Home Beauty & Health MINAT SOLEKAN JADI SUMBER PENDAPATAN

MINAT SOLEKAN JADI SUMBER PENDAPATAN

428
0

 

MINAT SOLEKAN JADI SUMBER PENDAPATAN

Sqistyna Izzaatie Binti Zamari  sqistyna.upm@gmail.com

SERDANG – Nabilah Huda, seorang usahawan dan graduan dari Universiti Putra Malaysia menjadikan minat beliau dalam bidang servis solekan sebagai kerjaya serta sumber pendapatan beliau.

Pada mulanya, beliau hanya menyertai kelas solekan untuk mengisi masa lapang semasa menjadi suri rumahtangga. Seterusnya, beliau telah mendapat permintaan servis solekan melalui akaun media sosialnya. Beliau menerima pesanan tersebut dan melakukan hasil tangan solekan beliau pada gadis tersebut. Beliau memuatnaik hasil tangan solekan tersebut dan beliau mendapat maklum balas yang positif daripada rakan-rakan beliau. Praktis yang konsisten menjadikan beliau akhirnya menjadi jurusolek sepenuh masa.

Ilham beliau datang dari minat seni yang lahir dalam diri beliau. Beliau sememangnya meminati bidang kecantikan. Bagi beliau, ia merupakan suatu kepuasan apabila beliau dapat mencantikkan orang lain. Selain itu, beliau menjadikan jurusolek luar negara, Patrick Ta sebagai sumber inspirasi supaya beliau dapat memastikan hasil tangan solekan beliau mengikuti perkembangan semasa.

Kata beliau, dua jenis solekan ditawarkan iaitu natural dan bersinar (glitter) mengikut kesesuaian jenis majlis-majlis tertentu seperti solekan majlis perkahwinan, solekan syarikat, solekan fotografi dan sebagainya. Beliau amat menekankan produk yang berkualiti tinggi dan selamat demi kesihatan pelanggannya. Oleh itu, para pelanggan tidak perlu risau dengan intipati dan kesan pengunaan produk-produk yang digunakan.

Sasaran pelanggan beliau adalah terbuka kepada semua golongan wanita dan lapisan usia terutamanya pengantin, kehadiran ke majlis dan peragawati fotografi. Keuntungan secara kasar sama ada bulanan atau tahunan beliau tidak menentu kerana ia bergantung kepada jenis majlis. Kebiasaannya beliau akan menerima permintaan yang banyak untuk solekan fotografi. Solekan untuk pengantin perempuan sememangnya tidak menentu. Namun demikian, keuntungan tersebut mampu menampung perbelanjaan harian beliau sekeluarga.

Cara beliau mengimbangi masa bersama keluarga dan menjalankan servis solekan adalah dengan suaminya yang akan menemani beliau untuk ke lokasi solekan. Mereka bekerja bersama dan sentiasa meluangkan masa berdua. Selain itu, masa untuk bersama kedua ibu bapa diluangkan hanya pada hari bekerja sahaja. Ada kalanya beliau akan menerima tempahan solekan nikah pada hari Jumaat. Strategi atau usaha pemasaran servis solekan beliau adalah melalui medium laman sosial. Beliau menggunakan aplikasi WhatsApp untuk menerima tempahan solekan.

Halangan atau rintangan yang dihadapi oleh beliau sebelum memulakan dan semasa menjalankan servis solekan adalah beliau perlu mengeluarkan modal yang besar untuk membeli produk yang berkualiti tinggi. Selain itu, pada awalnya beliau melakukan servis solekan selama tiga jam kerana beliau amat teliti dan masih menjinakkan diri dalam bidang ini. Kini, beliau hanya akan mengambil masa tiga puluh minit atau satu jam untuk melakukan satu sesi solekan.

Harapan untuk masa hadapan adalah untuk membuat blog ataupun laman sesawang rasmi servis solekan beliau. Beliau berharap pelanggan yang menggunakan servis solekannya berpuas hati dengan hasil kerja beliau. Beliau juga berharap agar beliau dapat membantu wanita di luar sana untuk menjadi lebih cantik dengan solekan rona-rona warna yang natural. Sebarang tempahan atau pertanyaan dialu-alukan untuk menghubungi beliau melalui akaun media sosial Facebook (BellaHudd) dan Instagram (@bellahudd) atau menerusi aplikasi WhatsApp ke 012-907 3008.

Penemu ramah berswafoto bersama Nabilah Huda dengan hasil tangan solekan beliau

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.