Home Bakery & Ingredients Resipi Tepung Hairan Tidak Masuk Akal

Resipi Tepung Hairan Tidak Masuk Akal

991
1

Oleh Emira Farahnaz dan Farhan Hani

“Tepung Hairan ni tepung premix 2 in 1 yang dulu boleh buat kek sahaja tapi ramai orang tanya akak tepung hairan ni tak boleh buat selain kek ke, jadi mula dari situ akak start buat cubaan demi cubaan, akhirnya akak dapat buat formulasi terbaik untuk hasilkan cookies pulak daripada tepung hairan ni.” kata pemilik Tepung Hairan, Roazura Bahaari atau lebih mesra dipanggil Kak Azu, 44.

 Reaksi Kak Azu apabila ditemuramah

Kedai Bakeri Tepung Hairan yang terletak di Dusun Nanding mendapat sambutan hangat apabila kisah perjalanan dan kejayaan kak Azu dalam menghasilkan Tepung Hairan tersebut disiarkan di beberapa rancangan televisyen dan surat khabar.

Ramai yang pelik adakah kek yang dihasilkan tanpa telur boleh menghasilkan kek yang sedap namun sangkaan mereka meleset setelah mereka merasa sendiri kek dan biskut yang dihasilkan hanya menggunakan Tepung Hairan, minyak masak dan air.

Magisnya kek yang dihasilkan menggunakan Tepung Hairan ini ialah keknya lembut, lembap dan sedap. Betul-betul menghairankan.

Bermula secara kecil-kecilan pada tahun 2010, kini Tepung Hairan berjaya menghasilkan enam jenis produk Tepung Hairan yang menakjubkan iaitu Chocolate Moist, Red Velvet, Brownies, Orange, Buah Campuran dan Marble.

“Setakat ni, tepung yang paling laris sekali adalah Chocolate Moist, Red Velvet dan Brownies.” Kata Kak Azu.

Harga sepaket Tepung Hairan adalah RM19 dan hanya perlu tambah air dan minyak masak sahaja untuk menghasilkan kek yang sedap. Sangat mudah.

Beliau juga ada mengadakan bengkel membuat kek bagi mereka yang ingin mempelajari cara- cara membuat kek yang mudah dan sedap, teknik untuk menghasilkan kek yang gebu, lembut dan sedap dan macam-macam lagi.

Bakeri Tepung Hairan dibuka setiap hari kecuali pada hari ahad dan bermula pukul 10 pagi sehingga 7 malam.

Ketika dalam proses Kak Azu mencuba mencari formulasi yang terbaik, berkilo-kilo tepung telah dibazirkan, ada yang tidak sedap, ada yang keras dan ada juga yang teksturnya tidak cantik.

Sebelum membuat perniagaan kek, Kak Azu mengambil kursus menjahit pakaian selama enam bulan tetapi rezeki beliau lebih terarah kepada pembikinan kek.

“Kesusahan bila berniaga ni macam-macam. Modal tak cukup, kena tipu dengan orang. Pekerja tak cukup. Macam-macamlah.” Katanya apabila ditanya akan kesusahan yang pernah ditempuhinya sepanjang tujuh tahun menjalankan perniagaan.

Beliau bercita-cita untuk menjadi peneraju penghasilan tepung premix tanpa telur di Malaysia dan beliau ingin mengembangkan perniagaannya dengan membuka kafe-kafe dan francais bakeri di seluruh Malaysia.

Jika ada peluang, beliau juga ingin melebarkan sayap perniagaannya dengan menembusi pasaran antarabangsa bermula dari Negara-negara jiran seperti Indonesia, Thailand dan Singapura.


Produk-produk Tepung Hairan boleh didapati di beberapa kedai bakeri terpilih, agen-agen Tepung Hairan, Facebook Tepung Hairan Official dan di talian 019-291 2915.

1 COMMENT

Leave a Reply to roazura bahari Cancel reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.