Bangi Menjadi Distinasi Pilihan Baju Raya
oleh Baharim Sukari
BANGI – Sempena hari cuti umum (Wesak) hari ini, orang ramai mengambil peluang untuk membuat persiapan Hari Raya Aidil Fitri yang bakal menjelma tidak lama lagi dengan mengunjungi pusat-pusat membeli-belah.
Kali ini Majalah MindaNiaga (MN) meninjau pusat membeli-belah di Bangi Gateway Mall. Seawal jam 10.00 pagi di saat peniaga-peniaga buka kedai, orang ramai mula berpusu-pusu masuk ke kedai-kedai di sini.
Bandar Baru Bangi di kebelakangan ini menjadi destinasi pilihan orang ramai yang ingin membeli pakaian kerana wujudnya kedai-kedai dan butik-butik pakaian di sini.
Di Bangi Gateway Mall sahaja terdapat banyak kedai-kedai pakaian yang menawarkan pelbagai fesyen dan jenama tempatan.
Hasil tinjauan MN, pengunjung-pengunjung yang ditemui bukan sahaja datang dari kawasan sekitar malah dari kawasan luar Bangi.
![](https://m-niaga.com.my/wp-content/uploads/2018/05/AB-Rahman-PD-300x225.jpg)
![](https://m-niaga.com.my/wp-content/uploads/2018/05/Junaidah-Semenyih--300x225.jpg)
![](https://m-niaga.com.my/wp-content/uploads/2018/05/IMG_20180529_112507-300x225.jpg)
![](https://m-niaga.com.my/wp-content/uploads/2018/05/IMG_20180529_112704-300x225.jpg)
![](https://m-niaga.com.my/wp-content/uploads/2018/05/IMG_20180528_213551-300x225.jpg)
![](https://m-niaga.com.my/wp-content/uploads/2018/05/IMG_20180528_213652-300x225.jpg)