Home Food & Beverages Richiamo Coffee, Coffee Café tarikan terbaru di UPM

Richiamo Coffee, Coffee Café tarikan terbaru di UPM

2428
1

 

Oleh: ZULAIKA BINTI ZULL KAFLI

Diadun dengan campuran bijih kopi berkualiti tinggi, Richiamo Coffee Sdn Bhd, kini telah membuka cawangan outlet kafe terbaru yang ke-9 di Universiti Putra Malaysia (UPM). Bertempat di Perkarangan Anjung Siswazah, Perpustakaan Sultan Abdul Samad, UPM, Richiamo Coffee, kafe berkonsepkan hipster dan santai, pembukaan kafe ini dirasmikan oleh YB Professor Datin Paduka Dato’ Dr. Aini Ideris, selaku Naib Canselor UPM pada 18 Februari yang lalu. Turut hadir bersama, Pengarah Eksekutif Richiamo Coffee Sdn Bhd, Encik Zulkifli Yusof.

Penulis bergambar bersama Encik Zulkifli Yusof, selaku Pengarah Eksekutif Richiamo Coffee Sdn Bhd

Sehingga kini, 13 outlet cawangan Richiamo Coffee telah dibuka di IPT seluruh Malaysia antaranya di Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Malaya (UM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM), Universiti Teknologi Mara Kuala Lumpur (UTMKL), Universiti Sains Malaysia (USM), Tunku Abdul Rahman University College (TARUC), Universiti Teknologi Mara Kampus Puncak Alam (UITM), UITM Kampus Alor Gajah, UITM Kampus Lendu, UITM Kampus Sungai Buloh dan akan datang pembukaan di Kota Baru, Kelantan.

Menu istimewa “custom menu” Nasi Mandy hanya di Richiamo Coffee @ UPM Serdang

“Have a break at Richiamo Coffee @ UPM Serdang, a place where coffee be the boss”

Richiamo Coffee, coffee cafe diasaskan oleh 3 rakan kongsi ini menawarkan lebih 20 jenis hidangan kopi yang berlainan, panas atau sejuk, seperti Espresso, Americano, Cappuccino, Caffe Latte, Caramello Latte, Caffe Mochaccino, Chocolate, Hazelnut Chocolate, Caffe Vanilla, Matcha (Green Tea), English Breakfast Tea, Earl Grey, Cardamon Tea, malahan turut dijual beraneka hidangan pencuci mulut yang lazat seperti pastri, kek, muffin dan sandwich. Pengunjung juga boleh menikmati hidangan sarapan pagi seperti nasi lemak, bubur ayam, sup cendawan pada harga yang berpatutan. Pengunjung boleh menikmati kesemua hidangan di kafe ini dengan harga yang berpatutan bermula dari RM4.00 sehingga RM10.90 bagi setiap hidangan.

Selain itu, tidak menjadi masalah buat pengunjung kafe ini untuk membuat pembayaran secara cashless dengan menggunakan kaedah pembayaran debit kad. Outlet kafe ini turut menerima pembayaran melalui maybank QR pay. Mudah sahaja, pengunjung hanya perlu mengimbas QR code dan pembayaran selesai. Keistimewaan Richiamo Coffee cawangan UPM serdang ini, pihak UPM dengan kerjasama Program Rakan Bakti Putra memberikan peluang kepada pelajar UPM yang terdiri daripada golongan pelajar ASNAF sebagai barisan barista yang menguruskan aktiviti operasi harian kafe dari penyediaan makanan dan minuman sehingga ke pengurusan stok.

Berpeluang untuk mengetahui dengan lebih mendalam mengenai Richiamo Coffee, sempat ditembual, Pengarah Eksekutif Richiamo Coffee Sdn Bhd, Encik Zulkifli Yusof, 46, beliau menjelaskan, bagi mengekalkan keistimewaan kafe Richiamo Coffee itu sendiri, kesemua menu hidangan baik minuman dan makanan adalah selaras di semua 13 outlet. Malahan, turut disediakan custom menu iaitu menu istimewa yang disediakan mengikut permintaan dari pengunjung sesebuah outlet. “Seperti contoh, di Richiamo Coffee kita lihat pengunjung yang rata-ratanya adalah pelajar UPM itu sendiri adalah pelbagai, bukan sahaja dari kalangan pelajar tempatan malahan ada juga pelajar antarabangsa dari serata dunia contohnya dari negara Arab. Justeru itu, penyediaan menu perlulah selari dengan citarasa pengunjung. Kerana itu pihak kami menyediakan custom menu sebagai daya tarikan dimana sebelum kafe ini dibuka cawangannya disini, pihak Richiamo Coffee ada melakukan kajian untuk melihat sekiranya ada permintaan bagi makanan heavy meal, dan hasil dari kajian itu, kami menyediakan menu Nasi Mandy, iaitu hidangan arab cuisine yang hanya ada di outlet UPM”, jelas Encik Zulkifli.

Perlu ada nilai “value added” di setiap outlet Richiamo Coffee

Ditanya mengenai perancangan untuk mempromosikan outlet Richiamo Coffee, lulusan Ijazah Perakaunan Universiti Utara Malaysia ini menjelaskan bahawa setiap outlet kafe Richiamo Coffee perlu ada daya tarikan atau “value added” tersendiri. “My profession is an accountant and I also run business in supplying medical equipment to bumiputera companies and other government tender. Richiamo Coffee is my first F&B business. What I want is every outlet to have its own value added. Perlu ada daya tarikan tersendiri. Cadangan saya apabila Richiamo Coffee sudah melepasi fasa stabil kerana buat masa ini baru 2 bulan beroperasi, saya mahu mewujudkan satu talent corner, dimana pelajar dialu-alukan untuk mempersembahkan bakat yang mereka ada, seperti aktiviti busking, menyanyi atau apa-apa sahaja bakat yang mereka ada. Mereka boleh datang as a team dalam 3-5 orang. Saya mahu hidupkan suasana malam disini. It is an attraction. In fact, kita ada sediakan PA system untuk pasang audio di dalam kafe dan kadang-kala saya dan staff berhibur buat karaoke session sambil menyanyi sementara tutup kedai bersama-sama. Saya juga akan menyediakan birthday package untuk pelajar raikan hari jadi mereka. Buat masa ini, saya dan team belum berhubung dengan kelab pelajar disini, mungkin pada masa akan datang”, ulas beliau.

Foto staf dan kakitangan Richiamo Coffee bersama YB Professor Datin Paduka Dato’ Dr. Aini Ideris, selaku Naib Canselor UPM di Majlis Pelancaran Richiamo Coffee @ UPM Serdang

Menutup topik perbualan, Encik Zulkifli Yusof, berkongsi impian dan harapan untuk mengembangkan lagi perniagaan Richiamo Coffee. “Saya mahu Richiamo Coffee bukan sahaja ada setup yang sempurna seperti sebuah kafe, saya mahu perniagaan ini dikembangkan kepada konsep kiosk dan memfokuskan kepada smaller college seperti di politeknik-politeknik di seluruh Malaysia, with low investment and market.

Jadi, ayuh warga UPM, mulakan hari anda dengan secawan kopi di Richiamo @ library UPM, beroperasi dari hari Isnin sehingga Jumaat, bermula seawal jam 8.30 pagi sehingga jam 10.30 malam. A place where coffee be the boss.

 

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.