Siapa sangka mahasiswa kecil molek berusia 23 tahun dan masih menuntut di Universiti Putra Malaysia tidak mampu menjana pendapatan bagi menyara diri sepanjang pengajian. Lebih dikenali dengan nama Nur Hanani Hisambudin nama secantik orangnya. Acap kali kedengaran dibibir mahasiswa “duit tak cukup” , “ikat perut” sepanjang pengajian dan terpaksa mengharapkan duit kedua ibu bapa serta duit pinjaman dari Mara , PTPTN , malah tajaan JPA juga tidak mencukupi buat seorang pelajar kerana keadaan ekonomi tidak menentu kini, katanya. Keadaan ini telah secara tidak lansung menjadi satu motivasi buat pelajar kecil molek ini untuk menjana pendapatan sendiri dengan berkerja sebagai juru jual di sebuah syarikat kasut Kickers. Mencari pengalaman baru merupakan salah satu hobi buat dirinya.
Dilahirkan dari keluarga yang sederhana bukan penghalang kepada pelajar bacelor komunikasi pengkhususan penyiaran ini mencuba perkara baharu dan mencabar diri sendiri untuk berkerja sambil belajar. Gadis ini juga sanggup mengetepikan segala kemahuan yang ada bagi meneruskan matlamatnya menjadi mahasiswa berkualiti.
Bagi dirinya, untuk melahirkan mahasiswa yang berkualiti , kita mestilah berani mencuba perkara baharu. Jangan takut untuk mencuba tetapi selalulah mencabar diri sendiri. Secara tidak lansung kita akan mampu berhadapan dengan segala jenis masalah termasuklah masalah kewangan. Di sebalik semangat suka mencuba perkara baharu, tersembunyi perwatakan yang cukup sederhana dan rendah diri sehingga sukar untuk meneka perjalanan hidupnya dalam menguruskan masa antara belajar dan bekerja.
Cabaran berbeza
Mengulas mengenai cabaran, siapa tidak suka menghabiskan masa hujung minggu melepaskan tekanan di pusat membeli belah bersama rakan-rakan. Bagi Hanani , beliau lebih memilih mencari pendapatan tambahan di hujung minggu. Disebabkan hari biasa beliau mengisi masa tersebut dengan menghadiri kelas serta menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah.
Bagi pelajar pengkhususan penyiaran dalam bacelor komunikasi ini, ada kalanya menjadi kekangan kepada dirinya untuk membahagikan masa. Hal ini kerana, dalam pengkhususan penyiaran ini. Beliau dan rakan sekerjanya dikehendaki menyiapkan tugasan dokumentari setiap minggu bagi mengasah bakatnya dari semasa ke semasa. Katanya lagi, saya merupakan penulis skrip dalam projek dokumentari tersebut. Oleh itu, ianya menjadikan saya lebih berusaha dalam memikirkan idea baharu bagi menjayakan satu dokumentari yang menarik serta diterima umum. Oleh demikian, tidak menjadi masalah untuk saya memperolehi keputusan yang cemerlang bagi setiap semester pengajian.
Bijak menguruskan masa
Berkerja sambil belajar menjadi perkara mustahil buat seorang mahasiswa. Tetapi setiap mahasiswa perlulah bijak menguruskan masa. Saya hanya berkerja dihujung minggu dan saya tidak akan mencampur adukkan soal belajar dan berkerja. Hal ini akan menganggu produktiviti saya sebagai seorang pelajar serta pekerja.
Jika saya mempunyai tugasan yang banyak dan perlu disiapkan dalam masa yang terdekat, saya memilih untuk menyiapkan tugasan tersebut dahulu. Bagi saya, pelajaran perlu diutamakan.
Pesanan ayah menjadi motivasi
Anak kepada anggota polis ini menjadikan bapanya sebagai “suri teladan” dalam memotivasikan dirinya. Ayah saya seorang yang tegas tetapi penyayang, katanya. Sambil tersenyum beliau menceritakan keperibadian bapanya.
Pesan ayahnya buat pertama kali beliau melangkah ke Universiti Putra Malaysia. Jadikan belajar ini sebagai jihad supaya segala yang dilakukan dipermudahkan.
Beliau memiliki amalan berkerja mengikut perancangan dan perlulah melakukannya dengan sempurna. Bagi memastikan saya sentiasa aktif dan cergas. Saya akan menjadikan bapa saya sebagai jurulatih semasa saya beriadah bersamanya. Bapa saya meminati aktiviti mendaki. Secara tidak lansung saya juga meminati aktiviti tersebut.
Harapan beliau, agar lebih ramai mahasiswa di luar sana lebih berani mencuba perkara baharu dan tampil kehadapan seiring dengan permodenan dunia kini. Mahasiswa terutamanya wanita kini juga perlu bijak menguruskan masa yang ada untuk lebih berjaya pada masa hadapan. Dengan kata lain istilah “Duit Tidak Cukup” tidak akan wujud dalam kamus kehidupan seorang pelajar. Jika hendak kan sesuatu kita perlu berusaha dan jangan malas. Nasihatnya.
OLEH NORAINA BINTI TINGGAL