Home Economy MyHSR Corp pilih dua konsortium sebagai PDP HSR KL-SG

MyHSR Corp pilih dua konsortium sebagai PDP HSR KL-SG

127
0

KUALA LUMPUR, 5 April (Bernama) — MyHSR Corporation Sdn Bhd (MyHSR Corp) telah selesai melaksanakan tender Rakan Penyampaian Projek (PDP) dan memilih dua konsortium untuk membantu bahagian kerja-kerja sivil projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR KL-SG).

Katanya konsortium Malaysian Resources Corporation Bhd-Gamuda Bhd dipilih bagi jajaran di bahagian utara, manakala konsortium Syarikat Pembenaan Yeoh Tiong Lay Sdn Bhd-TH Properties Sdn Bhd bagi jajaran di bahagian selatan projek HSR KL-SG.

“Kontrak tersebut akan diberikan selepas selesainya rundingan yang memuaskan antara MyHSR Corp dan dua konsortium tersebut,” menurut MyHSR Corp dalam kenyataan hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif MyHSR Corp Datuk Mohd Nur Ismal Mohamed Kamal berkata PDP akan membawa pengalaman di peringkat tempatan dan antarabangsa, melalui pengalaman mereka sendiri dalam membina kereta api di negara ini dan melalui kerjasama dengan pakar-pakar HSR. “Kami gembira kerana telah memilih dua konsortium yang berkebolehan untuk melaksanakan projek tersebut,” katanya.

MyHSR Corp berkata PDP akan bertanggungjawab dalam mereka bentuk dan melaksanakan kerja-kerja sivil bagi projek HSR KL-SG mengikut kos dan jadual yang dipersetujui…..

KUALA LUMPUR, 5 April (Bernama) — MyHSR Corporation Sdn Bhd (MyHSR Corp) telah selesai melaksanakan tender Rakan Penyampaian Projek (PDP) dan memilih dua konsortium untuk membantu bahagian kerja-kerja sivil projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR KL-SG).

Katanya konsortium Malaysian Resources Corporation Bhd-Gamuda Bhd dipilih bagi jajaran di bahagian utara, manakala konsortium Syarikat Pembenaan Yeoh Tiong Lay Sdn Bhd-TH Properties Sdn Bhd bagi jajaran di bahagian selatan projek HSR KL-SG.

“Kontrak tersebut akan diberikan selepas selesainya rundingan yang memuaskan antara MyHSR Corp dan dua konsortium tersebut,” menurut MyHSR Corp dalam kenyataan hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif MyHSR Corp Datuk Mohd Nur Ismal Mohamed Kamal berkata PDP akan membawa pengalaman di peringkat tempatan dan antarabangsa, melalui pengalaman mereka sendiri dalam membina kereta api di negara ini dan melalui kerjasama dengan pakar-pakar HSR. “Kami gembira kerana telah memilih dua konsortium yang berkebolehan untuk melaksanakan projek tersebut,” katanya.

MyHSR Corp berkata PDP akan bertanggungjawab dalam mereka bentuk dan melaksanakan kerja-kerja sivil bagi projek HSR KL-SG mengikut kos dan jadual yang dipersetujui…..untuk berita penuh sila klik di sini

BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.