Home Education & Training Covid-19: 4 Perkara Penting Dalam Pemasaran Digital Perlu Anda Tahu

Covid-19: 4 Perkara Penting Dalam Pemasaran Digital Perlu Anda Tahu

211
0
Baharim (Penulis) melakukan kerja-kerja di rumah apabila kerja-kerja utama beliau terpaksa dibatalkan akibat PKP. Penyemaian pohon buah tin mengisi masa terluang beliau. Dalam tempoh tiga bulan anak-anak pokok ini boleh dipasarkan dengan harga RM50 ke RM100 mengikut gred. Kaedah pemasaran yang beliau guna adalah secara dalam talian (online)

Covid-19: 4 Perkara Penting Dalam Pemasaran Digital Perlu Anda Tahu

Oleh Baharim Sukari

Penularan wabak Covid-19 di Malaysia membawa satu impak besar ke atas ekonomi negara apabila kerajaan terpaksa melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac hingga 14 April 2020.

Stay At Home” atau “Duduk Rumah” sudah pastinya menjejaskan pendapatan rakyat Malaysia, namun ianya tiada pilihan demi untuk memutuskan rantaian jangkitan virus Covid-19.

Bagi mereka yang bergantung kepada pendapatan harian seperti peniaga kecil, penjaja, peniaga pasar malam, kedai pakaian, restoran dan sebagainya amat terkesan apabila pendapatan mereka terputus akibat PKP.

Apabila “Stay At Home” atau “Duduk Rumah” sudah pasti kita kena buat kerja di rumah, kita perlu memikirkan sesuatu bagaimana untuk menjana pendapatan. Gunakan sumber yang ada seperti pengetahuan dan kemahiran serta kreativiti anda, fikir apa nak buat dan bagaimana nak jual dalam talian (online).

Sebelum anda membuat keputusan untuk melakukan penjualan secara dalam talian (online), berikut adalah 4 perkara asas yang anda perlu tahu tentang pemasaran digital.

1. Organic Traffic (Pengunjung Organik)

Saluran pemasaran digital organik termasuk semua saluran laman web yang dijumpai di enjin carian seperti Google, Bing, Yahoo dan YouTube.

Pengunjung akan menemui laman web anda ketika mencari sesuatu topik atau produk tertentu. Jika iklan atau kedai dalam talian anda dioptimumkan dengan baik, enjin carian akan meletakkannya di antara hasil teratas halaman carian. Bagi mereka yang mahukan lebih banyak traffic (pengunjung), mereka akan membuat pelaburan dalam pengoptimuman enjin carian (SEO)

  • Apa itu SEO (Search Engine Optimization)?
    SEO adalah satu kaedah untuk mengoptimumkan apa yang anda buat di laman web anda supaya laman web anda tersenarai di enjin carian seperti google, yahoo dan lain-lain. Objektif utama ialah menduduki kedudukan yang paling teratas di dalam senarai search engine tersebut (high ranking).
  • Apa itu keyword (kata kunci)?
    Keyword (kata kunci) merupakan suatu susunan kata yang sering diguna oleh seseorang ketika melakukan pencarian data atau informasi yang mereka perlukan di internet. Kata-kata inilah yang disimpan dan dipakai oleh mesin pencari untuk menganalisa akan keperluan pengguna internet.

2. Paid Search Traffic (Carian Trafik Berbayar)

Saluran pemasaran digital carian berbayar termasuk semua yang dijumpai di laman web dari iklan berbayar di enjin pencarian. Ia juga boleh dirujuk sebagai Search Engine Marketing (SEM) atau pay-per-click (PPC).

Kempen enjin carian boleh dibuat pada rangkaian seperti berikut:

• Google Adwords
• FB Adwords
• Instagram
• Bing
• YouTube dll.

3. Content Marketing Traffic

Content Marketing Traffic termasuk semua trafik laman web yang berasal dari blog anda, video dan muat turun digital seperti panduan membeli.

Content Marketing Traffic juga boleh dirujuk sebagai Inbound Marketing, istilah yang digunakan oleh Hubspot.

Mewujudkan kandungan yang memberikan nilai (berguna) atau hiburan boleh membantu membawa trafik ke kedai maya (eCommerce) kerana kandungan ini akan diambil oleh enjin carian atau dikongsi di media sosial.

4. Social Media Traffic

Saluran pemasaran digital media sosial termasuk semua traffic (pengunjung) laman web yang berasal dari rangkaian media sosial seperti Facebook, Instagram, Pinterest, Twitter dan banyak lagi.

Traffic (pengunjung) dari media sosial boleh menjadi trafik organik percuma atau iklan berbayar.

Di masa ini trafik organik agak sukar untuk mendapatkan perhatian menggunakan inisiatif percuma. Mereka mahu anda melakukan pembayaran atau pelaburan dalam penggunaan sosial media ini.

Selain di media sosial, di M-NIAGA.COM.MY juga kami menawarkan pengiklanan secara percuma. Walaupun ianya percuma namun kekuatan kami adalah pada SEO Google di mana banyak iklan-iklan di sini di halaman pertama enjin carian Google. Jika anda hendak berbuat demikian, klik pada link ini… https://m-niaga.com.my/hantar-iklan/

Panduan menghantar iklan percuma di sini..

Oleh Baharim Sukari

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.