Home Education & Training KURSUS/BENGKEL EDIT VIDEO -ANDROID / IOS GUNA KINE MASTER

KURSUS/BENGKEL EDIT VIDEO -ANDROID / IOS GUNA KINE MASTER

400
0

SEMINAR – SMARTPHONE VIDEOGRAPHY AND EDITING 2022

Betul kan segala-galanya kos meningkat?

Anda pun dah tau masa kini video sangat efektif dalam apa jua bidang, tak kiralah samada anda buat bisnes, mengajar, ejen insuran/takaful, ejen hartanah dan sebagainya atau mungkin anda nak jadi YouTuber.

Sampai bila nak upah orang?

Sampai bila nak menanggung kos videography yang tinggi?

Bukankah di tangan anda sentiasa ada handphone? Kenapa tak guna je untuk buat video marketing anda?

Nak video anda nampak ala-ala pro?

Ayuh sertai program anjuran kami, hanya menggunakan handphone anda boleh menghasilkan video seperti profesional.

SEMINAR DAN BENGKEL SMARTPHONE VIDEOGRAPHY-EDITING 2022

Tarikh/ Bil.PendaftaranStatus
05 Mac 2022  (9:30AM-12:30PM)DAFTAR (KLIK DI SINI)Online/ Closed
05 Mac 2022  (9:30AM-12:30PM)DAFTAR (KLIK DI SINI)Class/ Open

Mengapa anda perlu hadir program ini?

  • Belajar dari seorang Coach berpengalaman lebih 25 tahun dalam pengurusan perniagaan dan pemasaran.
  • Belajar membuat video cara mudah dengan menggunakan handphone, tak perlu beli kamera mahal, tak perlu upah orang untuk suntingan video.
  • 100% praktikal, terbukti telah menghasilkan jualan dari video-video marketing yang dimuatnaik di media sosial, Google dan YouTube.
  • Mengikut trend terkini dalam menyampaikan maklumat, iklan, pemasaran, penjenamaan dan sebagainya.

YURAN RM150

  • RM150 Untuk Seorang
  • RM200 Untuk 2 Orang (Jimat RM100)
  • RM250 Untuk 3 Orang (Jimat RM200)
  • RM300 Untuk 4 Orang (Jimat RM300)
  • RM400 Untuk 5 Orang (Jimat RM350)

Tempat Kursus: 708B Kompleks Diamond Business Centre, Jalan Medan Bangi, Seksyen 16, Bandar Baru Bangi, Selangor

Anda akan bersama Coach Baharim Sukari

Baharim bin Sukari adalah merupakan PENGARAH URUSAN di syarikat SC Creative Solutions Sdn. Bhd.

Baharim aktif dalam lapangan perniagaan, pembangunan modal insan, pengendalian program-program latihan, motivasi dan khidmat konsultansi perniagaan. Selain itu beliau juga merupakan usahawan dalam industri pembuatan dan pembekalan pakaian (fbs-fashion.com) dan penternakan lobster air tawar.

Beliau adalah pengasas dan pemilik majalah dalam talian M-NIAGA (m-niaga.com.my), memiliki kedai maya (mnshop.com.my) bagi tujuan penjualan dan promosi produk-produk jualan syarikatnya.

Kerjaya: BAHARIM BIN SUKARI merupakan Pengarah Urusan kepada syarikat SC Creative Solutions Sdn Bhd. Seorang yang berpengalaman selama lebih 25 tahun dalam bidang pengurusan perniagaan terutamanya bidang logistik, Jualan dan Pemasaran. Bermula tahun 1991 hingga 2006 bersama syarikat antarabangsa yang beribu pejabat di Osaka, Jepun dan kini beliau memberi tumpuan penuh kepada perniagaannya sendiri.

Beliau seorang graduan daripada Universiti Utara Malaysia dalam bidang Pengurusan Organisasi dan Kepimpinan. Seorang yang mementingkan kepada peningkatan pengetahuan dan kemahiran, kini beliau banyak menganjurkan program-program pembangunan perniagaan & modal insan.

Seorang yang berkemahiran dalam bidang kejurulatihan dan motivasi sejak tahun 2005, beliau telah berdaftar sebagai “Trainer” di PSMB (Pembangunan Sumber Manusia Berhad, Kementerian Sumber Manusia) juga Panel Pakar Industri Negara (DPIN)-JPK.

Beliau kini telah berjaya membimbing ramai usahawan dan kakitangan syarikat korporat terutamanya dalam bidang keusahawanan, pengurusan diri & kerjaya, team building dll.

Pakar dan berpengalaman dalam pelbagai kaedah pemasaran, penjenamaan dan jualan samada offline mahupun onlie, beliau lebih suka berkongsi dan membimbing secara hands-on.

Dari pengalaman luas yang dimiliki oleh Baharim, kini Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) telah melantik beliau sebagai fasilitator untuk mengendalikan program-program Latihan/ kursus pengurusan perniagaan dan pemasaran kepada usahawan-usahawan dari serata Malaysia. Beliau juga sering dijemput untuk mengajar dan memberi latihan kemahiran pengurusan perniagaan dan pemasaran dalam program-program HRDF.

PORTFOLIO:

TESTIMONI:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.