Bangi, 2 April 2022 – Sehari sebelum puasa adalah peluang bagi sesetengah orang untuk membuat persiapan raya terutama membeli-belah.
Rata-rata orang ramai yang ditemui mempunyai sebab-sebab tersendiri. Antara sebab mereka membuat pembelian dan persiapan raya adalah kerana tidak mahu membeli di saat-saat akhir.
Bukan setakat mereka yang tinggal berdekatan, malah ramai pengunjung datang dari luar daerah dan negeri. Ini kerana di Bangi terdapat banyak pusat membeli-belah yang menjual pelbagai fesyen terkini dan harga yang berpatutan.
Oleh Baharim Sukari