Home Entertainment Suara Asbert menjana pendapatan dan aset perniagaan 100k

Suara Asbert menjana pendapatan dan aset perniagaan 100k

1362
6

Anugerah setiap manusia adalah unik dan berbeza-beza antara satu dengan yang lain, ada yang dianugerahkan dengan kekuatan fizikal dan ada juga yang mempunyai suara yang lunak.

Anugerah kelunakan suara biasanya dikaitkan dengan kerjaya sebagai penyanyi, pembaca berita dan sebagainya.  Bagi Jamaludin Hamzah atau juga dikenali sebagai DJ Asbert kelebihan suara beliau dapat menjana pendapatan dengan berkerjaya sebagai DJ.

Bermulanya kerjaya melalui minat dalam “entertainment”, sesekali dapat jemputan menyanyi di majlis-majlis makan malam,  majlis-majlis korporat dan sebagainya. Banyak pengalaman membuat persembahan nyanyian di hadapan VIP,  antaranya Gabnor Pulau Pinang.

DJ Asbert yang ditemui ketika mengendalikan program Festira’17 (Festival Ramadan Selangor 2017 bertempar di Ruang Legar Kompleks PKNS,  Bangi). 

Pernah mewakili negeri Pulau Pinang dalam pertandingan nyanyian Majlis Kebajikan & Sukan Anggota-anggota Kerajaan Malaysia (MAKSAK).

Beliau yang sebelum ini bekerja di salah sebuah jabatan kerajaan telah memulakan perniagaanya sendiri pada 2009 dengan memberi perkhidmatan “DJ”, pengacaraan majlis dan sewaan alat siar raya (PA System).

Beliau yang memulakan perniagaan dengan hanya bermodalkan RM1,500 kini telah memiliki aset dan peralatan perniagaan yang bernilai hampir RM100,000.

Menurut beliau cabaran utama dalam perniagaannya adalah saingan dan harga pasaran yang pelbagai,  namun itu bukanlah faktor penghalang kerana beliau percaya pada rezeki dan ketentuan Allah.  Beliau mempunyai strategi tersendiri untuk terus maju.

DJ Asbert berpegang pada prinsip “memberi perkhidmatan mengikut keperluan dan permintaan pelanggan”, beliau juga sentiasa peka dan teliti dalam setiap kerjanya.

“Alhamdulillah saya sentiasa mendapat tempahan dari pelbagai pelanggan diserata Malaysia” ujar DJ Asbert.

Perancangan di masa hadapan, beliau ingin dikenali sebagai DJ popular di serata Malaysia.

Bagi mereka yang memerlukan perkhidmatan DJ Asbert,  boleh menghubungi beliau terus di talian 011-10172375

Oleh: Sayacemerlang Baha

* Sedar | Arah |  Yakin | Amal www.sayacemerlang.com

6 COMMENTS

Leave a Reply to DJ Ramlan Cancel reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.