“Rezki D Jana” Keropok Terengganu Original Made in Kajang
Bila sebut sahaja keropok lekor… pastinya kita akan ingat Terengganu atau Kelantan, bila sebut Kajang pula… emmm pastinya satay laa yang kita ingat…
Tapi yang ini unik sikit, sebut keropok lekor tapi MADE IN KAJANG, rasa sesuatu yang pelik tapi benar Original Keropok Lekor Terengganu “S Class” diperoses di Kajang.
Keropok lekor yang diusahakan oleh Abang Rosli dan keluarga ini mendapat sambutan yang amat memberangsangkan kerana rasa keaslian keropok lekor Terengganu ada pada keropok keluarannya.
Fakta Perniagaan;
- Nama Syarikat: Rezki D Jana Enterprise
- Pengusaha: Rosli – Asal kelahiran Dungun, Terengganu. Berpengalaman selama 10 tahun dalam pembuatan keropok.
- Lokasi Perusahaan: Lot 472 A-12, Jalan Reko (Berdepan Shell Sungai Tangkas), Kajang, Selangor
- Pasaran: sekitar Selanggor di Pasar-pasar Malam dan Pasar Tani.
- Keadah Pemasaran: Jualan runcit dan pukal
- Sasaran Pelanggan: Orang ramai & peniaga-peniaga kecil
- Waktu Perniagaan: 10:00 pagi hingga 11:00 malam setiap hari.
- No. Perhubungan: 013-248 3572 (Rosli) / 013-248 3001 (Zaliha) / 017-891 1994 (Aina)
Oleh Baharim Sukari