Home Food & Beverages Pasar Sinsuran KK tumpuan pelancong Korea

Pasar Sinsuran KK tumpuan pelancong Korea

497
0

Pasar Sinsuran KK tumpuan pelancong Korea

KOTA KINABALU (KK) – Pasar Sinsuran Kota Kinabalu antara lokasi utama tumpuan pelancong terutamanya dari Korea dan China. Kecenderungan pelancong menjadikan Pasar Sinsuran tempat untuk membeli makanan tempatan khususnya makanan laut dan buah-buahan mendorong para peniaga di sini mempelajar bahasa Korea bagi memudahkan mereka berkomunikasi.

Suasana begitu ketara apabila label harga yang dipaparkan peniaga di sini, selain menggunakan bahasa kebangsaan, peniaga juga terpaksa menggunakan label dalam bahasa Korea sebagai daya tarikan. Krew MN sempat merakam dan menemubual beberapa peniaga mengenai perkembangan ini.

Menurut seorang peniaga, sejak kebelakangan ini pelancong Korea bukan sahaja gemar menghabiskan percutian di pantai, mereka juga ingin menikmati makanan laut yang terdapat sekitar Anjung Senja serta buah-buahan tempatan dan makanan tradisional seperti kuih Cincin di Pasar Sinsuran.

Buah manggis dan durian antara buah-buahan tempatan paling digemari pelancong Korea. Juga tidak ketinggalan buah terap yang sangat jarang ditemui di Semenanjung.

Tinjauan krew MN juga menyaksikan penurunan luar biasa harga sotong dan ikan yang mencecah sehingga RM3 sekilo. Menurut peniaga di sini, harga sotong yang menjunam daripada RM15 sekilo kepada RM3 sekilo berlaku kerana musim. Manakala ikan Tuna dijual sekitar RM12 sekilo turut mendapat perhatian.

Pengunjung yang hendak menikmati keenakan makanan laut di KK, pastikan tidak ketinggalan untuk mengunjungi Todak Waterfront. Pelbagai hidangan laut yang pastinya menjanjikan kepuasan pengunjung.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.