Home Inspirasi Niaga PENGORBANAN DEMI MENCAPAI SEGULUNG IJAZAH

PENGORBANAN DEMI MENCAPAI SEGULUNG IJAZAH

394
0
  • Nama: Muhammad Hafidzi Bin Zakaria
  • Keluarga: Anak ketujuh daripada sepuluh beradik
  • Asal: Sungai Petani, Kedah
  • Pendidikan: Universiti Putra Malaysia
  • Cawangan Bertugas: TGV, The Mines

“Pengorbanan paling perit adakah saya tidak boleh mengatur kehidupan seperti rakan seusia lain yang boleh bersantai atau melepak bersama kerana jadual padat dan komitmen terhadap pelajaran dan kerja” Mohamad Hazrul Faiz

Mahu mengecapi kejayaan serentak dalam akademik dan minat dalam perniagaan adalah perkara yang agak sukar dilakukan oleh sesetengah pelajar pelajar universiti kerana menuntut pengorbanan dan komitmen yang tinggi termasuk juga perlu melupakan keseronokan seperti rakan lain kerana terlalu sibuk membahagikan masa antara kedua-duanya.

Melakukan dua perkara dalam satu masa bukanlah perkara yang mudah bagi pelajar semester akhir jurusan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Universiti Putra Malaysia (UPM) Muhamad Hafidzi bin Zakaria apabila oerlu membahagikan masa antara mahu menggenggam segulung ijazah atau mencari rezeki demi menampung perbelanjaan pelajarannya.

Muhammad Hafidzi yang kini sedang berkerja di sebuah panggung wayang TGV,The Mines sebagai pekerja sambilan sejak setahun yang lalu sedar bahawa kedua-dua bidang tersebut berkenaan memerlukan komitmen yang tinggi, malah segalanya memerlukan perhatian sepenuhnya untuk mencapai cita-citanya.

Menurut beliau sebelum bekerja sebagai seorang staf di TGV,The Mines beliau telah banyak melakukan kerja-kerja sambilan yang lain seperti menjual burger, bisnes atas talian minyak rambut dan barangan kos metik perempuan.

Semangat untuk terus bekerja walaupun sibuk dengan pelajaran adalah untuk meringankan beban keluarga untuk menampung pelajarannya kerana beliau sedar bahawa beliau bukan datangnya daripada keluarga yang senang.

Anak yang ketujuh daripada sepuluh orang adik-beradik ini itu berkata, bekerja sambilan sudah menjadi kebiasaan baginya yang mula terbabit daripada mula belajar lagi dan banyak pengorbanan telah dilakukan untuk mecapai kemahuannya.

Cabaran dan Dorongan

Menurutnya, walaupun sukar untuk seorang pelajar ijazah muda melakukan dua perkara belajar sambil bekerja ia perlu seiring dengan pendidikan kerana ia mampu mengangkat martabat seseorang demi masa depan sebagai garis panduan dalam menempuh kehidupan.

“Sejujurnya begitu sukar untuk memberi tumpuan dalam kedua-dua bidang ini berikutan jadual yang begitu padat membabitkan diri dengan pekerjaan manakala pada masa yang sama perlu bijak membahagikan masa untuk menghadiri kelas serta menyelesaikan tugasan yang diberikan.

“Pengorbanan paling perit adakah saya tidak boleh mengatur kehidupan seperti rakan seusia lain yang boleh bersantai atau melepak bersama kerana jadual padat dan komitmen terhadap pelajaran dan kerja,” katanya ketika ditemui, di sini.

Beliau berkata, waktu bekerja kebiasaanya selepas tamat waktu kelas setiap hari jam 5 sehinggalah pukul 12tengah malam dan ada kalanya tamat pada jam 1 pagi.

“Hampir setiap hari saya akan masuk untuk bekerja dan jadual akan lebih padat apabila tiba hujung minggu kerana saya perlu bekerja sepenuh hari daripada jam 10 pagi sehingga 12 malam.

“Jadual harian yang padat sebenarnya tidaklah memberikan tekanan kepada saya kerana apa yang dilakukan adalah kerana minat dan kerelaan hati bukanlah datangnya daripada paksaan orang lain.

Katanya, dalam bidang pendidikan pula saya mahu lulus dengan cemerlang dalam peringkat ijazah sarjana muda dan berkemungkinan menyambung pelajaran untuk menjadi contoh pada adik beradik yang lain.

“keluarga banyak memberi sokongan untuk terus berjaya dalam bidang pendidikan dan alhamdulillah dengan pembabitan pekerjaan sambilan ini dapat meringankan bebanan keluarga itu yang paling penting,” katanya.

Walaubagaimanapun beliau bersyukur kerana mempunyai kawan-kawan sekeliling yang faham akan dirinya dan juga banyak memberi dorongan dalam pelajaran mahupun pekerjaan.

Perancangan Masa Hadapan

Menurut beliau, saya juga telah mula menyimpan duit untuk menjadikan modal memulakan bisnes sendiri kerana ini adalah cita-cita saya dari dulu lagi dan saya sedar akan risiko untuk melakukan bisnes sendiri.

Hal ini tidak mematahkan semangat saya kerana ini adalah kemahuan dan cita-cita saya dari dulu lagi dan saya tidak merancang untuk melakukan bisnes sendiri dalam masa terdekat kerana saya mahu memfokuskan pelajaran saya terlebih dahulu.

Beliau memilih kerja sebagai staf di panggung wayang TGV The Mines adalah kerana perkerjaan tersebut bersesuai dengan waktu yang saya mahukan dan ramai juga kawan-kawan yang lain berkerja sambilan disana.

Beliau berkata, bekerja sambil belajar ini adalah satu platform untuk saya melatih diri saya untuk menjadi seorang yang lebih disiplin dari segi pengurusan masa dalam kehidupan seharian saya.

“Bagi saya belajar sambil bekerja membolehkan saya menimba pengalaman yang berguna kepada saya yang banyak belajar erti pengobanan dan membahagikan masa saya dan saya akan teruskan bekerja sehinggalah saya tamat belajar pada tahun ini”.

Oleh: Mohamad Hazrul Faiz Bin Ahmad Sobri (174191) m.hazrlfaiz@gmail.com

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.