Home Beauty Products & Eqp. Clay Pomade Untuk Rambut Tebal & Kasar

Clay Pomade Untuk Rambut Tebal & Kasar

435
2

Dalam pasaran ada bermacam jenis hair clay sampaikan kita tak tahu nak pilih yang mana lebih sesuai untuk rambut jenis tebal & kasar.

Kebiasaannya kita akan tengok pada HOLD & SHINE level sahaja.
Tapi untuk pastikan pembelian itu berbaloi, ada 3 lagi perkara penting yang anda perlu tahu;

1. CONSISTENCY –

Anda akan dapat rasa konsistensi clay tersebut sama ada pekat (thick) atau lembut (creamy/soft). Thicker consistency lebih mampu mengawal rambut tebal & kasar berbanding clay yang smooth dan creamy.

Cream clay pastinya mudah untuk dipakai, tetapi untuk membentuk rambut yang kasar perlu gunakan dalam kuantiti yang banyak. Jenis ini hanya sesuai untuk rambut yang jarang (thin) dan halus (fine)

2. MAIN INGREDIENTS –

Dalam pasaran, ada 3 jenis bahan utama yang biasa digunakan dalam produk clay; Water-based, Oil-based dan Wax-based.

Rambut kasar biasanya akan nampak kering dan tidak bermaya terutamanya pada bahagian hujung rambut. Untuk mengatasi masalah ini, anda perlu mencari produk yang dibuat dari oil-based atau wax-based seperti ‘beeswax’ untuk bantu melembapkan rambut lebih lama dan efektif berbanding water-based.

Secara logiknya, air akan cepat mengering berbanding jenis minyak. Jadi tak hairanlah jika produk yang dihasilkan dari oil/wax-based ini buat rambut anda kelihatan sihat dan bermaya.

3. STICKINESS/TACKINESS –

Stickiness ini penting untuk bantu rambut ‘lock in place’ dan mengurangkan ‘flyaway hair’. Jika produk tersebut tidak melekit langsung, style rambut mungkin tidak akan bertahan lama.

Jadi anda perlu pilih roduk yang ada sedikit stickiness supaya rambut tetap dalam kawalan anda.

Ketiga-tiga aspek ini akan membantu anda atasi masalah untuk menggayakan rambut tebal dan kasar supaya kelihatan lebih sihat, tidak mengering atau mengeras.

Anda boleh dapatkan pek percubaan clay ini pada RM9.90 sahaja untuk mengubah penampilan anda ke tahap yang lebih baik.

Website – https://www.vrival.com/
Whatsapp – http://bit.ly/VRWhatsApp
Instagram – https://instagram.com/myvrival

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.