Home Agriculture Permanian Beradas: Teknologi Pintar dalam Dunia Penternakan Ruminan (Lembu, Kerbau, Kambing)

Permanian Beradas: Teknologi Pintar dalam Dunia Penternakan Ruminan (Lembu, Kerbau, Kambing)

170
0

Permanian Beradas: Teknologi Pintar dalam Dunia Penternakan Ruminan

Oleh: Baharim Sukari | M Niaga

Penternakan ruminan seperti lembu, kambing, dan kerbau memainkan peranan penting dalam sektor agromakanan negara. Selain menjadi sumber utama kepada daging dan susu tempatan, industri ini juga berpotensi tinggi untuk menjana pendapatan yang mampan jika diuruskan secara sistematik dan moden.

Salah satu kaedah moden yang semakin mendapat tempat di kalangan penternak ialah permanian beradas atau lebih dikenali sebagai Artificial Insemination (AI). Teknologi ini telah merevolusikan cara pembiakan haiwan ternakan dan menjadi antara strategi penting dalam meningkatkan produktiviti serta kualiti ternakan.


Apa Itu Permanian Beradas?

Permanian beradas ialah satu kaedah pembiakan secara boatan (artificial), di mana benih pejantan (air mani) dimasukkan ke dalam sistem peranakan betina menggunakan peralatan khas. Ia dilakukan oleh individu yang terlatih dan bertauliah, serta dijalankan dalam keadaan yang terkawal dan bersih.

Berbeza dengan pembiakan semula jadi yang memerlukan kehadiran pejantan, permanian beradas membolehkan penternak memilih baka unggul daripada pejantan berkualiti tinggi tanpa perlu memelihara lembu jantan sendiri.


Kelebihan Permanian Beradas

  1. Anak Ternakan Lebih Berkualiti
    Benih daripada baka pejantan unggul digunakan, menjadikan anak-anak ternakan lebih cepat membesar, tahan penyakit dan mampu menghasilkan daging atau susu yang lebih banyak.

  2. Jimat Kos dan Sumber
    Penternak tidak perlu membela pejantan, sekali gus menjimatkan ruang, makanan, dan kos penjagaan.

  3. Kawalan Penyakit
    Kaedah ini membantu mengelakkan penularan penyakit kelamin dalam kalangan ternakan yang sering berlaku melalui pembiakan semula jadi.

  4. Tingkatkan Produktiviti
    Lebih banyak ternakan betina dapat dibuntingkan dalam tempoh masa yang singkat, meningkatkan kadar kelahiran dan hasil ladang.

  5. Akses kepada Genetik Elit
    Penternak kecil atau sederhana berpeluang menggunakan benih daripada baka elit yang sebelum ini hanya dimiliki penternakan besar atau kerajaan.


Bilakah Waktu Sesuai Untuk Permanian?

Permanian hanya boleh dilakukan apabila lembu betina menunjukkan tanda-tanda biang atau mahu mengawan. Tanda-tanda utama termasuk:

  • Relakan diri dipanjat lembu lain
  • Resah, melenguh-lenguh
  • Alat kelamin kemerahan, lembab, dan mengeluarkan lendir
  • Selera makan dan pengeluaran susu berkurangan

Tempoh biang ini hanya berlaku sekitar 24 jam, jadi timing sangat penting. Sebagai panduan, jika tanda biang kelihatan pada waktu pagi, permanian sebaiknya dilakukan pada waktu petang. Jika dilihat pada waktu petang, permanian dijalankan pada awal pagi keesokan harinya.


Kepakaran Tempatan: Triplet Farmer Farm

Brahman Cross milik Triplet Farmer Farm hasil permanian beradas mencecah berat 1,055Kg

Salah satu contoh usahawan yang berjaya dalam bidang ini ialah Encik Muhammad Fauzi dan isterinya Puan Halina, pengasas kepada Triplet Farmer Farm. Pasangan ini bukan sahaja mengusahakan ternakan lembu secara komersial, malah mereka juga berkelayakan dan bertauliah dalam melaksanakan permanian beradas.

Dengan pendekatan profesional, mereka membantu penternak lain mendapatkan baka berkualiti tinggi melalui khidmat permanian beradas di seluruh negara. Penglibatan mereka memperlihatkan potensi besar dalam menyediakan servis nilai tambah dalam industri ternakan ruminan.


Penutup

Teknologi seperti permanian beradas bukan sekadar memudahkan proses pembiakan β€” ia membuka jalan ke arah penternakan yang lebih moden, sistematik dan berdaya saing.

Bagi para penternak, pelabur atau usahawan baru dalam bidang ini, penerokaan teknologi seperti ini adalah langkah strategik untuk memacu kejayaan jangka panjang dalam industri agropenternakan negara.


Mahu tahu lebih lanjut tentang servis permanian beradas atau mendapatkan latihan profesional? Hubungi Triplet Farmer Farm dan ketahui bagaimana teknologi ini boleh mengubah masa depan ternakan anda.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.