Home Inspirasi Niaga LIKU KEHIDUPAN PENIAGAAN TWIN S FOODTRUCK

LIKU KEHIDUPAN PENIAGAAN TWIN S FOODTRUCK

312
0

OLEH: FARAH AYUNI BINTI ZULKEFLI

Amanah merupakan pegangan dalam perniagaan, tidak cepat berputus asa pula sebagai prinsip hidup. Inilah ungkapan sepasang insan bergelar usahawan food trucks Shaiful Amri Shahrim dan isterinya Nor Afizah Mohammad. Dengan berbekalkan prinsip dan pegangan hidup ini, beliau dan isteri menubuhkan sebuah sebuah perniagaan yang dijenamakan sebagai Twin S Foodtruck dan didaftarkan atas nama Shafiz Global Enterprise sejak tahun 2018. Pada awal penubuhannya, mereka hanya memiliki sebuah foodtruck yang beroperasi di Simpang Tiga, Perak. Dengan usaha dan kegigihan, kini mereka mampu membuka satu lagi cawangan di Hutan Melintang.

Meskipun pernah berkali-kali perniagaan mereka mengalami kegagalan, namun kebangkitan mereka haruslah dicontohi. Setiap perjalanan hidup pasti ada rintangannya, begitu juga dengan pasangan suami isteri ini, Shaiful Amri Shahrim dan isterinya Nor Afizah Mohammad. Ditanya mengenai rintangan hidup untuk memulakan perniagaan, ianya sungguh menyayat hati dan pilu dengan dipenuhi cabaran yang getir. Antaranya, mereka pernah dikhianati dan ditipu oleh rakan kongsi mereka. Oleh kerana terlalu baik hati dan percaya kawan, mereka diperdaya, rakan kongsi mengambil kesempatan.

Pada awal pengelibatan dalam perniagaan foodtruck, dua kali menubuh dan mendaftarkan syarikat perkongsian yang didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Antara kesilapan yang dilakukan mereka adalah, modal keseluruhan dikeluarkan oleh Shaful dan isteri tetapi untung syarikat dibahagi dua dengan rakan perkongsian syarikatnya. Disebabkan terlalu mengikut kehendak rakan perkongsian juga, mereka berdua hanya ditugaskan untuk memasak dan terlibat dalam penyediaan jualan sahaja meskipun perniagaan dijalankan atas nama bersama. Secara tiba-tiba juga rakan kongsi mereka menarik diri daripada syarikat mengakibatkan perniagaan mereka tidak dapat diteruskan.

Syukur mereka bangkit kembali dan mengambil keputusan untuk membangunkan sendiri perniagaan mereka berdua dengan membuka SSM kali ke-3.

Tujuan Shaiful dan Nor Afizah membuka perniagaan foodtruck ini adalah disebabkan rasa minatnya untuk menceburi perniagaan menggunakan food truck, disamping untuk menambah pendapatan bulanan bagi mengumpul aset demi masa depan. Selain itu, perniagaan yang dijalankan ini bertujuan untuk memberi peluang pekerjaan kepada anak muda di luar sana untuk bekerja di food truck mereka.

Dengan ilmu yang dipelajari menerusi Youtube dan Facebook, maka tercetusnya idea untuk menghasilkan produk sendiri yang luar biasa dan mampu menarik minat pelanggan. Antara menu yang dihidangkan adalah seperti cendol, ais kepal milo special, ais kepal buah naga, ais kepal mangga,ais kepal buah, ais kepal rainbow, hazelnut coffee, strawbery boba dan green apple jelly.

Menu-menu ini sememangnya amat janggal didengar kerana ianya merupakan idea kreatif mereka sendiri untuk menghasilkannya. Matlamat mereka menjalankan perniagaan berdasarkan produk yang direka sendiri adalah supaya nama menu mereka mampu menjadi tular dan menarik minat orang ramai mencubanya.

Meskipun pada awalnya cawangan mereka hanya di satu tempat, mereka juga seringkali berniaga di Dataran Amanjaya Bagan Datuk semasa hari minggu. Ini merupakan strategi perniagaan mereka untuk memperolehi lebih ramai pelanggan baharu yang datangnya dari pelbagai tempat yang berlainan. Pada cuti hujung minggu, mereka tidak melepaskan peluang berniaga di Dataran Amanjaya kerana di sini merupakan tempat tumpuan orang ramai beriadah seperti bermain permainan roller blade, electric scooter, layang-layang, memancing dan permainan lain.

Menyiarkan produk-produk makanan yang disediakan di Facebook, Instagram dan WhatsApp dapat membolehkan orang ramai mengetahui waktu operasi foodtruck dicawangan-cawangannya. Dengan ini juga, mereka berjaya menarik lebih ramai penduduk tempatan untuk mengetahui tentang wujudnya perniagaan yang dijalankan di tempat itu.

Tidak dinafikan, pandemik COVID-19 telah memberi kesan terhadap perniagaan mereka, tanggal 18 Mac hingga 12 Mei 2020 kerajaan Malaysia telah mengistiharkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Shaiful dan isteri terpaksa menutup perniagaan mereka selama 3 bulan. Walaubagaimanapun, mereka dapat menghadapi PKP ini dengan baik. Ini disebabkan kerana wujudnya strategi perniagaan yang jelas dirancang bagi mengelakkan perniagaan mereka terpaksa ditutup selamanya atau mengelak masalah seperti kesuntukan wang berlaku. Strateginya adalah dengan mempunyai rancang perniagaan yang jelas dan meramal hal-hal yang berkemungkinan terjadi dan cara untuk mengatasinya.

Perancangan kewangan yang baik juga merupakan formular keteguhan sesebuah perniagaan. Dengan adanya penitikberatan dari segala aspek, perniagaannya mampu berkembang dari hari ke hari dan memperoleh ramai pelanggan baharu di kawasan sekitar.

  1. Shaiful dan Afizah turun memberi sedikit pesanan kepada para usahawan di luar sana agar tidak mudah putus asa dan sentiasa bersabar didalam dunia perniagaan. Sebagai usahawan, segala tomahan atau kecaman harus dihadapi dengan kuat. “Apa sahaja keinginan mampu dicapai dengan adanya usaha yang berterusan di samping sentiasa mengingati Allah S.W.T yang merupakan pemberi rezeki umatnya,” tuturnya lagi.

Untuk maklumat lanjut boleh layari laman sesawang Instagram Twin_S77 atau Facebook Twin S FoodTruck.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.