Home Education & Training TARBIAH SENTAP TAMPIL PENDEKATAN BERBEZA

TARBIAH SENTAP TAMPIL PENDEKATAN BERBEZA

731
0

 

TARBIAH SENTAP TAMPIL PENDEKATAN BERBEZA – Remaja mempunyai tahap penerimaan yang realistik

Oleh: Syafiq Tayeb / syafiqtayeb@gmail.com

Ahmad Adnin CEO Sentap Press Sdn Bhd, beliau juga merupakan pengasas Tarbiah Sentap

Remaja yang pernah melanjutkan pelajaran di universiti Al-Azhar Mesir dalam bidang “Ulum Islamiah” pada tahun 2012 hingga 2013 dan pulang ke Malaysia ketika pergolakan mempunyai kekuatan yang tinggi dalam menyampaikan dakwahnya. AHMAD ADNIN BIN ROSLAN, 27 CEO Sentap Press Sdn Bhd beranggapan bahawa buku TARBIAH SENTAP di asaskan adalah untuk memberi kesedaran pada masyarakat tentang sekecil-kecil perkara sehingga sebesar-besar perkara.

Ini kerana dengan menyampaikan cara fikir islam yang sebenar meliputi seluruh aspek kehidupan remaja akan mudah terkesan dan lebih faham. Beliau juga menghayati dan merenungi masalah-masalah yang di timpa masyarakat berkaitan masalah akidah, sosial, pemikiran, politik, ibadah dan lain-lain. Ramai yang melakukan sesuatu dosa itu kerana mereka tidak tahu itu adalah dosa dan remaja perlu pembuktian yang realistik untuk menerima teguran itu, Kata Ustaz Adnin yang baru menerbitkan buku baru yang berjudul Mahasiswa bukan robot.

Pada mulanya, sebelum Tarbiah Sentap di asaskan, Ustaz Adnin bermula dengan blog peribadi beliau bernama “adninroslan.blogspot.com” yang bertemakan “Santai Tarbawi”. Setelah hampir setahun beliau menulis, beliau telah menjawab lebih dari 5000 soalan. Soalan dan luahan tersebut telah membuatkan beliau tekad untuk membimbing masyarakat dengan kemampuannya.

“Tarbiah Sentap sedar, dalam membawa arus dakwah, pelbagai usaha perlu di lakukan bagi menjayakan agenda ini. Maka, kami telah mengatur beberapa langkah untuk mewarnai dunia dakwah di Malaysia, dengan menyediakan pelbagai alternatif  buat masyarakat samada dalam bentuk buku, ceramah, musik, filem dan sebagainya”, kata Ustaz Adnin semasa menghadiri sesi bersama bersama penulis di Pesta Buku Antarabangsa di PWTC baru baru ini.

Setakat ini Tarbiah Sentap kini meliputi 5 komponen utama iaitu Sentap Press Sdn Bhd, Tarbiah Sentap Records, Tarbiah Sentap Production, Tarbiah Sentap Consultancy, Media social dan Tarbiah Sentap Event.

Bersama Ustaz Adnin (kiri) di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PABKL)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.