Home Economy Ikan Segar Hasil Aktiviti Nelayan Pesisir Pantai Tanjung Wawasan Kg Parit Hj...

Ikan Segar Hasil Aktiviti Nelayan Pesisir Pantai Tanjung Wawasan Kg Parit Hj Abdul Salam Batu Pahat

395
0

Teluk Wawasan Terletak hanya 5 KM dari bandar Batu Pahat, lokasinya terletak menghadap Selat Melaka di hujung kampung Kampung Parit Hj Abdul Salam, Simpang Lima, Batu Pahat, Johor.

Selain pertanian, kegiatan nelayan pesisir pantai antara kegiatan ekonomi penduduk setempat. Kegiatan ini menyumbang kepada pembekalan ikan segar yang dijual di jeti di sini.

Udang Harimau segar antara hasil tangkapan nelayan Teluk Wawasan.

Kepada mereka yang berkunjung ke Batu Pahat, jangan lepaskan peluang untuk ke Teluk Wawasan, di sini anda boleh menikmati masakan asam pedas yang terdapat di gerai-gerai makan di sini.

Bot-bot nelayan indah menghiasi Teluk Wawasan.

Oleh Baharim Sukari / baha@m-niaga.com.my

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.