Home Inspirasi Niaga WARGA EMAS BIJAK ATASI KRISIS PERNIAGAAN AKIBAT PANDEMIK COVID-19

WARGA EMAS BIJAK ATASI KRISIS PERNIAGAAN AKIBAT PANDEMIK COVID-19

388
0
Pn. Rukiah (kanan) memastikan proses pembikinan kerepek bagi memastikan produk keluaranya bermutu tinggi

WARGA EMAS BIJAK ATASI KRISIS PERNIAGAAN AKIBAT PANDEMIK COVID-19

Oleh: Siti Zahidah Sutimin

Rezeki tidak pernah salah alamat inilah kata-kata hikmah yang sering dipegang oleh ibu tunggal cekal ini selama mengusahakan perniagaannya. Puan Rukiah atau cukup dikenali dengan panggilan Mak Kiah oleh penduduk Kampung Parit Sikom sudah berkecimpung di dalam dunia perniagaan hampir 30 tahun. Warga emas yang juga merupakan ibu tunggal kepada 6 orang anak ini gigih mencuba pelbagai perniagaan seperti membuka kedai makan, kedai tudung selain menghasilkan produknya sendiri seperti Rempeyek, Pagoda dan Cakar Ayam. Puan Rukiah mendapat sokongan dan bantuan daripada anak-anaknya selama menguruskan perniagaanya itu. Beliau tidak pernah mengerti akan kata putus asa dan penat lelah mahupun perniagaannya tidak mengaut keuntungan yang lumayan dan ada kalanya mengalami kerugian.

Pn. Rukiah (kanan) memastikan proses pembikinan kerepek bagi memastikan produk keluaranya bermutu tinggi

Baginya usia bukanlah penghalang kepadanya untuk terus berusaha memajukan perniagaannya. Walaupun, umur beliau sudah mencecah 70 tahun. Namun, beliau tampak masih bertenaga dan bersemangat mengusahakan perniagaannya itu. Meskipun perniaggaannya itu hanya berskala kecil, beliau amat bersyukur kerana dengan hasil titik peluhnya beliau mampu menyekolahkan anaknya dan menyara kehidupannya sekeluarga selain mampu membaik pulih dan membesarkan kediaman beliau.

Kini, anak bongsunya Siti Nor Izani telah berjaya menamatkan pengajiannya di peringkat Diploma dengan hasil titik peluh ibunya Puan Rukiah tanpa perlu membuat sebarang pinjaman. Malah, ibu tunggal yang tabah ini juga mampu membesarkan dan merawat salah seorang anaknya yang kurang upaya iaitu Siti Zalina yang mengalami masalah pendengaran dan penglihatan yang kini sudah pun berusia 33 tahun. Inilah yang dikatakan pengorbanan seorang ibu yang tiada tandingan. Seorang ibu tunggal mampu membesarkan enam orang anaknya dengan baik hanya dengan hasil jualan kedai makan dan kerepek.

Antara kerepek yang telah siap dihasilkan oleh Pn. Rukiah dan pekerjanya

Ibu tunggal ini merupakan tulang belakang kepada keluarganya setelah kematian suaminya. Perniagaan yang diusahakan adalah satu-satunya punca pendapatan beliau untuk menampung kehidupan sehari-harinya. Menurutnya “selepas PKP dilaksanakan, tempahan kerepek saya semakin berkurang, pelanggan tetap saya pun kini sudah tidak lagi menempah dengan saya” kata Pn. Rukinah dengan nada yang kecewa. Bukan hanya kehilangan pelanggan tetap namun, Puan Rukiah juga terpaksa menutup warungnya yang diberi nama Warung Tepian Parit Sikom yang baru sahaja ingin beroperasi.

Tidak dinafikan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan bagi membendung gejala covid-19 oleh kerajaan telah mengakibatkan banyak perniagaan yang terkesan sehingga ada yang terpaksa mananggung kerugian yang tinggi dan yang paling menyayat hati ada yang terpaksa “gulung tikar”. Setiap perniagaan pasti ada pasang dan surutnya. Berbeza pula keadaannya dengan warga emas ini, dengan bantuan anaknya Siti Nor Izani yang berkelulusan diploma berliau mengambil langkah bijak untuk membuka pondok kecil dihadapan rumah bagi menjual sarapan pagi. Melihat kurangnya peniaga yang menjual sarapan di Kawasan perumahannya. Beliau pantas bertindak dan bijak memanipulasi keadaan dengan mengambil keadaan tersebut sebagai peluang untuknya menjana pendapatan.

Pondok kecil yang didirikan dihadapan ruman Pn. Rukiah untuk menjual sarapan pagi

Menurutnya lagi “kalau betul itu rezeki saya maka rezeki akan parking tepat dihadapan rumah saya“ langkah bijak yang diaturnya membuahkan hasil bilamana beliau mendapat sambutan yang cukup hangat oleh penduduk kampung, katanya “walaupun tempahan sudah berkurang tapi saya masih menerima tempahan walaupun sedikit”. Dengan dibantu anaknya, beliau memulakan perniagaan seawal jam 6:30 pagi sehingga kebiasaannya tutup pada jam 9 pagi. Beliau juga menghasilkan karipap frozen untuk perniagaan baharunya itu. Menurutnya” sebilangan kuih muih dihasilkan oleh penduduk kampung yang lain dan dihantar ke kedainya seawal pagi” Begitulah kebiasaanya beliau mendapatkan pelbagai jenis kuih untuk dijual. Beliau juga menjual sarapan pagi setiap hari seiring dengan pembuatan dan penghasilan kerepek jika ada tempahan.

Tempat dimana penghasilan produk dilakukan

Beliau ketika didatangi, sedang sibuk memerhati pekerja-pekerjanya menghasilkan rempeyek yang telah ditempah oleh penduduk kampung. Manakala, anaknya sedang sibuk melayan pelanggan membeli sarapan pagi. Beliau berkata bahawa dahulu beliau sering mendapatkan tempahan kerepek-kerepek untuk pelbagai majlis seperti majlis kenduri kahwin dan majlis keramaian. Rukiah juga akui bahawa beliau juga merasai kesan tempias daripada Perintah kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan namun itu tidak dapat mematahkan minat beliau terhadap dunia perniagaan. Anak perempuannya Siti Nor Izani yang sering membantunya dilihat memiliki minat dan kecenderungan yang sama dengan beliau. Anaknya turut membantunya mencari pendapatan dengan menjadi dropship pelbagai produk. “Mana tak tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi” peribahasa ini sudah cukup untuk menggambarkan situasi ibu dan anak ini.

Meskipun diduga mereka tidak mudah melenting malah bijak mencari peluang untuk menjana pendapatan. Seharusnya. Semua perniaga perlu bijak mencatur dan membentuk peluang bukanlah menanti peluang untuk datang bergolek. Apabila ditanya dengan perancangan akan datang, beliau dengan bantuan anaknya ingin memasarkan produk keluarannya di atas talian untuk mengukuhkan dan membesarkan lagi perniagaannya. Jelas dilihat bahawa Pn Rukiah telah membuat perancangan untuk perniagaannya pada masa akan datang kelak.  Katanya lagi, kini beliau sedang memikirkan jalan penyelesaian kerana pembantu setianya iaitu anaknya Izani baru sahaja diterima bekerja. Puan Rukiah berkata beliau lebih senang dan selesa bekerja bersama dengan anaknya. Menurutnya” tengoklah nanti, yang pasti akan ada jalan disetiap masalah” kata-katanya yang begitu positif dan bersemangat. Situsi ini menggambarkan bahawa beliau tidak akan mudah mengalah dan berputus asa walau apa jua rintangan yang mendatang .

Apabila ditanya lagi, adakah beliau mempunyai hasrat untuk berehat dan berhenti menjual sarapan pagi. Jawabnya,” kalau saya tak buat kuih orang kampung nak cari sarapan dimana?”.  Beliau bukan hanya berniaga hanya untuk menjana pendapatan semata-mata. Malah, beliau berjual kerana prihatin terhadap orang kampung yang perlu mencari sarapan yang terletak jauh dari kediaman mereka dan tidak mempunyai banyak pilihan aneka makanan disitu. Anaknya, Izani yang berusia 22 tahun menyimpan hasrat untuk membantu dan membalas jasa ibunya itu. Izani ingin melihat ibunya berehat kerana sudah berusia namun, minat ibunya terhadap perniagaannya cukup dalam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.