Home Inspirasi Niaga MENELUSURI KECEMERLANGAN: Cakna Derita Ummah – Siri 41 ‘bila saudara dizalimi…’

MENELUSURI KECEMERLANGAN: Cakna Derita Ummah – Siri 41 ‘bila saudara dizalimi…’

272
0

| Oleh Champ Hussain

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Seperti tak terasa Ramadan telahpun meninggalkan kita dengan begitu pantas seolah-olah tanpa mengucapkan “Selamat Tinggal” pun dan masuk sudah kita ke bulan Syawal. Di pengakhir bulan yang mulia itu berlaku lagi sesuatu yang mungkin kebanyakan kita sudah jangkakan iaitu pencerobohan biadap sekali lagi oleh Tentera Zionis Laknatullah ke atas Masjid Al Aqsa ketika umat Islam Palestin sedang melaksanakan solat Tarawikh pada malam 28 Ramadan 1442H. Kebiadapan, sifat kebinatangan (yang melampaui sifat binatang itu sendiri) dan kezaliman mereka begitu ketara sekali dengan mereka melepaskan bom-bom pemedih mata dan melepaskan tembakan kepada jema’ah yang sedang kyusuk mengabdikan diri kepada Pencipta Alam Semesta Allah SWT.

Masih ramai di antara kita yang mungkin sangat risau dan terkesima dengan keadaan pandemik yang nampaknya semakin parah di negara kita sehingga kita lupa kemelut yang meruncing di Palestin sehingga ramai yang masih mengambil sambal lewa saudara-saudara kita yang sedang diserang, ditekan, dianiaya, diperangi dan dicerobohi tanpa sebarang rasa belas kasihan atau kemanusiaan sesama insan. Ya, saudara-saudara kita sedang menderita dengan pelbagai ujian yang datang bertalu-talu dari semua sudut. Bukan sahaja nyawa dan harta benda mereka terancam, malahan kesihatan mental dan fizikal, ekonomi, sosial, persekitaran dan hampir semua aspek kehidupan semuanya diragut oleh Yahudi, iaitu bangsa yang dilaknat Allah SWT.

Namun di sebalik musibah yang menimpa mereka, di sinilah kita belajar erti kemanusiaan yang sebenar. Di sinilah kita lihat semangat kental mereka untuk memperjuangkan tanahair mereka tetap utuh walau dibedil ribuan bom atau roket sekalipun kerana mereka semua adalah para pejuang yang mencari syahid demi menegakkan kebenaran dan keadilan semata-mata kerana Allah SWT. Suatu nilai yang yang mungkin telah lama hilang dan menghadapi kepupusan. Insan cemerlang adalah mereka yang cakna dengan derita ummah bukan sahaja setempat tetapi juga di luar negara samada di Palestin, Syria, Yaman, Kashmir, Rohingya dan di mana sahaja mereka berada.

Apapun fokus kita kembali pada Palestin yang telah dijajah sejak tahun 1948 dalam Peristiwa Nakba (Malapetaka) yang menyaksikan pencerobohan Zionis Israel tanpa segansilu dan dengan begitu rakus merampas tanah penduduk-penduduk Palestin yang mengakibatkan sekitar 400,000 – 600,000 warganya yang terpaksa menjadi pelarian. Dunia malangnya walaupun dengan Majlis Keselamatan Bangsa-bangsa Bersatu (yang sebenarnya tidak pernah bersatu) hanya mampu menyaksikan penindasan ini dan terus berunding dan berunding dan berunding dan…hingga ke hari ini tanpa satu penyelesaian yang konkrit untuk memberi keadilan kepada Palestin dan penduduk-penduduknya. Inilah hakikat apabila kuasa dipegang oleh mereka yang zalim.

Dalam apa keadaan sekalipun insan cemerlang adalah mereka yang tidak duduk diam dan membiarkan apa yang berlaku di Palestin ini berlalu begitu sahaja tanpa berbuat apa-apa. Bak kata pepatah “Cubit peha kiri, peha kanan terasa juga”, inilah semangat persaudaraan yang dipegang kukuh oleh insan cemerlang yang beriman. Mereka tidak akan membiarkan saudara-saudara mereka sendirian dalam derita mereka. Walau jauh beribu batu dari medan pertempuran, banyak yang boleh dilakukan antaranya berdoa untuk perlindungan, kemaslahatan dan kesejahteraan saudara-saudara kita di sana. Sebagaimana dalam siri ke40 yang menyingkap tentang doa sebagai Senjata Ampuh Muslim, mari kita pohon kepada Allah SWT untuk menurunkan bala tentera-Nya dan memberi bantuan kepada saudara-saudara kita dalam memerangi bangsa yang sentiasa membuat onar, khianat dan kerosakan di muka bumi ini sejak dari zaman Nabi Musa AS lagi.

Sebagai saudara seagama, kita harus mengambil tahu apa yang berlaku, kemudian sebarkanlah seluas-luasnya melalui pelbagai platform apa sahaja di media sosial mengenai kekejaman Zionis dan keperluan untuk membantu rakyat Palestin dengan menyumbang walau hanya RM10 sehari atau seminggu untuk mengurangkan kesengsaraan yang ditanggung mereka. Banyak NGO yang terlibat dalam gerakan menyampaikan bantuan kepada contohnya Aman Palestin, Persatuan Cinta Gaza Malaysia, MAPIM dan banyak lagi NGO-NGO yang memperjuangkan nasib rakyat Palestin. Di samping itu berhati-hati jugalah dengan perang siber oleh Israel yang punya dendam kesumat terhadap umat Islam sedunia.

Akhir sekali, mari kita boikot segala produk Isreal dan sekutu-sekutu yang terkait dengannya khususnya balaci kuatnya Amerika yang menggunakan barcode no 729, 841 dan 871. Memberi tekanan ekonomi dengan memboikot barangan mereka mestilah dilakukan secara berterusan sekaligus membeli barangan muslim (BMF). Memboikot barangan mereka tidak bermaksud kita berhenti menggunakan segala produk mereka contohnya banyak teknologi dari Israel seperti Intel, FB, WAZE, WhatsApp dan banyak lagi produk-produk buatan mereka tapi gunakanlah teknologi tersebut untuk menjadikan ‘senjata makan tuan’ kepada diri mereka sendiri. Perang Siber boleh dijadikan wadah jihad untuk kita menentang Zionis Yahudi Laknatullah semampu kita.

Mudah-mudahan ianya akan menjadi salah satu hujah yang boleh menyelamatkan kita di akhirat nanti. Sebagai insan cemerlang muslim, apabila saudara dizalimi, berdiam diri sahaja tanpa berbuat apa-apa adalah suatu dosa. Apabila umat Islam dianiayai, dinodai dan diserakahi; walau sekecil benci dalam hati sekali pun jika tak mampu berkata-kata apatah lagi mengangkat senjata sudah memadai…

Sebagai rangkuman: –

  1. Umat Islam wajib cakna (prihatin) denga napa yang berlaku kepada saudara-saudara seagamanya di mana sahaja.
  2. Ambil inisiatif untuk tahu perkembangan terkini apa yang berlaku dan menyebarkan kepada dunia apa yang berlaku kerana ini bukan isu agama semata-mata tetapi mencakupi isu kemanusiaan yang global.
  3. Boikot barangan keluaran Israel dan sekutu-sekutunya dan gunakan teknologi mereka sendiri untuk melawan mereka.

Palestin bukanlah isu lapuk

Zionis ceroboh bertakuk-takuk

Bersungguh memadam cahaya Ilahi

Tunggulah balasan di akhirat nanti

Salam cakna, ceria dan cemerlang…

هذا والله يرعانا ويحفظنا والحمد لله رب العالمين
Dengan ini, semoga Allah melindung dan menyelamatkan kita semua dan segala puji dan terima kasih kepada Allah SWT, Tuhan sekelian alam.

* Siri ‘Menelusuri Kecemerlangan’ ini merupakan siri yang telah diolah semula dari slot siaran Radio Tiga Shah Alam yang bersiaran setiap hari Khamis pada tahun 1997-1998 di mana penulis merupakan tetamu yang dijemput khas untuk slot ini.

* Champ Hussain adalah Penceramah Bebas dan Ketua Pegawai Eksekutif CMSB Human Capital Sdn Bhd anak syarikat Cerna Minda Sdn Bhd yang terlibat dalam bidang latihan dan pendidikan yang mengendalikan kursus-kursus seperti Professional Diploma in Occupational, Safety and Health Management (PDOSHM), Professional Diploma in Supervisory Management (PDSM), Professional Diploma in Industrial & Environmental  Management (PDIEM) dan lain-lain kursus peningkatan diri, pengurusan, keusahawanan dan dinamika kumpulan. Champ telah berkecimpung dalam industri latihan selama lebih dari 25 tahun dan berpengalaman menggendalikan ratusan program dalaman dan luaran kepada ribuan peserta dari kalangan professional, penjawat awam, pelajar dan pekerja-pekerja industri. Beliau juga merupakan Rakan Strategik kepada SC Creative Solutions Sdn Bhd. e-mail: champgye@gmail.com ph: +6010 444 0474

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.