Home Economy Bursa Malaysia akhiri dagangan pagi bercampur-campur

Bursa Malaysia akhiri dagangan pagi bercampur-campur

155
0

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia mengakhiri sesi pagi bercampur-campur tengah hari ini berikutan pengambilan untung dalam kebanyakan saham berwajaran tinggi. Pada jam 12.30 tengah hari, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berada pada paras 1,750.63, jatuh 3.79 mata berbanding 1,754.42 pada penutup semalam.

Indeks utama itu bergerak antara 1,749.79 dan 1,759.76 sepanjang sesi pagi, selepas dibuka 3.04 mata lebih tinggi kepada 1,757.46. Kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 432 berbanding 348 dengan 387 kaunter tidak berubah, 564 tidak didagangkan dan 48 lain digantung. Jumlah dagangan sebanyak 1.89 bilion saham bernilai RM1.10 bilion. Dalam kalangan saham mewah, Maybank jatuh tiga sen kepada RM8.97, dengan TNB dan Public Bank masing-masing tidak berubah kepada RM13.74 dan RM19.92, sementara Sime Darby jatuh dua sen kepada RM9.37.

Dalam kalangan aktif, Dagang Nexchance naik setengah sen kepada 40 sen, Permaju Industries meningkat 6.5 sen kepada 25.5 sen, sementara DBE tidak berubah pada paras 4.5 sen. Indeks FBM Emas jatuh 12.60 mata kepada 12,409.86 dan Indeks FBMT100 menyusut 14.52 mata kepada 12,064.24.

Indeks FBM Emas Syariah 6.71 mata lebih rendah kepada 12,835.62 dan Indeks FBM Ace susut 49.59 mata kepada 5,707.06.

Indeks FBM 70, bagaimanapun, meningkat 26.17 mata kepada 14,562.91. Indeks Perindustrian merosot 16.74 mata kepada 3,273.23 dan Indeks Kewangan jatuh 18.29 mata kepada 15,734.36.

Indeks Perladangan jatuh 23.14 mata kepada 8,185.26. – BERNAMA

Sumber BH online

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/265472?m=1

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.