Home Education & Training ISO 9001 ADALAH ‘TANGKAL’ DALAM PERNIAGAAN?

ISO 9001 ADALAH ‘TANGKAL’ DALAM PERNIAGAAN?

320
0
ISO 9001 ADALAH ‘TANGKAL’ DALAM PERNIAGAAN?

Biasa kita lihat bagi organisasi baik kerajaan mahupun entiti perniagaan berbangga memampangkan sijil ISO 9001:2015 di dinding mereka bagi menunjukkan kepatuhan dan kejayaan mereka beroleh persijilan yang dianggap berprestij dan di iktiraf antarabangsa. Ada yang tidak lebih menjadikan sijil itu selayaknya sebagai ‘tangkal’ dalam mendapatkan kepercayaan untuk kontrak, tender atau kerja-kerja lain. Adakah ianya betul atau kebetulan?

Persijilan ISO 9001 adalah keluarga ISO 9000 dari cabang lebih 20,000 siri piawai (standard) dan merupakan antara siri yang paling popular dan terbanyak di persijilkan di dunia. ISO 9001 juga dikenali sebagai ‘ibu’ atau induk kepada sistem pengurusan yang lain kerana dari persijilan ini mencakupi asas-asas yang perlu bagi setiap organisasi yang ingin di iktiraf bertaraf antarabangsa. Bagi sesetengah badan kerajaan dan GLC mewajibkan vendor ataupun kontraktor yang ingin membekalkan dan mengambil kerja-kerja di bawah seliaan mereka diwajibkan untuk mempunyai persijilan ISO 9001 ini sebagai pra-syarat bagi membolehkan mereka layak tersenarai.

Niat dan tujuannya adalah sangat bagus namun bagi segelintir vendor dan kontraktor yang hanya memfokuskan kepada projek dan imbuhannya, keperluan dalam mendapatkan dan mengekalkan persijilan ini tidak dianggap sesuatu yang penting sangat. Seringkali semasa sesi yang saya kendalikan mereka beranggapan ISO 9001 bukan sahaja menyusahkan tetapi juga ‘menambahkan’ lagi kerja hakiki seharian mereka. Anggapan mereka ini sebenarnya tidak berasas kerana kurangnya pendedahan yang sebenar dan memahami bagaimana sebenarnya ISO 9001 bukan sahaja membantu mensistemkan organisasi dan proses mereka tetapi sebagai satu sistem jaminan. Sebenarnya jika pihak pengurusan atasan dan kepimpinan organisasi betul-betul memahami betapa ISO 9001 adalah sistem yang menjadi CCTV dan ‘pendamping’ pada setiap proses-proses yang dijalankan kerana ianya meliputi fasa audit dalam dan audit persijilan serta penilaian dan tindakan-tindakan yang perlu dilaksanakan bagi menambah baik dari masa kesemasa PASTI mereka tidak berfikir 2 kali untuk perlaksanaannya.
Cuma, perspektif dari mata pekerja juga hendaklah di murnikan, di pupuk dan diberi baja mengenai kefahaman dan sumbangan besar mereka dalam memastikan kelancaran dan kepatuhan perlaksanaan dan pekerja juga adalah tunjang utama selain komitmen dari pihak atasan. Ini adalah proses berterusan bukan sekadar setelah berjaya mendapat persijilan. Walaupun proses pematuhan untuk mendapatkan persijilan itu agak perit namun meneruskan dan memastikan sistem pengurusan kualiti dijalankan dan diamalkan adalah lebih memerlukan disiplin yang lebih tinggi.

Apa yang lebih penting, bukan status persijilan yang menjadi kayu ukur sesuatu organisasi itu, tetapi budaya perlaksanaan dan kesan positif dari persijilan ISO 9001 itu yang di impikan untuk menjadi ‘kalis’ rugi dan gulung tikar.

Azmi Abdul Rani merupakan Perunding dan Penceramah Upahan / Bebas untuk Sistem Pengurusan Kualiti ISO 9001:2015 dan berpengalaman lebih dari 9 tahun dalam membantu banyak Jabatan Kerajaan, Kementerian, syarikat swasta dan syarikat berkaitan kerajaan dalam mendapatkan, mengekalkan dan menambahbaik amalan dan budaya berkaitan persijilan ISO 9001:2015

KLIK Untuk WhatsApp

www.wasap.my/60167443020/@MN_ISO9001

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.