resort akan berlangsung dari 20 Februari hingga 19 Mac 2026, menampilkan lebih 100 pilihan hidangan yang menggabungkan masakan tradisional tempatan bersama sajian baharu yang kreatif, dengan penekanan terhadap kualiti bahan serta kelestarian penyediaan makanan.

Antara hidangan utama yang menjadi tumpuan termasuk Kambing Golek yang dipanggang sempurna, Sup Kambing Mamak, Satay Ayam resepi istimewa, Gyoza Dumpling, Nasi Kerabu, serta hidangan moden seperti Telur Sous Vide bersama Cendawan Espuma.

Bufet ini turut dimeriahkan dengan sajian tradisional India Selatan seperti Ayam Pallipalayam, Mutton Ghee Roast, Sayur Kurma, Sambar, Telur Podimas dan Gobi Manchurian, selain pilihan antarabangsa seperti Ramen Ayam Tradisional dan Ramen Dumpling Udang.

Bagi pencuci mulut, para tetamu dihidangkan dengan pelbagai kuih-muih tradisional, serta Pulut Putih bersama Serawa Durian. Golongan kanak-kanak pula turut diberi perhatian dengan hidangan khas seperti Mac & Keju, Kentang Goreng Berperisa, Ais Krim Lembut, Betih Jagung Karamel, Gula-gula Kapas, serta kemudahan Istana Belon sebagai hiburan keluarga.

Bangi Golf Resort turut menekankan aspek keselamatan dan kualiti makanan dengan memiliki pensijilan Halal sejak 2009, HACCP sejak 2021, serta pensijilan FSSC 22000. Kemudahan lain termasuk 800 petak parkir dan surau yang luas, menjadikan lokasi ini sesuai untuk berbuka puasa bersama keluarga, rakan dan korporat.

Majlis pratonton ini sekali gus memberi gambaran awal kepada pengamal media dan pempengaruh mengenai pengalaman iftar yang bakal ditawarkan, sejajar dengan komitmen Bangi Golf Resort untuk menyediakan pengalaman berbuka puasa yang harmoni, selesa dan bermakna sepanjang Ramadan 2026.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.