Home Food & Beverages Kek Bulan Air tangan Chef Marya – bersusah payah memujuk seorang chef...

Kek Bulan Air tangan Chef Marya – bersusah payah memujuk seorang chef Cina akhirnya…

757
0
Marya memegang kek bulan yang dihasilkannya sebelum dibungkus

Kek Bulan Air tangan Chef Marya

Kek bulan atau Mooncake sememangnya menjadi makanan tradisi bagi masyarakat kaum Cina. Ianya adalah untuk meraikan bulan penuh pada setiap bulan September sehingga Oktober bagi setiap tahun. Namun, siapa sangka ada usahawan Melayu yang mengusahakan mooncake ini sehingga menjadi punca pendapatan beliau.

Pengusaha mooncake homemade dan halal, Puan Marya yang menetap di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras berkongsi bahawa beliau mula berjinak-jinak dengan pembuatan mooncake  ini sejak dua tahun yang lalu.

“Mooncake ini adalah makanan orang Cina. Namun ia menjadi makanan kesukaan saya dan anak-anak. Pada masa itu, agak sukar untuk mendapatkan mooncake yang halal dan harganya mahal mencecah RM25 untuk satu biji.” katanya.

Marya menyiapkan mooncake yang ditempah oleh pelanggan

Timbul idea dan nekad untuk belajar membuat makanan tradisi ini, Marya gigih mendapatkan resepi mooncake dari kalangan masyarakat Cina dan bersusah payah memujuk seorang chef Cina dari hotel terkemuka. Akhirnya beliau berjaya memperoleh ilmu resepi asli mooncake melalui personal class dari chef tersebut.

“Setakat ini, Alhamdulillah berkat usaha keras saya, permintaan adalah sangat positif, malahan terdapat pelanggan dari Brunei dan Singapura turut mendapatkan mooncake halal dari Marya’s Kitchen.”

Bagi Marya, proses penyediaan Mooncake ini perlu diteliti sehingga beliau memerlukan empat pembantu bagi menyiapkan tempahan pelanggan pada satu masa. Tempoh pembuatan kek mooncake ini memakan masa yang agak lama sehingga empat jam.

“Sebenarnya, proses penyediaan bagi setiap mooncake adalah berbeza bagi setiap perisa mooncake tersebut. Saya perlu menyiapkan paste mooncake tiga hari ssebelum membuat proses yang seterusnya.” Katanya

Mooncake yang disediakan Marya’s Kitchen dengan pelbagai perisa dan dibungkus dalam kotak yang cantik

Mengulas lanjut mengenai produk yang dihasilkan, setakat ini beliau menghasilkan 10 jenis mooncake dengan perisa tradisional seperti Lotus Egg yolk, Redbean Almond, Pandan, Bijan Hitam dan perisa yang terbaru yang dihasilkannya adalah Durian.

“Harga yang saya tawarkan adalah berpatutan dan mampu milik iaitu dengan harga RM8- RM12 bagi sebiji mooncake. Kuih tradisi masyarakat Cina ini boleh bertahan sehingga dua minggu dengan diletakkan dalam bekas kedap udara. Sebenarnya, lagi lama mooncake ini disimpan, rasanya akan menjadi lebih sedap.” Kongsi Puan Marya

Ibu kepada empat orang anak ini berkata, perniagaan semakin berkembang sehingga beliau berjaya menghasilkan sebanyak 5,000 biji mooncake dalam tempoh dua bulan.

Dalam memenuhi permintaan pelanggan, Marya menyediakan perkhidmatan COD sekitar lembah Klang. Namun, untuk permintaan pelanggan dari luar kawasan, beliau mnggunakan perkhidmatan poslaju ke seluruh Malaysia, Singapura dan juga Brunei.

Beliau turut menyediakan mooncake sebagai doorgift untuk semua majlis yang telah siap dibungkus.

“Target saya adalah untuk menjadi peneraju mooncake yang halal dan sedap. Saya ingin membantu orang Melayu yang ingin merasai makanan tradisi Cina tanpa rasa ragu-ragu. Mooncake dari Marya’s Kitchen wajib diperoleh kerana ianya sedap, moist, harga murah dan dijamin pelanggan akan berpuas hati.” Ujar Puan Marya.

Bagi pelanggan yang ingin mendapatkan mooncake ini, boleh menghubungi beliau pada talian 012-2253194 (Puan Marya) dan Facebook Siti Marya Hj Ahmad.

Oleh: Siti Nur Zuraikha Yaacob

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.