Home Clothing & Fashion Acc. Pemasaran Kreatif Memberi Kepuasan Pelanggan

Pemasaran Kreatif Memberi Kepuasan Pelanggan

630
0
Poster cabutan bertuah oleh D'Khair Collection

 

Pemasaran Kreatif Memberi Kepuasan Pelanggan – “Kepuasan Pelanggan Asas Keteguhan Perniagaan”

Oleh: Baharim Sukari

BANGI – Pemasaran adalah suatu perkara yang amat penting bagi setiap perniagaan, dengan adanya pemasaran maka sesuatu perniagaan itu mudah untuk melariskan jualan mereka. Pemasaran adalah merupakan aktiviti-aktiviti perniagaan merangkumi skop yang besar bermula dari penyelidikan hinggalah ke aktiviti jualan.

Liputan MN kali ini adalah terhadap sebuah perniagaan pakaian di Bangi, D’Khair Collection yang dimiliki oleh seorang usahawan gigih bernama Abu Khair bin Yahya.

Pemilik jenama DK ini memberi tumpuan terhadap perniagaan pakaian lelaki seperti Baju Melayu, Kurta, jubah dan sebagainya. Walaubagaimanapun terdapat juga pakaian wanita yang dijual di salah sebuah kedainya di Bangi Gateway.

Meninjau aktiviti perniagaan DK di bulan Ramadhan ini, kami tertarik dengan pendekatan yang dilakukan oleh Abu Khair dalam menarik perhatiaan pelanggan dan sebagai usaha untuk memberi kepuasan kepada pelanggan-pelanggannya.

DK memperuntukan sebahagian hasil jualanya untuk dikongsikan semula kepada pelanggan mereka, kepada pelanggan yang membeli dengan nilai RM100 dan ke atas, mereka akan berpeluang untuk memenangi dua cabutan bertuah iaitu cabutan harian dan Grand Lucky Draw. Hadiah-hadiah menarik menanti pelanggan-pelanggan bertuah seperi microwave oven, multi cooker, rice cooker, duit Raya dan lain-lain disediakan sepanjang bulan puasa dan raya yang bakal menjelma tidak lama lagi.

Setiap pembelian berjumlah RM100 dan ke atas, pelanggan secata automatik menjadi ahli dan berpeluang untuk mendapat baucar bernilai RM30 dan berpeluang untuk menyertai Grand Lucky Draw
Adik-adik seronok dah dapat baju Raya idaman di samping hadiah cabutan hadiah, “target nak dapat yg besar… dapat 100PLUS pun jadilah”

“Kami membuat pelbagai kaedah pemasaran bagi menjaga pelanggan-pelanggan antaranya adalah menyediakan pakaian-pakaian berkualiti dan selesa dipakai, bagi hadiah lucky draw pula ianya adalah untuk mencipta satu keseronokkan dan tanda terima kasih kami terhadap pelanggan-pelanggan.” Ujar Abu

Bagi mereka yang ingin membeli persiapan raya di Bangi, bolehlah berkunjung ke outlet-outlet DK di;

Bangi Gateway – Lot E-G-04, Ground Floor, Bangi Street, Shopping Complex, Bangi Gateway
Bangi Gateway – booth promosi Raya, Ground Floor, Bangi Street, Shopping Complex, Bangi Gateway
Kompleks PKNS Bangi – Lot 1.12B, Tingkat 1, Kompleks PKNS Bangi

Masjid al-Hasanah Bangi – Kedai Koperasi al-Hasanah

Fb: D-khair collection

Website: d-khair.my

H/P: 019-3333 644

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.