Home Business Pelan Pemulihan Ekonomi Keluarga Covid-19

Pelan Pemulihan Ekonomi Keluarga Covid-19

230
0

Jadual ini adalah sebahagian contoh dan cadangan perniagaan yang anda boleh pilih mengikut kesesuaian dan budget anda; namun anda digalakkan untuk membaca artikel di bawah ini sebagai panduan yang boleh membantu anda membuat keputusan.

ModalContoh Jenis PerniagaanHubungi
0 – RM1,000Dropship/ Ejen Produk Kesihatan
Dropship/ Ejen Produk Kosmetik
Dropship/ Ejen Pakaian
RM1,001 – RM5,000Stall Burger
Penternakan Lobster Air Tawar
Bisnes Pakaian Online
RM5,001 – RM20,000Butik Offline/ & Online
Pertanian fertigasi

 

Pelan Pemulihan Ekonomi Keluarga Covid-19

Pandemik COVID-19, juga dikenali sebagai pandemik koronavirus ialah wabak penyakit koronavirus 2019 yang berterusan secara global berpunca daripada koronavirus sindrom pernafasan akut teruk 2 (SARS-CoV-2). Wabak ini pada mulanya dikesan pada pertengahan Disember 2019 di bandaraya Wuhan, Hubei China, dan telah diiktiraf sebagai pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 11 Mac 2020. Di Malaysia ianya mula dikesan pada 23 Januari apabila Kementerian Kesihatan (KKM) melalui Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) menerima laporan tiga kes (dua di Sabah dan satu di Selangor) disyaki dijangkiti coronavirus 2019 (2019-nCoV).

COVID-19 terus menular sehingga kerajaan terpaksa melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac 2020 dan seterusnya beberapa kawasan zon merah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD). Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan setelah menilai beberapa perkara, antaranya penurunan kes jangkitan tempatan dan mengambilkira faktor kegiatan ekonomi.

Pandemik COVID-19 telah memberi kesan yang besar dan berat terhadap ekonomi dunia dan sudah pasti juga rakyat Malaysia terkesan dan terbeban olehnya. Antara sektor yang terjejas teruk seperti industri perhotelan dan pelancongan, ini disebabkan oleh sekatan pelancong luar dari memasuki negara dan pelancong tempatan kerana PKP yang dilaksanakan di Malaysia. Sektor pembuatan seperti automobile dan elektronik juga terjejas akibat terputus bekalan bahan mentah yang rata-rata bergantung kepada pembekal dari negara luar seperti China. Selain dari itu golongan IKS, PKS dan peniaga kecil, peniaga pasar malam dan pasar tani juga terjejas teruk hingga mereka terputus pendapatan akibat tidak dapat menjalankan aktiviti perniagaan mereka.

Satu perkara yang seriu lagi melanda rakyat Malaysia apabila ramai dikalangan pekerja-perkerja dari industri yang terjejas teruk kini diberhentikan kerja. Malaysian Institute of Economic Research (MIER) menjangkakan seramai 2.4 juta rakyat Malaysia akan kehilangan pekerjaan akibat dari kesan pandemik COVID-19 dan PKP yang dilaksanakan. (https://www.dosm.gov.my/v1/uploads/files/7_Publication/Articles/20200325-Isu_dan_Berita_Bil_3_2020.pdf)

 

Persoalanya;

Adakah kita perlu panik?

Adakah ianya merisaukan kita?

Yang pasti rakyat Malaysia keseluruhanya terkesan dari krisis kesihatan ini, apatah lagi mereka yang terpaksa diberhentikan kerja.

Pelan-pelan pemulihan ekonomi yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan serba sedikit dapat membantu rakyat meneruskan kelangsungan hidup. Pada masa yang sama, kita perlu juga mempunyai pelan perancangan dalam penjanaan ekonomi diri dan keluarga, antara yang perlu diambilkira untuk mengharungi krisis ekonomi ini adalah berpandukan kepada tujuh (7) perkara asas pengurusan ekonomi keluarga.

  • Mencari – Sebagai orang Islam, wajib ke atas diri kita terutama lelaki (ketua keluarga) untuk mencari nafkah bagi menampung kos sara hidup dan keperluan kehidupan, tak kiralah samada bekerja ataupun berniaga.
  • Berbelanja – Menguruskan perbelanjaan diri, keluarga maupun perniagaan, berbelanja secara berhemah (shopping prudently) dan elakkan pembaziran serta elak dari berbelanja bermewah-mewahan.
  • Menyimpan – Membuat simpanan masa hadapan sebagai persiapan hari tua atau perkara-perkara yang memerlukan penggunaan wang yang besar.
  • Melabur – Memperuntukkan sebahagian wang bertujuan mendapat manfaat atau keuntungan darinya samada keuntungan nyata (tangible benefits) seperti untung perniagaan atau keuntungan tidak nyata (intangible benefits) seperti ilmu yang boleh diperolehi dengan menghadiri kursus-kursus atau program-program latihan kemahiran atau perniagaan.
  • Melindungi – Perlindungan takaful (orang islam) / insuran kerana risiko ada di sekeliling kita, sakit dan mati itu pasti, sekiranya iyanya menimpa kita maka keluarga kita akan terputus pendapatan dari kita. Dengan perlindungan ini serba sedikit dapat meringankan beban keluarga yang kita tinggalkan.
  • Membersih – Dengan mengeluarkan zakat kita telah mengabdikan diri kepada Allah dengan menyerahkan sebahagian dari harta milik kita kepada mereka yang berhak menerimanya. Membayar zakat dapat membersih dan menyuburkan lagi harta kita.
  • Mengagih – Akhir sekali, “duit tak bawa ke mati”, dalam pengurusan harta kita perlu juga mengagihkan harta kepada yang berhak melalui wasiat, hibah, wakaf atau faraidh.

 

Apakah sektor perniagaan yang mempunyai potensi dan kurang risiko?

Kepada mereka yang telah kehilangan pekerjaan akibat krisis COVID-19 dan mahu menjalankan perniagaan sendiri, di sini saya ingin kongsikan beberapa panduan dan idea yang boleh membantu anda membuat keputusan.

Langkah pertama – Kenalpasti Dalaman, ini merujuk kepada kekuatan dan kelemahan diri sendiri, antaranya adalah;

  • Pengetahuan dan kemahiran – Pastikan anda mempunyai pengetahuan dan kemahiran terhadap bisnes yang hendak diceburi, jika tiada atau kurang maka anda perlu top-up melalui pembacaan atau menghadiri kursus-kursus berkaitan.
  • Suka dan minat – Bisnes bukan semata-mata soal wang ringgit, tanamkan minat dan suka terhadap bisnes yang anda ceburi, jika anda gagal berbuat demikian anda akan cepat penat, letih dan bosan melayan karenah bisnes anda. Jika anda suka dan minat, segala penat dan keletihan akan terubat oleh hasil dari bisnes anda itu.
  • Kemampuan dan Modal – “Ukur baju di badan sendiri”, mulakan perniagaan dengan keupayaan kewangan sendiri adalah yang terbaik, membuat pinjaman perniagaan atau peribadi adalah tidak digalakkan dalam memulakan sesebuah perniagaan kerana anda akan terbeban dengan tanggungan hutang dengan faedah/bunga ke atas jumlah pinjaman anda itu. Biar besakit-sakit dahulu… bersenang-senang kemudian.

Langkah kedua – Kenalpasti Peluang, “di mana ada permintaan di situ kita buat penawaran”. Pastikan anda jual produk atau menawarkan perkhidmatan kerana adanya permintaan yang tinggi.

  • Permintaan – Permintaan adalah sejumlah barang dan/atau perkhidmatan yang diinginkan dan mampu dibeli oleh pengguna untuk memenuhi keperluan pada berbagai tingkat harga dan waktu tertentu di pasaran. Biasanya, tinggi permintaan akan mempengaruhi harga. Sebaliknya, rendahnya permintaan juga akan membuat harga jadi rendah.
  • Sasaran Pelanggan – Anda perlu menyasarkan kepada siapa anda hendak jual produk anda, produk yang betul kepada pelanggan yang betul. Jika anda salah segmentasi, jualan akan sukar untuk berlaku. Ingat! Pasaran juga ada trend.
  • Saluran/ Kaedah Pemasaran – Proses penyaluran pemasaran terbahagi kepada dua (2). Pertama adalah saluran maklumat perniagaan atau hebahan. Anda perlu menggunakan pelbagai saluran online dan offline.

Kedua adalah saluran aggihan barang, proses dari pengeluaran produk hinggalah sampai kepada pelanggan. Pilih saluran aggihan yang mempunyai ciri-ciri mesra pelanggan seperti barang cepat dan mudah sampai ke pelanggan, proses ini akan melibatkan dan mempengaruhi kos logistik. Pengawalan proses ini penting kerana ianya boleh menaikkan harga jualan atau mengecilkan margin perniagaan.

Langkah ketiga – Kenalpasti Halangan atau Ancaman perniagaan, jika tidak sudah pasti ianya akan mengganggu dan menjejaskan prestasi bisnes anda. Halangan dan Ancaman perniagaan adalah berbeza di antara satu perniagaan dengan perniagaan lain. Sebagai seorang peniaga, ilmu dan pengalaman sangat penting dalam mengharungi hal-hal ini.

Bagaimana nak mulakan perniagaan?

Sebut sahaja pasal bisnes, pasti apa yang mula-mula terfikir adalah modal. Mana nak kaut modal dalama situasi ini, kerja dah tak ada… pendapatan dah terhenti… sedangkan perbelanjaan dan kos sarahidup tetap masih perlu ditunaikan. Mulakan perniagaan anda berpandukan kepada perkara-perkara berikut;

  • Laburkan sebahagian wang mengikut keupayaan dan kemampuan sebagai modal, jika tiada atau wang yang ada untuk belanja keperluan asas diri dan keluarga, mulakan perniagaan dengan menjadi bisnes dropship online atau ejen.
  • Kaji dan mendalami pengetahuan tentang bisnes yang hendak dijalankan.
  • Kaji pasaran dan permintaan
  • Memahirkan dan kuasai pemasaran online dan offline. 
  • Guna platform dan saluran-saluran percuma seperti Face Book, YouTube, Instagram, Tweeter dan sebagainya.
  • Gunakan platform shopping online seperti Shopee, Lazada dan sebagainya.
  • Pastikan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan mempunyai keunikan tersendiri kerana anda terpaksa bersaing dengan pemain-pemain yang sediada di pasaran.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.