Home Education & Training KURSUS PENGURUSAN PEMASARAN

KURSUS PENGURUSAN PEMASARAN

1701
0

 

KURSUS PENGURUSAN DAN PELAN STRATEGIK PERNIAGAAN & PEMASARAN

Pengurusan Berstrategi, Organisasi Teguh Berdiri”

**********************************

Hubungi kami segera untuk rundingan:  017-3007878 | 017-6550032

Tentang Kami: http://www.sayacemerlang.com/

**********************************

PENGENALAN

Pengurusan adalah teras kepada sesebuah organisasi atau perniagaan, ianya bukan sahaja tanggungjawab kepada pemilik perniagaan tersebut sahaja, malah ianya juga melibatkan keseluruhan ahli/ pekerja mereka.

Pengurusan Strategik pula adalah pengurusan sumber organisasi, ianya dibangunkan bertujuan untuk mencapai matlamat dan objektif perniagaan. Pengurusan strategik melibatkan penetapan objektif, menganalisis persekitaran yang kompetitif, menganalisis organisasi, menilai strategi dan memastikan pengurusan menggariskan strategi di seluruh organisasi mereka.

Di dalam pengurusan strategik, ianya melibatkan pengenalpastian bagaimana organisasi dijalankan berbanding pesaingnya dan mengesan peluang serta ancaman samada ianya datang dari dalaman atau dari pesaing mereka. Satu Pelan Tindakan (Action Plan) perlu dibangunkan dalam misi merealisasikan pencapaian matlamat dan objektif perniagaan.

OBJEKTIF

Tujuan kursus Pengurusan Dan Pelan Stretegik Perniagaan adalah bertujuan untuk;

  • Mengenalpasti kekuatan, kelemahan dan kebolehan diri dan perniagaan sebagai pemacu cabaran di masa hadapan.
  • Mengkaji pencapaian sebelum melalui teknik forensik dan menggunakan data-data yang diperolehi bagi tujuan perancangan dan penetapan matlamat akan datang.
  • Mengubah paradigma tentang perniagaan dan memberi kesedaran untuk melaksanakan tugas dengan ikhlas dan proaktif.
  • Membangunkan pelan tindakan perniagaan sebagai panduan masa hadapan.
  • Mengetahui teknik dan cara bagi mengukur pencapaian perniagaan dalam memastikan rancangan perniagaan tercapai.

METODOLOGI

  • Ceramah
  • Perbincangan Kumpulan
  • Penilaian diri
  • Percambahan fikiran
  • Simulasi Permainan (Game)

SASARAN PESERTA 

  • Usahawan/ Pengarah Syarikat
  • Pengurus Perniagaan, Pemasaran dan Jualan
  • Ketua Jabatan/ Agensi Kewangan seperti Insuran, Takaful dan Unit Trust
  • Pengarah/ Pengurus Agensi Hartanah
  • Orang ramai yang ingin berminat untuk menambah nilai diri atau mereka yang hendak memulakan perniagaan.

KANDUNGAN PROGRAM:

  • Prinsipal Perniagaan – Kefahaman terhadap asas sebagai seorang ketua atau pemimpin dalam sesebuah organisasi adalah menjadi suatu yang kritikal, 3 perkara penting yang perlu dikuasai adalah, operasi, pemasaran dan kewangan. 
  • Analisa Perniagaan – 

a)Alisa Jualan Lepas menghasilkan data pencapaian lepas, ianya digunakan untuk mengukur tahap keberkesanan jualan ke atas aktiviti-aktiviti jualan syarikat dan seterusnya digunakan untuk perancangan jualan masa hadapan.

b)Analisa Masalah Lepas dan Jalan Penyelesaian, iayanya penting untuk memastikan masalah yang sama tidak berulang dan panduan membuat perancangan masa hadapan.

c)Analisa Pasaran & Permintaan – mengenalpasti segmentasi pasaran dan permintaan pelanggan, ianya digunakan sebagai panduan pembangunan pelan tindakan (action plan)

d) Analisa SWOT – mengenalpasti akan KEKUATAN & KELEMAHAN (internal) serta PELUANG & ANCAMAN (external), ianya digunakan untuk menyusun strategi perniagaan masa hadapan.

  • Ramalan Pasaran Hadapan (RPH)

a)RPH sangat penting bagi membangunkan Sales Target dan Business Goal

b)RPH adalah hasil dari Analisa Analisa Pasaran & Permintaan

  • Goal Setting (GS)

a)GS adalah satu penyataan bertulis tentang apa yang hendak dicapai pada masa hadapan.

b)Membangunkan GS menggunakan SMART (Specific, Measurable, Achievable, Realistic & Timely)

  • Pelan Tindakan (PT)

a)PT di bangunkan adalah untuk memastikan pencapaian jualan masa hadapan dalam trek yang betul ke arah pencapaian Goal perniagaan.

b)PT merupakan satu dokumen dalaman yang menyenaraikan tindakan-tindakan yang perlu dilaksanakan dari masa ke masa.

c)Inisiatif ini mungkin melibatkan pelanggan, kakitangan syarikat, pembekal dan pihak berkepentingan lain.

d)Mewujudkan SYSTEM kerja / SOP dan Kawalan Kualiti.

e)Membangunkan Visi, Misi dan nilai-nilai teras perniagaan.

  • Strategi Pemasaran

a)Apa itu website dan kepentingan?

b)Video korporat / iklan

c)Promosi & Pengiklanan

d)Branding

TENTANG JURULATIH;

Nama : BAHARIM BIN SUKARI

Jawatan: PENGARAH URUSAN

Syarikat: SC Creative Solutions Sdn Bhd

BAHARIM BIN SUKARI merupakan seorang usahawan yang bergiat aktif dalam lapangan perniagaan, pembangunan modal insan, pengendalian program-program latihan, motivasi dan khidmat konsultansi perniagaan.

Memberi galakkan dan sokongan kepada orang ramai, khususnya dalam bidang keusahawanan dan pemasaran dengan membangunkan sebuah portal Majalah Mindaniaga di mana sesiapa sahaja boleh mengiklan atau mempromosi di ruangan IKLAN PERCUMA ataupun ruangan iklan premium. Membangunkan kedai online MNSHOP.COM.MY, memberi peluang kepada Usahawan untuk memasarkan produk keluaran mereka secara berjemaah.

Baharim merupakan Pengarah Urusan kepada syarikat SC Creative Solutions Sdn Bhd. Seorang yang berpengalaman lebih  20   tahun   dalam   bidang pengurusan   perniagaan terutamanya bidang logistik, Jualan  dan  Pemasaran.  Bermula tahun  1991 hingga 2006  bersama syarikat  antarabangsa  yang  beribu pejabat  di  Osaka, Jepun dan kini beliau memberi tumpuan penuh kepada perniagaannya sendiri.

BAHARIM adalah seorang graduan daripada Universiti Utara Malaysia dalam bidang Pengurusan Organisasi dan Kepimpinan. Seorang yang mementingkan kepada peningkatan pengetahuan dan kemahiran, kini beliau banyak menganjurkan program-program pembangunan perniagaan & modal insan.

Seorang yang berkemahiran dalam bidang  kejurulatihan dan motivasi  sejak  tahun 2005,   beliau telah  berdaftar  sebagai “Trainer” di PSMB  (Pembangunan Sumber Manusia Berhad,  Kementerian  Sumber Manusia) juga Panel Pakar Industri Negara (DPIN)-JPK.

Beliau  kini  telah  berjaya  membimbing  ramai  usahawan dan kakitangan  syarikat  korporat terutamanya  dalam bidang motivasi keusahawanan, pengurusan perniagaan, pemasaran, team building dll.

 

************************************************************

Baharim Sukari

HP: 017-300 7878

e-Mel: baha@m-niaga.com.my

fb: Sayacemerlang Baha

Korporat Website: www.sayacemerlang.com

Majalah Online: www.m-niaga.com.my (Majalah Mindaniaga)

Kedai Online: www.mnshop.com.my

 

 

*********************************

Oleh: Baharim Sukari

Jurulatih & Perunding Perniagaan @SC Creative Solutions Sdn Bhd

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.