Home Food & Beverages PERLEBARAN SAYAP MOSHA COFFEE KE UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

PERLEBARAN SAYAP MOSHA COFFEE KE UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

832
0

 

Oleh: Muhamad Suhail Sulaiman

UPM:  Coklat merupakan antara minuman yang komersial dalam kalangan masyarakat di Malaysia, mempunyai pelbagai kegunaan dan khasiat yang tidak boleh disangkal lagi.

Mosha Coffee merupakan antara jenama tempatan yang kini menembusi pasaran seperti di pasaraya-pasaraya besar. Di UPM terdapat sebuah perniagaan kiosk yang menyediakan beberapa jenis minuman daripada pelbagai jenis kopi dan coklat yang beroperasi dari pagi hingga ke petang hari. Kiosk Mosha Coffee ini telah memulakan operasinya pada November 2017 di Kompleks Akademik A (KAA), Universiti Puttra Malaysia (UPM). Lokasi yang cukup strategik ini menjadi tumpuan pelajar bagi membeli juadah untuk mengalas perut mereka sebelum meneruskan kuliah.

Kiosk Mosha coffee menawarkan harga yang berpatutan bagi pelajar dengan harga serendah RM2 bagi secawan kopi atau coklat.

Minuman coklat menjadi kegemaran bagi pelajar di UPM terutama bagi chocolate rich. Chocolate rich, minuman coklat yang padat dengan rasa coklat. Terdapat pelbagai menu yang disediakan oleh Mosha Coffee. Mosha Coffee mempunyai dua variasi minuman iaitu coklat dan kopi. Bagi variasi perisa coklat adala Chocolate Rich, Vanilla Chocolate, Hazelnut Chocolate manakala variasi kopi pula adalah Latte, Mocha, Cappucino, Ekspresso, dan lain – lain lagi. Mosha Coffee juga menawarkan hiasan bagi minuman iaitu oreo, whipped cream, dan juga pearl. Pelanggan yang ingin mencuba kelainan boleh mencuba minuman hibrid iaitu gabungan antara kopi dan coklat.

Kiosk Mosha Coffee di UPM diusahakan oleh Nurhidayatul Akma  Binti Muhammad Lok, 27 tahun, Ijazah Doktor Falsafah, Ekologi Hidupan Liar dan Pengurusan, Fakulti Perhutanan. Hidayatul Akma memulakan perniagaan ini dengan mencontohi kejayaan sepupu beliau dalam dunia perniagaan. “Kejayaan sepupu saya menjadi inspirasi untuk saya melangkah lebih jauh lagi dalam dunia perniagaan”.

Mengurus perniagaan dan belajar dalam waktu yang sama merupakan satu cabaran, katanya.  Menurut beliau, pengurusan masa di antara belajar dan berniaga amat penting supaya menjadi seimbang dan perkara yang dilakukan dapat berjalan dnegan lancar.

Hidayatul Akma, mengakui agak sukar untuk mengurus masa di antara belajar dan berniaga, kerana setiap perniagaan mempunyai cabaran dan risiko yag perlu dihadapi. Namun, perkara ini tidak mematahkan semangatnya untuk keran beliau berpegang kepada prinsip “Hendak sesuatu perlu mengorbankan sesuatu”, katanya. Beliau perlu mengorbankan masa dalam mengurus perniagaan dan belajar, pada waktu pagi dan malam, waktu itu digunakan untuk menguruskan perniagaannya iaitu memantau pekerja dan sebagainya,manakala pada waktu selebihnya, beliau menggunakan untuk tesis dan sebagainya.

Mengenai pengurusan perniagaan, hidayatul akma perlu menyusun jadual kerja serta mengupah pengurus yang berkebolehan dalam membantu dalam perniagaan, majoriti  pekerjanya dalam kalangan pelajar dan perlu memantau bagi melancarkan perniagaan, katanya.

Kini, Mosha Coffee telah mengorak langkah ke hadapan iaitu dengan membuka cawangannya di UPM. Antara cawangan Mosha Coffee ialah di Galeri Usahawan Canselor, Kolej Canselor UPM, Kolej Muhammad Rashid dan di parking serumpun (Kolej 14) berhadapan dengan Dewan Putra 2, UPM. Pelanggan yang ingin mendapatkan maklumat mengenai Mosha Coffee boleh melihat di Instagram iaitu mosha_upm.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.