Home Automotive Harga & Spesifikasi Honda Civic FC Baru 2016

Harga & Spesifikasi Honda Civic FC Baru 2016

611
0

(Harga, variant & Spesifikasi): Honda Civic FC 2016 Generasi ke-10 serba baru dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada 9 Jun 2016 setelah tempahan dibuka sejak 1 Mei 2016 yang lalu dikesemua pengedar sah Honda di seluruh negara.

Sudah pasti ia akan menjadi model kereta baru paling hot atau terhangat yang di nanti kehadirannya kerana negara-negara jiran seperti Thailand, Indonesia serta Singapura, Honda Civic ini sudah pun berada di jalanraya.
spesifikasi honda civic 4

Saiz Honda Civic Baru ini adalah 1799mm Lebar, 4630mm Panjang dan 1416mm Tinggi dengan jarak antara roda sebanyak 2690mm. Ia menggunakan pacuan roda hadapan dengan bahan api petrol.

Bahagian bagasi pula mempunyai ruang seluas 428 liter manakala saiz tangki pula boleh memuatkan sebanyak 57 liter bahan api. Suspensi hadapan menggunakan MacPherson Strut dan Multi-Link bagi roda belakang memberikan model generasi ke-10 ini pemanduan yang lebih kemas.

Pembaruan terkini kepada model ini adalah penggunaan bar penstabil yang lebih besar dengan sesendal terikat untuk kawalan badan lebih dinamik. Pusat graviti Civic baru ini juga 14 mm lebih rendah. turut memberikan nilai CoG yang lebih baik untuk pengendalian pemanduan yang stabil dan meyakinkan.

Casis kereta ini juga diberikan pembaharuan dari segi keteguhannya di mana ianya dikatakan 25 peratus lebih baik berbanding sebelum ini kerana menggunakan besi kekuatan tinggi.

Kejuteraan Honda berjaya memberikan tahap keselamatan yang lebih baik pada model baru ini walaupun disebalik kerangka yang besar dan keras tetapi masih dapat mengurangkan jumlah berat sebanyak 31 kg berbanding model sebelumnya.

spesifikasi honda civic 10

Paling menarik apabila Honda akan menggunakan teknologi enjin dan transmisi terkini mereka pada model Civic baru ini. Enjin bersaiz kecil tetapi berkuasa besar dan dipadankan dengan gear automatik CVT melalui Earth Dreams Technology akan memberikan lebih kuasa dan kelancaran dengan penjimatan bahan api untuk lebih mesra alam. (lulus EPA LEV3-ULEV125/LEV3-SULEV30 emissions standards)

Namun begitu, kini tiada lagi dual tier panel meter tetapi digantikan dengan skrin TFT LCD baru pada panel meter (digelar sebagai Driver Information Interface) yang akan memberikan pelbagai informasi bukan sahaja takometer dan meter kelajuan digital, ia juga turut menyertakan informasi berkenaan sistem infotainmen dan sistem komputer perjalanan pada satu tempat.

Maka… sebagai pemandu, mata anda hanya digerakkan sedikit kebawah ketika memandu untuk memperolehi segala maklumat tersebut tanpa perlu menggerakkan kepala untuk pemanduan yang lebih fokus dan selamat.

honda civic 2016 (17)

Model Civic Terbaik

Honda telah menggunakan kereta mewah Eropah segmen C seperti  BMW 3 Series, Mercedes-Benz C-Class dan Audi A4 sebagai rujukan penanda aras pemanduan, pengendalian, stereng dan NVH (bunyi, getaran dan kekasaran) serta kualiti dan kehalusan rekaan dalaman dalam pembangunan model Civic ini.
Honda Civic FC generasi ke-10 ini adalah model Civic yang paling hebat pernah dihasilkan. Ia juga menjanjikan sebuah kereta terbaik dalam kelasnya dan menjadi penanda aras baru dari sudut keselesaan dan keluasan ruang,  kecekapan bahan api, ciri-ciri keselamatan, kualiti dalaman dan prestasi yang dinamik.

Disebalik aras tinggi tersebut, Honda tetap cuba mengekalkan model Civic ini dengan harga yang berpatutan di pasaran.

Honda Civic FC Baru ini mendapat pengiktirafan status Malaysia’s Energy Efficient Vehicle(EEV) dan dijangka mendapat 5 bintang ASEAN NCAP crash test rating.

spesifikasi honda civic 3

Harga & Spesifikasi

Bagi pasaran Malaysia, Honda menawarkan 2 model Civic FC dengan 3 variant iaitu 1.8L i-VTEC, 1,5L Turbo dan 1.5 Turbo Premium. Berikut adalah variant dan spesifikasi Honda Civic FC Baru 2016 di Malaysia.

1. Honda Civic 1.8S

  • Harga Honda Civic 1.8L i-VTEC – RM110,726 (Harga OTR tetapi tidak termasuk insuran)
  • Enjini-VTEC Empat silinder
  • Kuasa104kW, 141 hp at 6,500 rpm and 174 Nm at 4,300 rpm
  • Transmisi –  Automatik CVT dengan Earth Dreams Technology
  • Penggunaan Bahan Api6.3L/100km on the combined cycle
  • Pecutan – 0-100 km/h in 10.4 seconds

Spesifikasi Luaran (Exterior)

  • LED tail lights
  • projector halogen headlamps
  • Body color door handles
  • LED daytime running lights

Spesifikasi Dalaman (Interior)

  • Eight-way Adjustable Power Seat – Driver
  • Keyless entry 
  • Push-button start
  • Cruise Control
  • Single Zone Automatic air-conditioning
  • Rear air-con vent
  • Remote Engine Start
  • Multifunction steering wheel
  • An electronic parking brake (with auto brake hold)
  • Honda Display Audio infotainment system with a seven-inch touchscreen with multi-angle reverse camera.
  • Full-colour LCD digital meter panel.

Spesifikasi Keselamatan

  • 6 Airbag
  • ABS+EBD
  • Vehicle Stability Assist (VSA)
  • Hill Start Assist (HSA)
  • Immobilizer
  • Security Alarm
  • Stability Control
  • Electronic Door Locks
  • Walk Away Auto Lock
  • ISOFIX & Tether.
  • Rear Parking Sensors
  • Reverse camera
  • Tilt sensor

spesifikasi honda civic

2. Honda Civic 1.5TC

  • Harga Honda Civic 1.5L Turbo – RM124,376 (Harga OTR tetapi tidak termasuk insuran)
  • EnjinVTEC Turbocharge Empat silinder
  • Kuasa127kW, 173 hp at 5,500 rpm and 220 Nm at 1,700 – 5,500 rpm
  • TransmisiAutomatik CVT dengan Earth Dreams Technology
  • Penggunaan Bahan Api5.8L/100km on the combined cycle
  • Pecutan – 0-100 km/h in 8.2 seconds.

Spesifikasi Luaran (Exterior) – Senarai tambahan/berbeza dari model 1.8L

  • Body Color Side Mirror (Power Retractable w/ LED Turning Signal)
  • Automatic wiper
  • Chrome door handles
  • 17-inch two-tone alloy wheels

Spesifikasi Dalaman (Interior) – Senarai tambahan/berbeza dari model 1.8L

  • Leather seat
  • One Push Ignition Smart Entry System
  • An auto-dimming rearview mirror
  • Paddle-shifters with Seven-speed Manual Mode
  • Meter Cluster with i-MID (Multi Information Display)
  • Audio System with Navigation and Mirror Link.
  • More premium trim garnishing

Spesifikasi Keselamatan – Senarai tambahan/berbeza dari model 1.8L

  • Brake Override System
  • Emergency Stop Signal
  • Blind-spot Monitoring System

3. Honda Civic 1.5TC Premium

  • Harga Honda Civic 1.5L Turbo Premium – RM132,155 (Harga OTR tetapi tidak termasuk insuran)
  • Enjin – VTEC Turbocharge Empat silinder
  • Kuasa – 127kW, 173 hp at 5,500 rpm and 220 Nm at 1,700 – 5,500 rpm
  • Transmisi – Automatik CVT dengan Earth Dreams Technology
  • Penggunaan Bahan Api – 5.8L/100km on the combined cycle
  • Pecutan  0-100 km/h in 8.2 seconds.

Spesifikasi Luaran (Exterior) – Senarai tambahan/berbeza dari model 1.5L Turbo

  • Full LED headlamps with auto leveling 
  • LED fog lights
  • Rear spoiler

Spesifikasi Dalaman (Interior) – Senarai tambahan/berbeza dari model 1.5L Turbo

  • 4-way adjustable seats – Front Passenger
  • Dual-zone Climate Control

Spesifikasi Keselamatan – Senarai tambahan/berbeza dari model 1.5L Turbo

  • Sama seperti 1.5L Turbo

 

spesifikasi honda civic 1spesifikasi honda civic 2

“The standard Honda Malaysia five-year unlimited mileage warranty applies, and the service interval is 10,000 km, with five times alternate free labour when servicing.”

Warna pilihan yang ditawarkan bagi semua varian adalah Crystal Black Pearl, Dark Ruby Red Pearl, Modern Steel Metallic, White Orchid Pearl and Lunar Silver Metallic. Terdapat juga pilihan untuk warna pearl white dengan tambahan harga RM300

Honda juga sudah semestinya tidak ketinggalan akan menawarkan juga aksesori Madulo untuk modifikasi luaran untuk kelihatan lebih sporty dan garang. Aksesori original Honda Madulo Civic 2016 ini ditawarkan dengan harga RM4,650 (5-piece bodykit) bersama dengan window tint.
Honda Civic FC serba baru 2016 ini merupakan Model Civic generasi ke-10. Ianya berada dalam kategori kenderaan segmen C yang bersaing dengan Toyota Altis, Mazda 3, Proton Preve dan Ford Focus. Berdasarkan spesifikasi yang di tawarkan, boleh dikatakan ianya menerajui segmen ini.
Dijangkakan model Honda Civic ini akan menjadi pilihan ramai dan pasti akan melonjakkan jualan kereta Honda diMalaysia. Berminat untuk memiliki Honda Civic FC serba baru 2016 ini… Lihat dan dapatkan maklumat lanjut di pusat pameran Honda berdekatan anda!

 

 

Sumber dipetik dari: http://www.dammahumnib.com/2016/05/harga-spesifikasi-honda-civic-baru-2016.html

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.